Bab 18 : toreh tangan

Mulai dari awal
                                    

Aik? Marah ke mamat ni?







SEBAB utama dia pergi untuk berjumpa lelaki yang menghantar surat ancaman itu pada waktu hampir lewat petang adalah kerana pada masa inilah waktu bekerja tamat. Kebanyakan pekerja sudah pulang. 5:30 pm. Qistina melangkah masuk ke bangunan yang berdiri megah itu. Megah? Itupun hasil titik peluh orang lain!

Ruangan lobi didekatinya. Seorang perempuan awal 20an yang berada di kaunter disapa. "Hai. Boleh saya jumpa dengan Dato' Ahmad?"

Perempuan itu memandang Qistina pelik. "Errr... Waktu-waktu macam ni biasanya Dato' hampir keluar pejabat. Apa kata cik jumpa dia esok? Cik boleh buat temu janji dulu." Ujar perempuan itu berhati-hati. Qistina senyum, "Takpe, awak beritahu Dato' yang anak perempuan Allahyarham Adam nak jumpa. Mesti dia benarkan."

Perempuan itu berkerut dahi dengan kata-kata Qistina. Tak mampu menunggu lagi, Qistina terus melangkah ke arah lift. Suara penjaga kaunter yang memanggil 'cik' tanpa henti tidak dihiraukan. Aku dah kahwinlah!

Pintu pejabat yang tertulis 'Pengarah Merbok Holdings' dipandang Qistina. Terasa jengkel dia melihat jawatan itu. Tanpa berlengah, Qistina melangkah masuk. Lelaki tua di dalamnya terkejut beruk dengan kehadirannya yang tiba-tiba. Tak lama, Dato' Ahmad tersenyum sinis.

"As expected, you're here, dear." Tukas Dato' Ahmad tersenyum penuh makna. Dia tahu selepas ancaman yang dia berikan, gadis itu tak akan berdiam diri. Kehadiran Qistina bukanlah sesuatu yang mengejutkan.

"Aku tak nak berlengah, aku straight to the point, je. Apa lagi yang kau tak puas hati? Selepas apa yang kau dah rampas dari keluarga aku, what else do you want? Nyawa siapa lagi yang kau nak?!" Qistina naik berang di hujung kata-katanya. Dato' Ahmad sekadar ketawa sinis dan memeluk tubuh. Dia berjalan mengelilingi Qistina.

"Aku nak nyawa orang yang menghalang aku."

Wajah Dato' Qistina dipandang benci. Orang yang membunuh abahnya itu cukup untuk dia menimbulkan sifat pembenci dalam hidupnya.

Dahulu, Dato' Ahmad dan Tuan Adam berkawan rapat sejak mereka sama-sama memasuki sekolah berasrama penuh sewaktu tingkatan 4. Mereka membesar bersama-sama sehinggalah mereka bercadang untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan. Dan sehinggalah perniagaan mereka bertambah maju, Dato' Ahmad mulai tamak. Dia cemburu terhadap Tuan Adam yang memiliki sebuah syarikat kecil lebih maju daripadanya. Nama Tuan Adam sering disebut-sebut sebagai buisnessman baharu yang berjaya. Dato' Ahmad tidak mampu untuk melihat semua itu. Hasutan syaitan menguasai mindanya.

Dua tahun yang lalu, Tuan Adam dibunuh oleh kawan baiknya sendiri. Waktu itu, Qistina yang sedang menyambung PhD pulang ke Malaysia untuk menjenguk keluarganya. Namun lain yang terjadi apabila Qistina ternampak Dato' Ahmad berbicara dengan abahnya dalam nada yang kasar sehingga menyebabkan sakit jantung Tuan Adam datang menyerang. Dalam saat kesulitan itu, Qistina ingin sekali membantu abahnya tapi niatnya mati apabila Dato' Ahmad memberi isyarat kepada seorang lelaki bertopeng dan

Ssuuukkk!

Perut Tuan Adam ditusuk dengan sebuah pisau.

Tubuh Qistina lemah longlai dan menggigil. Dia menangis teresak-esak sehingga bunyi esakannya kedengaran di belakang rumahnya di mana kejadian itu berlaku. Dato' Ahmad yang tersilap rancangan terus mengugut gadis itu supaya merahsiakan semua ini dan kalau ia terbongkar, nyawa Puan Qaisara menjadi taruhan.

Qistina serba salah. Dia baru saja kehilangan seorang bapa waktu itu dan mana mungkin dia mahu kehilangan umminya?

Tuan Adam dibawa ke hospital malam itu juga tanpa pengetahuan Puan Qaisara. Tuan Adam disahkan meninggal dunia kerana jantungnya tidak dapat berfungsi dan pendarahan yang teruk. Qistina terpaksa enggan membiarkan polis campur tangan atas arahan Dato' Ahmad sendiri. Qistina terlalu bingung sehingga tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Selepas segala hal pengebumian Tuan Adam selesai, Qistina kembali terbang ke London bersama umminya sekali. Apabila disoal, Qistina memberitahu dia ingin menenangkan hati Puan Qaisara. Hakikatnya dia bimbang membiarkan umminya seorang diri, Qayyum sibuk dengan kerjayanya sebagai pilot.

Selama dua tahun, rahsia itu masih dalam simpanan Qistina. Walau sememangnya tindakannya boleh dikatakan bodoh, tidak bijak, tapi dia tidak mampu berbuat apa-apa. Nyawa orang disayanginya masih di bawah taruhan.

Selama dua tahun ini, Puan Qaisara dan orang yang mengenali Tuan Adam percaya bulat-bulat bahawa Tuan Adam meninggal kerana sakit jantung. Ummi.... Tak perlu tahu. Dia bimbang Puan Qaisara marah dan melakukan sesuatu pada Dato' Ahmad tanpa pengetahuannya.

"Tak cukup dengan harta yang kau dah rampas?! Kau nak apa lagi?!" Jerkah Qistina berang. Jarinya digenggam. Dato' Ahmad tergelak sinis. "Aku masih tak puas hati. Sebahagian hasil perniagaan Adam masih ada lagi, kan? I really need them now!"

Qistina ketawa yang dibuat-buat. "Sorry to say, kau memang iblis! Harta yang arwah tinggalkan tak seberapa nak dibandingkan dengan apa yang kau dah rampas!"

Dato' Ahmad masih dengan ketawanya yang menyakitkan hati. Dia melabuhkan punggung di atas meja kerjanya. "Qis tak perlu jerit-jerit, membazir air liur aje. Qis bank in jumlah yang uncle nak, dan semuanya selesai. Uncle takkan kacau orang yang Qis sayang."

Qistina meluat dengan gelaran yang diguna sewaktu mereka rapat dulu. "Kenapa? Syarikat kau yang konon megah ni dah nak bankrap?" Qistina menduga. Dato' Ahmad berubah wajah. Dia tak mahu nampak lemah dan kalah.

Qistina tersenyum sinis, dugaannya tepat sekali. "Itu hasilnya bila makan harta haram, Dato' Ahmad. Lepas apa yang kau buat, kau harap aku akan bagi apa yang kau nak? Stop dreaming! Nak ugut aku dengan cara rampas orang yang aku sayang? Over my dead body!"

Qistina tak pasti dari mana dia dapat keberanian itu namun Qistina kini jauh lebih bijak berbanding Qistina dahulu.

Melihatkan Dato' Ahmad tergamam, Qistina berpaling untuk pergi dari situ. Namun baru beberapa langkah, lengannya disambar menyebabkan tubuhnya berpusing menghadap Dato' Ahmad.

"You've changed a lot." Dato' Ahmad bertepuk tangan. Gila. "I like. Baru best nak berlawan." Lelaki tua itu ketawa berdekah-dekah. Qistina tidak betah lagi berdiri di situ. Dia bimbang dia semakin lemah. Dia perlu beredar.

"Tak payah berlawan, kau nampaknya dah kalah. Just look at this almost dead company, you can't even manage it." Berdas-das 'tembakan' Qistina. Dia kembali berpaling dan menarik pintu untuk beredar.

Dato' Ahmad berang. Qistina ditarik. Mereka bergelut beberapa ketika. Dato' Ahmad tak mampu mengawal kemarahannya. Pisau lipat di dalam poket seluarnya diambil. Dia menoreh sedikit bahagian belakang tangan kiri Qistina. Gadis itu menjerit kesakitan.

Dato' Ahmad membuka pintu dan menolak tubuh Qistina hingga terjelopok. "Remember, I'm watching you!" Amarannya sebelum menutup semula pintu. Qistina berusaha bangun dan melangkah keluar dengan tangannya yang berdarah. Mujur tidak banyak.

Benci menjadi dendam.



••
14 Julai 2017,

The longest part!

A bit tak logik and merepek but who cares? Huhu 😹

Tak faham? Mohon direct message saya! 😹

Anyway, mata sis bengkak sebab result merosot but still, top 5 🙇 sorry mummy.

20 votes for next chapter huhu 😹

❤,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang