Bab 18 : toreh tangan

2.5K 101 11
                                    

            QISTINA mundar-mandir. Dia buntu. Perlu atau tidak dia menerjah lelaki tua yang sudah melampau itu. Dia mahu ke sana tetapi keadaan sekarang menghalangnya. Masakan dia mahu keluar dan memberi alasan ingin berjumpa kawan sedangkan dia baru saja bernikah malah saudara-mara pun belum sepenuhnya pulang.

Kalau macam tu, tunggu diaorang balik.

Seakan ada satu suara mendesak Qistina untuk bertindak. Dia tiba-tiba tekad. Memandangkan dia mendapat cuti, jadi peluang hari ini perlu dimanfaatkannya. Dengan tekad dan semangat, dia mencari di laman Google mengenai alamat syarikat yang ingin dituju.

Petang itu, hasrat Qistina seakan terbuka luas kerana Firas keluar untuk mengambil laptopnya yang tertinggal di kampus. Ada beberapa assigntment yang perlu Firas selesaikan, memaksa dia untuk ke sana. Ditambah pula, saudara Qistina yang bertandang sejak beberapa hari lepas juga sudah pulang lewat tengah hari tadi. Qistina senyum lebar. Dia segera bersiap.

Usai, dia melangkah laju menuruni tangga dan mendekati pintu. Suara Qayyum di belakang menegurnya. "Nak ke mana pengantin baru?"

Qistina mencebik. Tak suka betul digelar sebegitu. "Keluar jap. Jumpa kawan." Tipu semata-mata. Qistina ketawa sinis dalam hati. Kawan? Kalau dahulu, ya, memang orang tua tak sedar diri itu antara orang yang rapat dengannya dan arwah abahnya. Sekarang, semua terpaksa dilupakan kerana sifat tamak.

"Kawan mana? Tak boleh ke nak duduk je dalam rumah ni? Qis cuti bukannya sekejap." Qayyum membebel. Qistina memuncung. "Habis tu, Firas boleh pulak?"

Tak pasal-pasal budak tu kena.

"Dia ambik laptop dekat kampus. Takkan nak halang? Macam mana dia nak submit assigntment nanti?" Qayyum masih dengan bidasannya. Patutnya dia jadi peguam, bukan pilot, omel Qistina

"Abang... Jangan membebel please? Qis betul-betul kena jumpa kawan, urgent. Pape roger, okay?" Qistina cepat-cepat melangkah keluar dan mencapai kasutnya. Punat di kunci kereta ditekan. Belum sempat tubuhnya memasuki kereta, suara Qayyum kedengaran menjerit.

"Dah bagitahu Firas belum? Ingat, nusyuz keluar tanpa izin suami!"

Qistina terdiam. Dia langsung tak memberitahu suaminya. "Ha, okay." Lantas tubuhnya dibawa masuk ke dalam kereta dan terus memandu.

Selepas beberapa minit berada di atas jalan raya, Qistina mencapai telefonnya. Beberapa kali tangannya menyentuh skrin dan dia memakai earphone. Lama menunggu sebelum panggilannya diangkat.

"Hello, Assalamualaikum." Kedengaran suara Firas termengah-mengah. Qistina berkerut dahi. Baru habis lumba lari ke mamat ni?

"Waalaikumussalam."

"Ha, nak apa Raisya? Saya on the way ni, baru jalan. Takkan dah rindu kot?" Sempat Firas mengusik. Qistina menjuling mata, "Tolong jangan perasan sangat boleh? Saya call ni nak mintak izin."

"Izin? Izin apa?"

"Nak... Keluar. Jumpa kawan. Urgent." Tiba-tiba Qistina teringat tentang perjanjian malam tadi. Tiada penipuan dibenarkan. Huh, tipu lagi!

"Oh. Boleh. Awak tunggu kejaplah, saya hantar." Firas memberikan cadangan yang membuatkan Qistina ternaik bahu. "Eh, tak boleh! Saya- err... Saya pergi sendiri."

"Kenapa pulak?" Firas sekadar mengikut rentak isterinya.

"Sebab saya dah on the way." Satu-satu kata-kata itu diucap perlahan. "Hah? Dah jalan baru nak mintak izin? Hmm..."

"Okaylah, better late than never, right?" Qistina tersengih walaupun sedar Firas tak nampak. Firas diam sekejap sebelum kembali bersuara. "Hmmm... Pergilah. Jangan balik lambat." Talian diputuskan.

Suami Belasan TahunKde žijí příběhy. Začni objevovat