Prolog (SAMPLE)

9.1K 215 0
                                    

MEREKA meredah hutan dengan langkah yang laju demi keselamatan diri. Dengan tangan saling berpegangan, Qistina rasa selamat.

"Awak, rehat please. I'm just too tired. Kaki pun tak boleh tahan ni." Qistina menghentikan langkah. Tangannya turut ditarik agar Firas benar-benar akan mengikut kehendaknya. Firas memandang wajah isterinya. Kerisauan tadi tampak sudah reda di air muka Qistina diganti dengan keperitan menahan sakit.

"Okay, tapi sekejap je. Rasanya dia orang dah sedar kita tak ada kat sana." Ujar Firas lembut. Dia membantu Qistina berjalan mendekati sebatang pokok besar yang berhampiran di situ. Mereka sama-sama duduk bersandarkan batang pokok tersebut.

Qistina menaikkan seluarnya hingga ke betis. Nampak jelas kemerahan dek terkena duri yang ada di tanah dan disebabkan dia tergelincir tadi.

"Saya sapu minyak boleh? Tapi tahan sikitlah sebab panas." Firas meminta izin. Qistina hanya mengangguk.

Dahinya berkerut sewaktu Firas menggosok kakinya dengan minyak itu. Sesekali tangannya menahan tangan suaminya jika sakitnya tidak dapat ditahan. Firas tersenyum melihat isterinya. Kasihan pun ada. Dia sedar dia perlu menyelesaikan masalah ini agar isterinya tidak perlu menanggung kesakitan lagi.

"Kau mahu lari ke mana?!" Jerkahan seseorang dari arah sana mengejutkan mereka berdua. Sedar yang mereka tidak sempat untuk melarikan diri, Firas bingkas berdiri untuk bertempur dengan dua orang lelaki bertubuh sasa itu.

••
9 April 2016,

Assalamualaikum...

Aku tengok semua followers buat story, rasa jeles hahaha. So buatlah cerita yang mungkinnn hambar ni .

Letak dkt library ya awaks!

,
Eycha.

Suami Belasan TahunTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang