Bab 15 : ketuk tingkap

2.4K 74 11
                                    

          SELEPAS selesai urusan di butik pakaian pengantin itu, mereka berempat bersetuju untuk singgah di kedai makan untuk makan tengah hari. Puan Qaisara dan Puan Zita rancak berbual tentang pelbagai perkara manakala anak mereka berdua bertindak sebagai patung cendana.

Qistina khusyuk menjamah makanan sambil sesekali mengangguk dan tersenyum dengan kata-kata ummi dan bakal mentuanya yang kini dia gelar 'ibu'; arahan dari Puan Zita sendiri.

Manakala Firas sibuk 'menelaah' telefon bimbitnya sebaik sahaja selesai makan. Mulutnya langsung tidak bersuara. Ha, bagus sangatlah tu! Masing-masing tak reti-reti nak berbual. Nanti author delete watak korang baru tau!

Di butik tadi, akhirnya mereka berdua bersepakat untuk memilih warna putih sebagai persalinan nikah dan warna biru laut sebagai tema majlis menyambut tetamu. Itupun setelah bertikam lidah. Masing-masing tak mahu mengalah untuk memilih warna pilihan sendiri.

Yang perempuan inginkan warna pink cair, yang lelaki inginkan warna putih juga walaupun sudah ditetapkan baju nikah berwarna tersebut. Tak ada persefahaman! Boleh bikin pening!

Yang Qistina tak puas hati bila Firas berkata,

"Apa pink pulak? Awak nak orang ramai ingat bakal suami awak ni 'bapok'? 'Maknyah'?"

Huh, nak bagi alasan pun berpada-padalah! Alasan tak munasabah langsung. Ramai aje aku tengok pasangan pengantin memilih tema pink. Puih!

Kata-kata Firas dibalas dengan tajam oleh Qistina,

"Baju nikah dah putih, baju esoknya pun nak putih juga? Gila. Macam dah tak wujud warna lain dalam dunia ni!"

Dan cepat saja kedua ibu mereka meleraikan pertelingkahan kecil itu. Masing-masing memujuk anak mereka dengan warna yang lebih menarik. Mujur mereka mahu, kalau tidak mungkin pemilik butik dengan senangnya menghalau mereka keluar.

Dan selepas semuanya selesai, cepat-cepat saja Qistina mengajak umminya beredar. Dia berasa tidak sedap hati.





TIADA angin tiada ribut, tiba-tiba Qayyum mengajak Puan Qaisara dan Qistina ke rumahnya untuk makan malam. Bukan nak kata buang tebiat, tapi selalunya Qayyum yang akan datang ke rumah umminya bersama Fakirah, tambahan pula waktu malam.

Sampai saja, mereka dijemput masuk oleh Fakirah. Qayyum laju mendapatkan kedua tetamunya. Qistina yang perasan abangnya tersengih-sengih seperti kerang busuk, bertanya.

"Abang, are you okay?"

"Okey, kenapa pulak tak okey." Ringkas jawapan Qayyum. Qistina makin tertanya-tanya. Dia mahu bertanya lagi tapi Fakirah memotong. "Jomlah ke dapur. Kita makan dulu. Dah siap hidang tu."

Mereka menjamah lauk-pauk hasil air tangan Fakirah itu dengan penuh selera.

"Akak, power!" Ujar Qistina sambil menunjuk ke arah tiga jenis lauk yang ada di depannya. Fakirah tersenyum simpul apabila dipuji.

"Ha, nanti boleh belajar masak dengan Kak Kirah, tak lama lagi nak kahwin dah kan?" Fakirah mengusik adik iparnya. Qistina tersentak.

Tak lama lagi?

Qistina sempat berkira-kira. Dia bertunang dua bulan lepas. Tempoh pertunangan mereka tiga bulan. Oh no! Lagi sebulan!

Qistina tersengih. "Nanti, ya, kak? Busy sekarang ni." Fakirah sekadar mengangguk.

Melihatkan mereka tampah hampir menyudahkan makanan, Fakirah mencuit lengan Qayyum. Mereka bermain mata. Qistina perasan tapi tak bertanya. Sebentar kemudian, Qayyum mula bersuara.

"Ummi... Qis... Qayyum ada something nak beritahu ni."

"Ada apa tu, Qay?" Puan Qaisara tampak berminat. Makanannya sudah habis dijamah.

"Alhamdulillah, tak lama lagi ummi akan dapat cucu. Qis pulak nak dapat anak buah!" Qayyum berkata teruja. Jelas terpancar riak wajah gembira. Tak lama lagi dia akan bergelar seorang ayah.

"Wah, iya ke? Alhamdulillah!" Qistina memanjat syukur.

"Betul ke, Qay? Alhamdulillah terujanya ummi!" Puan Qaisara turut teruja. Maklumlah, cucu pertamanya.

"Dah berapa bulan, bang?"

"Tiga minggu, kan sayang?" Qayyum memandang Fakirah, meminta kepastian. Fakirah mengangguk laju. "Ya, baru tiga minggu. Tak sangka secepat ni."

"Dah rezeki Allah nak bagi. Kan."

"Ya, ummi. Hmm.... Lepas ni giliran Qis pulak nak bagi ummi cucu, tak gitu ummi?" Qayyum tergelak lucu melihat muka cemberut Qistina mendengar usikannya. Merah padam muka adiknya itu.




KERETA itu laju meluncur di atas jalan raya yang agak lengang. Perjalanan yang mengambil masa kira-kira 10-15 minit itu dihiasi dengan gelak tawa Qistina. Puan Qaisara menceritakan kembali kenangan lucu sewaktu Qistina sewaktu kecil-kecil dulu.

Katanya, Qistina dulu seorang budak perempuan yang sangat nakal. Tak reti duduk diam. Ada saja yang dia ingin lakukan. Pernah satu ketika dahulu, sewaktu dia berumur lima tahun, Qistina bermain bola di dalam rumah dan tiba-tiba bola itu terkena pada pasu kesayangan Puan Qaisara yang dibeli di China dan jatuh berkecai.

Puan Qaisara marah-marah pada Qistina yang terkulat-kulat rasa bersalah. Malah, Puan Qaisara enggan bercakap dengan puteri sulungnya selama dua hari. Akibat tidak tahan kesunyian dan rindu dengan umminya, Qistina meminta bantuan abahnya untuk membantunya memasak nasi goreng pataya kegemaran Puan Qaisara.

Jadi terhasillah nasi goreng yang enak hasil tangan Qistina dan abahnya. Di atas telur yang menutupi nasi goreng tersebut, terdapat sos cili yang berbentuk perkataan 'SORRY'.

"Comel betul muka Qis masa bagi nasi goreng tu pada ummi. Dengan muka sedih dia tu!" Puan Qaisara ketawa senang. Rindu dia akan zaman kecil anak-anaknya itu.

Sekarang, anak-anaknya bakal berpisah dengannya dan tinggal dengan pasangan masing-masing. Mereka juga sibuk dengan kerjaya masing-masing, jadi makin terhadlah masa mereka bersama. Tapi Puan Qaisara bersyukur, sekurang-kurangnya anak-anaknya mendapag perhatian yang cukup dan tidak berasa sunyi.

"Qis rindu betul nak jadi budak-budak. Kalaulah masa boleh diputar, Qis akan nasihat dekat diri Qis yang dulu supaya jangan nakal-nakal sampai pecah pasu kesayangan ummi tu!" Qistina tergelak lucu dengan kata-kata merepeknya. Puan Qaisara turut sama ketawa. Terhibur.

Tanpa mereka sedar, sewaktu mereka hampir ke kawasan perumahan yang didiami, di atas jalan raya yang sunyi, ada kereta yang datang dari arah bertentangan. Kereta itu dengan lajunya meluncur ke arah mereka tanpa ada tanda ingin mengelak.

Qistina cemas. Stereng dipulas ke kiri.

BREKKKKK!

Kereta yang merempuh bahaya tadi membrek keretanya serentak dengan Qistina. Qistina dan Puas Qaisara selamat. Qistina cepat-cepat menurunkan cermin tingkap. Niatnya ingin memarahi tindakan bodoh pemandu itu tetapi dia terkedu melihat pemandunya bertopeng.

Dia seakan-akan sengaja ingin melanggarnya. Tanpa menunggu lagi, kereta itu berlalu pergi.

Qistina menoleh ke sebelah. "Ummi, are you okay?" Qistina risau memandang wajah umminya yang begitu terkejut. Dadanya turun naik. Puan Qaisara mengangguk kecil.

"Siapa tadi tu? Kenapa dia macam nak langgar kita? Mabuk ke apa?"

Qistina kelu. Sebenarnya hanya ada satu yang bermain di fikirannya. That stupid man!

"Ummi jangan risau. Orang tu mabuk aje tu." Qistina menyedapkan hati umminya. Bunyi ketukan di cermin tingkap membuatkan jantung Qistina hampir luruh. Matanya terbuntang.



••
04 Julai 2017,

Siapa yg ketuk cermin tu? Author pun takut nak menulis! 😂 Sambung next chapterlah! 😂

Since ada yg nak update seterusnya, nah! ❤ NO UPDATE UNTIL THIS FRIDAY sebab saya sibuk buat dialog short drama hari raya dkt sekolah nanti wish me luck!

Pengetuk cermin tingkap 😜
Suspen ke tidak 😜

Stay tune!

❤,
Eycha.

***Saya baru je edit prolog cerita ni. Tolong baca ya jika berkesempatan! ❤

Suami Belasan TahunWhere stories live. Discover now