JANNA menolak perlahan troli yang membawa makanan menuju ke D'La House. Geram juga dia bila disuruh menghantar makanan ke situ sedangkan ini bukan termasuk dalam skop tugasnya. Tetapi tugas pekerja dari Food & Beverage Department. Kenapa aku yang dari Housekeeping Department kena buat kerja-kerja ni? God! Kekurangan pekerja ke apa? Ke semua pakat curi tulang ni? Report kang baru tahu!

   Janna menekan loceng D'La House. Hampir sepuluh minit menunggu, Janna menolak pintu menggunakan kad akses. Kata Miss Zaida tadi, dia dibenarkan untuk masuk ke dalam D'La House itu setelah sepuluh minit menunggu. Janna meliarkan pandangan ke setiap sudut ruangan mewah itu. Sepuluh kali ganda besar dari rumah pak long. Bapak besar!

Janna telan liur apabila melihat susun atur dan perabot mewah di situ. Malas membuang masa, terus Janna serve hidangan makanan di atas meja makan bulat.

   "Macam mana you boleh masuk sini?" soalan Faliq yang tiba-tiba itu buat Janna melatah kecil. Mujur sahaja pinggan yang dipegangnya sudah diletakkan di atas meja. Kalau tidak memang dah terpelanting pinggan yang dipegangnya. Terus Janna menoleh memandang Faliq yang hanya menyarung bathrobe putih di tubuh. Sebelah tangannya menggosok kepala dengan tuala bersih.

What? Lelaki ni lagi?

Janna terdiam. Lidah terus terasa kelu untuk membalas. Terkejut sebenarnya!

   "I tanya you ni, macam mana you boleh masuk ke sini?" soal Faliq lagi seraya menapak menghampiri Janna yang diam statik tidak bergerak di meja makan bulat itu.

   "Errr saya... saya datang untuk serve makanan yang Syed Faliq minta tadi," jawab Janna terketar-ketar. Apatah lagi bila bebola mata lelaki itu bergerak-gerak merenungnya tajam bagai nak telan. Nak telan? Oh no! Jangan lah.

Mata Faliq terarah pada makanan yang sudah terhidang atas meja sebelum kembali memandang Janna di hadapan.

   "Kenapa you yang datang serve makanan ni? Siapa yang suruh you serve? Ini bukan kerja you," soal Faliq bertubi-tubi. Janna melawan pandang Faliq. Kenapa aku lemah dengan pandangan dia? Hey wake up Nadhratul Jannah! Kau sejak bila ni takut berhadapan dengan lelaki? Janna berdehem.

   "Saya tak tahu. Orang atasan yang suruh saya serve makanan jadi saya ikut aje lah. Lagipun saya memang tengah free sekarang ni," jawab Janna lagi. Faliq tayang muka tanpa senyuman lalu ditariknya kerusi sebelum dilabuhkan duduknya di situ. Dia mula membuka tudung yang menutup hidangan tersebut. Tangan mencapai garfu dan pisau. Perlahan-lahan Janna pusing tubuh untuk beredar dari situ.

   "Where are you going?" tiba-tiba Faliq menyoal sambil memotong daging panggang sehingga menjadi potongan kecil sebelum ditolak masuk ke dalam mulut.

   "Errr keluar lah. Takkan saya nak tengok Syed Faliq makan pulak?" balas Janna perlahan.

   "Duduk," arahan Faliq buat mata Janna terbuntang luas. Dia suruh aku buat apa tadi? Duduk? Duduk mana? Atas riba dia? Eh, tergatal pulak.

   "I suruh you duduk kan? Come, have a seat." Faliq menjuihkan bibir ke arah kerusi kayu yang terletak bertentangan dengannya. Janna telan liur seraya memandang pintu yang terbuka luas. Hesy ni kalau orang nampak ni boleh kena salah faham walaupun pintu terbuka seluas-luas alam.

   "What? You takut kena tangkap basah ke? Don't worry, ruangan ni ada CCTV. Kalau ada orang datang cekup, tunjuk aje rakaman CCTV tu dekat dia orang. In case kalau dia orang tak percaya. Come and have a seat," belum sempat Janna membalas, Faliq sudah bersuara dulu. Lambat-lambat Janna ambil duduk berhadapan Faliq yang sedang menjamah makanan. Dipandang wajah Faliq yang sedang makan. Makan pun handsome ya anak-anak. Hesy Janna, wake up!

Pilihan Hati Tuan Syed | TerbitHikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin