◇Card 3: Putera Fang◇

974 95 31
                                    

Beberapa jam sebelum Fang tiba ke kandang kuda yang merupakan tempat Halilintar bekerja, Fang sedang menyantap daging rusa mentah di ruang makan sambil ditemani oleh butler berdarah serigala jadianya itu.

"Tuanku nak air lagi?" soal Lahap.

"Tak perlu," balas Fang sambil mengelap mulutnya dengan sapu tangan.

"Putera Fang!!"

Jerit seseorang sambil membuka pintu ruang makan dengan keras. Terlihat seorang gadis berjubah kuning biru serta hoodienya menutup kepalanya berjalan ke arah Fang dan Lahap.

"Oh! Ying rupanya. Kenapa tuan hamba kemari dengan keadaan tergesa-gesa ni?" soal Fang.

Ying adalah seorang tukang tilik dan juga ahli sihir yang paling terkenal di seluruh kawasan Shadow Kingdom dan CardHouse Kingdom. Dia juga adalah tukang tilik peribadi Putera Fang yang mampu melihat masa hadapan atau masa silam seseorang. Ying terus duduk hormat di hadapan Fang.

"Ampun, tuanku. Patik datang ke sini sebab ada berita yang perlu patik sampaikan." kata Ying.

"Berita apa itu, wahai tuan hamba?" soal Fang dengan wajah ingin tahu.

"Kad elemen tanah! Kad elemen tanah sudah dijumpai!" kata Ying.

Fang terus bangun dari tempat duduknya kerana terlalu terkejut.

"Apa?! Macam mana boleh dijumpai?!" soal Fang.

"Ada seorang rakyat biasa telah menjumpai kad itu. Ternyata kad itu juga adalah putera yang disumpah menjadi kad!" balas Ying.

"Putera yang disumpah?! Siapa putera tu?!" soal Fang.

"Putera itu adalah Putera Gempa dari SandLord Kingdom," balas Ying.

"Apa?! Putera Gempa?! Ying, bagitau di mana mereka berada sekarang!" arah Fang dengan nada tegas.

"Baiklah, tuanku!" balas Ying.

Ying mengeluarkan sebiji bola kristal disebalik jubah yang dipakaiannya dan meletakkannya di atas meja. Ying memulakan ritualnya.

"O magie kristalle, tree op die kaart waar die land element is," kata Ying sambil menggosok bola kristalnya itu.

Secara tiba-tiba bola kristal itu bercahaya dan muncullah gambaran Halilintar dan Gempa berada di sebuah kandang kuda di dalam bola kristal.

"Tempat tu! Aku tahu tempat tu! Lahap!" Fang terus menatap ke arah butlernya.

"Ya, tuanku?" soal Lahap.

"Siapkan barang-barang yang diperlukan dan terus bertukar! Kita akan pergi ke sana sekarang," arah Fang dengan wajah serius.

"Baiklah, tuanku." Lahap terus menurut perintah Fang itu.

Kembali ke situasi sekarang, suasana di kandang menjadi sangat hening. Halilintar dan Gempa masih terkejut dengan kehadiran Fang yang secara tiba-tiba.

"Cukup-cukuplah tenung aku macam tu! Aku tau aku ni handsome," kata Fang dengan penuh berlagak.

"Perah santan je engkau ni! Aku tenung engkau bukan sebab engkau handsomelah! Dengan ribut taufan tak adanya, tiba-tiba engkau datang ni. Apa pasal?!" kata Gempa yang menyampah dengan ayat perasan Fang itu.

Halilintar dan Lahap hanya mampu menonton dan mendengar dengan ayat-ayat yang keluar dari mulut Gempa. Prince pula sudah lama tinggalkan mereka semua kerana sudah tahu bakal ada perbalahan kerana perangai perasan tuannya itu.

"Eleh, bukan selalu aku dapat buat ayat macam ni dekat engkau," kata Fang sambil tersenyum sinis.

"Tak padan dengan putera vampire, ada hati nak buat ayat-ayat perasan kat putera macam aku ni! kulah putera dari SandLord Kingdom yang paling handsome dalam banyak-banyak kerajaan di sini! Semua tak boleh tandingi aku," lawan Gempa.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Where stories live. Discover now