♤Bab 1: Halilintar♤

1.9K 133 34
                                    

"Aku tak nak jadi putera raja di kerajaan ni lagi!" rungut Raja Kerajaan CardHouse yang berdarah vampire, Fang sambil menghempaskan surat kontrak di atas meja.

"Tapi kenapa, tuanku?" soal seorang pemuda berpakaian tuxedo hitam yang merupakan butler raja itu, Lahap.

Lahap adalah butler berdarah serigala jadian yang paling terkenal di seluruh CardHouse Kingdom, menjadi seorang butler kepada Fang sejak Fang masih kecil lagi dengan menggunakan kemampuan dalam kuasa sihir gelap, merupakan tugasnya.

"Aku penat mengalas tanggungjawab ni, lagipun aku masih berumur 16 tahun! Aku tak sesuai mengalas tanggungjawab seberat ini! Sepatutnya abang Kaizo yang ambil takhta ini," balas Fang sambil berpeluk tubuh.

Fang pula adalah putera diraja dari Shadow Kingdom yang berdarah vampire dan mempunyai kemampuan dalam mengawal kuasa pedang sihir gelap. Seorang yang agak cerewet, berlagak dan mempunyai kurang kesabaran. Dia menerima takhta Kerajaan CardHouse pada umur yang sangat muda.

"Tuanku Kaizo perlu menjaga takhta di Shadow Kingdom. Sebab itu tuanku perlu menjaga takhta kerajaan ini, lagipun tuanku sahaja yang sesuai menjaga takhta ini selain Tuanku Kaizo." Lahap membalas, sebuah senyuman manis tidak lekang dari bibir merah berkilat milik butler berdarah serigala jadian itu. Fang menatap tajam ke arah butlernya yang satu itu.

"Aku tak kira! Aku tak nak jadi putera di sini lagi! Aku mahu pulang ke Shadow Kingdom, menjadi raja amatlah membosankan! Aku kira jadi raja boleh buat aku jadi popular tetapi aku asyik kena kerja sahaja!" Merenggek Fang seperti kanak-kanak kecil.

Lahap mengeluh, selepas itu dia berjalan menghampiri Fang dan berdiri di sebelah majikannya itu. Lahap mengambil kontrak dari tangan Fang, Fang masih menatap tajam ke arah Lahap sambil menghirup teh panas.

"Tuan hamba ada idea bernas," kata Lahap yang menarik sedikit perhatian Fang.

"Idea apa?" soal Fang.

"Hanya satu cara tuanku boleh lakukan iaitu tuanku kena cari rakyat yang berdarah tujuh rakyat berdarah pahlawan Kerajaan CardHouse," balas Lahap.

Air teh yang dihirup oleh Fang tersembur keluar dari mulut milik putera berdarah vampire itu, Fang terbatuk-batuk dengan sangat kuat sebelum dia berdehem sambil mengusap dadanya perlahan-lahan.

"Apa?! Bukan ke rakyat yang ada darah tu sudah tiada ke?! Lagipun ketujuh-tujuh kad itu sudah hilang?! Macam mana kita nak tahu yang ada rakyat yang mempunyai darah macam tu?! Lagipun rakyat sudah memikir kewujudan kad itu cuma dongeng!" bentak Fang dengan wajah terkejut.

"Itu saya tak pasti, tuanku tetapi tuanku kena cari sendiri pahlawan itu," balas Lahap.

"Tanpa bantuan kau?" soal Fang.

Lahap mengganggukkan kepalanya sambil tersenyum manis. Fang merungut.

♤♤♤♤

Splash!!

Sebaldi air disimbah pada muka seorang remaja lelaki berbaju merah yang sedang nyenyak tidur di dalam sebuanh kandang kuda. Remaja tersebut terus bangun dari tidurnya secara mengejut dan memandang ke arah orang yang menyimbah air pada mukanya.

"Hah! Bangun juga engkau akhirnya, aku simbah air baru engkau nak sedar?! Kerja yang aku suruh buat tu dah siap ke belum, Hali?!" jerkah lelaki berambut tosca kepada remaja berbaju merah, Halilintar.

"Su-sudah siap, tuan muda." Membalas Halilintar dengan nada sedikit gagap.

"Bagus, tapi kali ni aku nak engkau bersihkan kandang kuda di sana! Sekarang!" arah remaja tosca itu sambil mencampak alat membersih.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Where stories live. Discover now