♤Card 5: Arabian Town♤

1K 92 40
                                    

"Eh, nanti kejap! Itu bukan ke kerajaan yang panas dan dipenuhi dengan gunung berapi?" soal Halilintar.

"Ya, betul tu! Lagipun putera di situ kawan masa kecil aku. Jadi mungkin dia tahu pasal kad ajaib seterusnya dan aku berfikir kad ajaib itu adalah kad ajaib berelemen api. Lahap!" kata Fang.

"Ya, tuanku?" balas Lahap.

"Engkau boleh balik. Jaga istana, kalau ada apa-apa masalah, hantar surat atau telepati kepada angkatan tentera atasan dekat Volcano Kingdom," arah Fang.

"Menurut perintah, tuanku." Lahap membalas sambil membongkokkan badannya.

"Sekarang engkau boleh balik,"  sambung Fang.

Tanpa berkata apa-apa lagi, Lahap terus bertukar menjadi serigala dan terus berlari meninggalkan mereka semua untuk balik ke istana.

"Hoi, Fang! Cepatlah!" jerit Halilintar.

Fang terus menoleh ke arah belakang, ternyata Halilintar sudah menunggang Fersia dan sudah bergerak agak jauh dari Fang.

"Hoi, tunggu aku!" jerit Fang lalu terus menunggang Prince.

Mereka terus bertolak dari CardHouse Kingdom ke Volcano Kingdom yang agak panas dan dipenuhi dengan gunung berapi untuk mencari kad ajaib berelemen api. Bunyi telapak kaki kuda kedengaran di setiap jalan.

Secara tiba-tiba, seekor gagak bermata merah memerhatikan mereka berdua dari jauh.

Beberapa jam perjalanan, mereka tiba di sebuah hutan yang agak tebal.

"Kita dah sampai ke belum?" rungut Prince.

"Buat 99 kali, belum. Kita perlu tiga hari untuk tempuhi sebelum kita betul-betul sampai ke Volcano Kingdom," balas Halilintar yang sudah penat dengan soalan yang sama daripada Prince sepanjang jalan.

"Apa?! Tiga hari? Aku dah penat, Hali!" rungut Prince sambil menerbalikkan badannya ke tepi sehingga menyebabkan Fang yang menunggangnya turut terjatuh.

"Aduh! Prince! Sejak aku naik takhta CardHouse Kingdom engkau semakin malas, kan?! Tak macam dulu! Masa kita lakukan kerja lama kita dulu!" marah Fang sambil menampar badan Prince.

Akibatnya Fang turut ditampar di bahagian muka oleh libasan ekor Prince. Fang menatap tajam ke arah Prince manakala Prince pula menatap datar ke arah Fang. Halilintar yang melihat adegan itu turut membuat muka datar dan terus turun dari Fersia.

"Kalau macam tu, kita bermalam di sini sahaja. Lagipun masih jauh lagi untuk sampai ke Arabian Town," celah Halilintar sambil melihat peta di tangannya.

Arabian Town adalah bandar kecil yang merupakan sempadan antara CardHouse Kingdom dengan Volcano Kingdom. Bandar kecil tersebut dipenuhi dengan pasir dan rumahnya juga seperti ala-ala orang Arab. Pakaian masyarakat di sana pun sama, macam orang Arab. Bandar tersebut adalah bawah naungan Volcano Kingdom.

Halilintar meletakkan begnya di atas tanah dan terus membaringkan badannya pada pokok.

"Aduh, penatnya," rintih Prince sambil baring di sebelah Halilintar.

"Oh ya, Prince. Ada benda aku nak tanya ni," kata Halilintar.

"Apa dia?" balas Prince.

"Sebenarnya, dulu engkau dengan Fang kerja apa sebenarnya?" soal Halilintar.

Prince terdiam.

"Engkau tak perlu tahu pasal itu. Kerja itu amat sulit untuk diketahui umum, ianya pasti akan melanggar polisi Shadow Kingdom kalau aku bagitau engkau apa pekerjaan aku dulu," celah Fang yang berdiri tegak di hadapan Halilintar.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu