♧Card 4: Pengembaraan Bermula!!♧

948 92 22
                                    

"EEEEHHHHH??!!! APA?!! BIAR BETUL NI?!!!" jerit Halilintar dan Gempa secara serentak sehingga menyebabkan kandang kuda tersebut bergegar.

Fang dan Lahap menutup kedua-dua belah telinga mereka menggunakan tangan mereka kerana kebingitan daripada jeritan Halilintar dan Gempa. Setelah reda, Fang berdehem.

"Ya, betul tu. Aku hendak turun takhta dan pulang semula ke Shadow Kingdom. Aku nak buat kerja lama aku," balas Fang.

"Kerja lama tuanku? Kerja apa, tuanku?" soal Halilintar sambil mengerutkan dahinya.

Fang memandang ke arah Lahap. Lahap mengangkat kedua-dua belah bahunya.

"Engkau tak perlu tahu." balas Fang seperti berdalih dengan soalan Halilintar itu.

"Nak kejar populariti lah tu," bisik Gempa kepada Halilintar.

"Yang penting, aku nak engkau yang ambil takhta CardHouse Kingdom sebab engkau seorang je yang paling sesuai." kata Fang.

"Apa maksud tuanku yang saya ni sesuai ambil takhta tu? Tengok saya ni, saya cuma rakyat biasa yang miskin dan merempat di kandang kuda untuk mendapat hasil rezeki untuk sesuap nasi. Baju pun lusuh, kuasa sihir? Lagilah saya tak ada, saya cuma mampu memahami bahasa haiwan sahaja. Itu sahaja yang ada pada saya," balas Halilintar panjang lebar.

"Ya, engkau ada iaitu hati engkau. Hati engkau yang baik hati, tabah dalam menghadapi dugaan walaupun ego engkau setinggi menara pencakar langit WindMill Kingdom," kata Fang.

Halilintar menatap datar ke arah putera berdarah vampire itu apabila ayat 'egonya setinggi menara pencakar langit WindMill Kingdom' menerpa telinganya.

"Apapun yang tuanku cakap apa. sekali pun, saya takkan ambil takhta CardHouse Kingdom! Kenapa tuanku rasa saya ni sesuai jadi putera CardHouse Kingdom?!" bantah Halilintar.

"Sebenarnya macam ni," Fang ingin mula bercerita.

Fang's P.O.V..

Sebelum beberapa jam aku tiba ke sini, aku telah mengemas segala barang keperluan yang perlu dibawa. Secara tiba-tiba Ying si tukang tilik peribadi aku menegur aku.

"Ying? Ada apa lagi yang tuan hamba mahu beritahu beta?" soalku.

"Tuanku, patik dengar yang tuanku nak turun dari takhta CardHouse Kingdom, benar ke?" soal Ying ragu-ragu.

Aku terpana seketika. Selepas itu, aku menatap tajam ke arah butler aku. Eh,eh!! Boleh pulak dia buat tak tahu! Seingat aku dia seorang je tahu yang aku nak turun takhta. Geramnya aku!

"Ya," balasku ringkas.

"Tapi kenapa, tuanku?" soal Ying.

"Jangan tanya soalan itu. Tuan hamba taukan sebab kenapa beta mahu turun takhta, kan?" bantahku.

Ying mengganggukkan kepalanya.

"Bagus kalau macam tu. Dahlah, beta perlu pergi, kataku.

"Nanti kejap, tuanku! Orang yang sesuai ambil takhta tuanku adalah remaja berbaju merah yang berada dalam gambaran bola kristal tadi!" jerit Ying.

Aku berhenti melangkah. Terkejut dengan apa yang Ying cakap. Seriously?! Budak penjaga kandang kuda tu?!

"Kenapa tuan hamba cakap yang budak tu sesuai ambil takhta CardHouse Kingdom?" soalku lagi.

"Tuanku akan tahu perkara sebenar kenapa budak tu sesuai ambil takhta CardHouse Kingdom. Dan satu lagi, nama dia adalah Halilintar. Boboiboy Halilintar," terang Ying lalu gadis penilik nasib itu terus menghilang menjadi debu hitam.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Waar verhalen tot leven komen. Ontdek het nu