♡Card 10: Solarius Kingdom♡

867 86 14
                                    

"Macam mana diaorang boleh dapat kad terup api tu, huh?!" jerit Lord Of Darkness.

"Ma.. Maafkan kami, tuanku. Mereka kuat sangat lagipun Ejojo tinggal sedikit tenaganya.. Dan.. Dan.." Kata Probe gugup manakala Ejojo pula terdiam kerana bateri tenaganya tinggal sedikit.

"Dan apa, huh?!" jerkah Lord Of Darkness.

"Dan Halilintar! Pengembara yang kumpul kad tu, dia.. Dia ada kuasa juga!" kata Probe.

"Apa?! Macam mana dia boleh ada kuasa?!" jerit ahli sihir hitam sambil bangun dari tempat duduknya.

"Aku.." balas Probe tetapi dia semakin ketakutan.

"Aku apa, huh?! Bukan ke selama ni aku suruh engkau curi kad-kad terup tu dan intip mereka semua lagi-lagi Halilintar tu?!" jerkah Lord Of Darkness sambil mencekik leher Probe sehingga Probe terangkat dari lantai.

"Ma.. Maaf.. Tuanku.. Aku.. Aku.." kata Probe yang sudah tidak cukup nafas.

Lord Of Darkness memandang geram ke arah Probe dan selepas itu dia mencampak Probe jauh darinya. Probe terbatuk-batuk akibat badannya terhempas di atas lantau dengan keras sekali.

"Aku nak korang semua halang mereka lagi! Kalau boleh, curi terus! Aku tak kira!! Faham?!" arah Lord Of Darkness.

"Faham, tuanku," balas Probe dan Ejojo serentak.

Dua ekor naga merah berterbangan turun dan naik di langit biru yang terbentang luas, Halilintar dan Fang memandang ke bawah ke arah tanah di bawah mereka.

"Mana pula Solarius Kingdom ni? Sepatutnya ia ada dekat-dekat kat sini," kata Halilintar sambil meneliti peta.

"Aku rasa ini memang kawasannya, tapi satu pun panel solar aku tak nampak," balas Fang.

Halilintar mengeluh. Secara tiba-tiba satu pancaran cahaya menyilaukan mata Halilintar, menyebabkan dia terpaksa melindungi matanya menggunakan tangannya. Bukan itu sahaja, ternyata cahaya tu terkena pada mata Fang dan dua ekor naga yang ditunggangi mereka. Kedua-dua ekor naga itu meronta menyebabkan Halilintar dan Fang sukar untuk mengawal mereka.

"Alamak!! Aku tak boleh kawal naga ni! Cahaya tu buat naga ni tak nampak!" jerit Halilintar yang cuba mengawal naga itu.

"Aku punya pun!" jerit Fang pula.

Akibat naga penglihatan naga yang mereka tunggang terganggu, naga tersebut terbang ke kiri dan ke kanan sehinggalah mereka terlanggar satu benda keras di hadapan mereka menyebabkan mereka semua tercampak dan jatuh di atas benda yang lembut.

"Sakitnya. Apakah?! Panel solar?!" kata Halilintar yang sudah terlentang.

"Eh? Lembutnya? Aku baring atas apa ni?" omel Fang seorang diri.

"Korang semua okay?" tegur seseorang menyebabkan Halilintar dan Fang terbangun dengan serta merta.

"Kami okay," balas Halilintar.

Terlihat seorang remaja lelaki berbaju serba putih bergaris kuning, bersarung tangan serta topeng menutup wajahnya. Cermin mata berwarna oren menyerlahkan lagi penampilannya yang agak bergaya itu.

"Eh! Tuan muda ni Putera Fang dari CardHouse Kingdom! Selamat datang ke Solarius Kingdom!" kata remaja itu sambil tunduk hormat pada Fang.

"Janganlah tiba-tiba macam tu. Oh ya! Setahu beta yang Solarius Kingdom tidak ditubuhkan di atas awan. Patutlah susah beta nak cari kerajaan ni," kata Fang.

"Kerajaan ni sudah ditubuhkan di atas awan sejak dua tahun lepas, hari selepas kali terakhir tuanku melawat Solarius Kingdom," terang remaja misteri itu.

[C]♤The Quest Of CardHouse [1st Season]♤Место, где живут истории. Откройте их для себя