Chapter 12

1.2K 139 5
                                    

---

10.25 a.m.

Ketiga-tiga mimpi dan bayangan yang dilihat Yunhyeong kini meninggalkan pelbagai persoalan di mindanya. Sukar untuk dia tafsirkan apa yang sebenar-benarnya berlaku sebelum dia sempat mengenali Yoohee seperti di saat ini.

"Yunhyeong..."

"..."

"Oii!"

Sehingga terjungkit kedua-dua belah bahu jejaka tampan itu gara-gara disergah rakan baiknya sendiri. Jiwon menggeleng perlahan. Tidak pernah pula dia melihat Yunhyeong termenung jauh seperti itu.

"Ada masalah ke dengan pesakit kau tu?"

Jiwon menyisir rambutnya ke belakang. Yunhyeong pula hanya mendiamkan diri ㅡ membiarkan sahaja soalan lelaki itu.

"Kau tentu akan gelakkan aku kalau aku cerita."

Jari-jemari Jiwon mengetuk permukaan meja.

"Kenapa? Kau dah jatuh hati dengan pesakit kau , huh?"

Jiwon ketawa mengejek. Yunhyeong memandang rakan baiknya dengan ekspresi wajah jengkel. Inilah sebabnya dia masih belum bersedia untuk bercakap tentang masalah barunya itu kepada Jiwon.

"Okay , sorry. Aku gurau je. Ceritalah pada aku. Mana tahu ada apa-apa yang aku boleh bantu?"

Yunhyeong menarik nafas dalam.

"Aku dapat bayangan dan mimpi yang pelik-pelik. Dah tiga kali benda ni jadi. Aku tak tahulah bayangan dan mimpi apa pula yang akan aku dapat nanti. Hati aku rasa tak tenteram langsung. Yang peliknya , semua tu ada kaitan dengan Yoohee."

"Aku tak faham."

"Hari kedua , aku datang ke sana untuk pantau perkembangan Yoohee. Tapi ada pula benda pelik yang jadi. Dapur dan ruang tamu rumah tu bersepah dengan barang yang pecah dan rosak di sana sini. Pihak polis jumpa serpihan cawan yang ada kesan darah kering. Mula-mula aku sangka yang pelaku kekecohan dalam rumah tu tentu ada kesan luka baru pada badannya memandangkan pihak polis yakin yang ini kerja orang dalam rumah tu sendiri. Tapi pekerja-pekerja dalam rumah tu tak ada satu pun yang mempunyai kesan luka baru pada badan mereka , termasuklah Yoohee dan kakak dia. Aku ada lihat klip rakaman CCTV yang ditempatkan di dapur dan ruang tamu rumah tu. Ada seorang perempuan yang nampak serupa benar dengan Yoohee merayau-rayau di sekitar kawasan rumah tu setiap malam tanpa ada sesiapa pun yang sedar."

Jiwon terus memasang telinganya untuk mendengar cerita yang lebih lanjut. Yunhyeong cuba menceritakan apa yang telah berlaku sejak kebelakangan ini dalam bahasa mudah agar Jiwon memahaminya.

"Aku dapat satu bayangan pelik lepas Yoohee sentuh tangan aku satu malam tu. Aku nampak ada seorang perempuan yang terjatuhkan cawan kaca sehingga pecah pada bahagian mulutnya. Yang aku terkejut , perempuan tu selamba je minum air dari tempat di mana cawan kaca tu pecah. Dan semalam , aku nampak luka di dalam bibir Yoohee dijahit semula dengan benang hitam. Dari situlah aku yakin benar yang Yoohee adalah penyebab utama kekecohan tu."

Jiwon seolah-olah tidak percaya dengan kata-kata Yunhyeong itu.

"Wow... jadi apa pula yang kau mimpikan?"

Yunhyeong bagaikan terpana dengan soalan itu. Perlukah untuknya menceritakan yang itu juga?

"Aku mimpi Yoohee tidur dengan seorang namja ni. Masa tu , dia masih lagi cantik. Dan nampaknya , dia kenal sangat dengan lelaki tu. Secara jujurnya , namja tu ada iras aku. Cuma tembam sikit je. Sekarang ni , aku yakin sangat yang lelaki tu ialah bekas teman lelaki Yoohee ㅡ Jung Chanwoo yang ditemui mati lemas di dalam kolam renang rumahnya sendiri. "

Kali ini , Jiwon lebih terkejut.

"Kau mimpi basah? Dan yang kau nampak dalam mimpi kau tu ialah Yoohee dengan bekas teman lelaki dia? Kau ni biar betul?"

"Manalah aku tahu!"

Yunhyeong dilihat semakin runsing.

"Tunggu.. kau kata tadi , Yoohee ada pegang tangan kau , kan? Dan lepas tu kau dapat bayangan , betul?"

Lelaki itu mengangguk.

"Cengkam sebenarnya.."

"Yunhyeong.. aku rasa Yoohee ni ada sembunyikan banyak rahsia daripada pengetahuan orang lain. Kau kena selidik banyak lagi tentang dia."

---


Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now