Chapter 11

1.2K 146 20
                                    

---

8.02 a.m.

Usai menyegarkan tubuh badannya dengan mandian hangat pada awal pagi itu , Yunhyeong melangkah keluar dari bilik air bersama tuala yang terlilit kemas di pinggangnya.

Yunhyeong berdiri menghadap cermin bersaiz besar yang diletakkan di sisi katil tempatnya merehatkan tubuh badan malam tadi.

Kesan kebiru-biruan di tangannya diperhati lama ㅡ mengingatkan lelaki itu kepada kejadian yang berlaku terhadapnya beberapa jam yang lalu.

Bagaimana cengkaman Yoohee boleh meninggalkan kesan lecuran seperti apa yang dilihatnya sekarang ini?

"Yunhyeong?"

Yoojung muncul di muka pintu ㅡ memeranjatkan Yunhyeong yang masih tidak berbaju. Wajah Yoojung merona merah. Segera dia mengalihkan pandangannya seolah-olah tidak melihat apa-apa.

"Maaf.. saya sepatutnya ketuk pintu dulu."

Yoojung menyelit rambutnya di belakang telinga. Yunhyeong hanya tersenyum.

"Gwenchana.."

"Nanti turun ke meja makan , ya?"

Yoojung meninggalkan pesanan itu sebelum berlalu pergi. Yunhyeong hanya mengangguk faham bersama senyuman manis di bibirnya.

Lelaki itu segera menyarungkan pakaian ㅡ tidak mahu Yoojung menunggu lama di meja makan. Kesan kebiru-biruan di tangannya kini terlindung dengan adanya baju lengan panjang. Yunhyeong menghela nafas lega.

---

9.00 a.m.

"Yunhyeong , saya ada kerja yang nak diuruskan di pejabat. Saya harap awak tak kesah kalau... jaga Yoohee tanpa saya."

"Saya tak kesah pun sebenarnya. Nanti saya sendiri yang akan bawakan makanan untuk Yoohee."

Sebelah kening Yoojung dijungkitkan.

"Tapi Yoohee tu..."

"Tak mengapa. Dia cuma perlu dipujuk dan diberi perhatian."

Yoojung hanya mengangguk sebagai balasan. Selesai sarapan , dia dilihat meninggalkan perkarangan rumah agam tersebut. Salah seorang tukang masak keluarga bangsawan itu telah diarahkan Yoojung untuk menyediakan sarapan yang sesuai untuk Yoohee.

Yunhyeong menatang dulang berisi sup rumpai laut , sepotong sandwich serta segelas air ke bilik Yoohee. Nampaknya , gadis itu pun sudah terjaga dari lenanya.

"Selamat pagi , cik Yoohee."

Yunhyeong menghadiahkan senyuman manisnya. Wajah Yoohee masih datar ㅡ langsung tidak memandang Yunhyeong.

"Makan , ya? Saya ada bawakan sandwich kegemaran cik. Nanti kalau tak makan , cik sakit."

Puas Yunhyeong memujuk. Yoohee langsung tidak bersuara. Melihat bibir Yoohee , Yunhyeong teringat kembali akan bayangan yang dia dapat malam tadi.

Mengikut apa yang masih segar di dalam ingatannya , kesan darah yang ditemui pada serpihan cawan kaca itu adalah disebabkan oleh luka. Bayangan yang dia lihat pula seolah-olah cuba memberi satu petunjuk tentang pelaku yang menyebabkan kekecohan di dalam rumah agam itu.

Secara logiknya , sesiapa yang mempunyai luka tersebut adalah pelakunya.

Yunhyeong menarik nafas dalam. Jarinya dengan lembut cuba untuk melihat ke dalam mulut Yoohee. Ternyata apa yang disangkakan lelaki itu benar-benar berlaku.

Namun yang lebih mengejutkan , bahagian dalam kedua-dua ulas bibir Yoohee mempunyai kesan luka yang agak dalam. Bahkan , belahan pada luka di bibirnya telah dijahit semula dengan benang hitam ㅡ mencantumkan kembali luka tersebut sehingga belahannya tidak kelihatan lagi.

Yunhyeong mendapati dirinya sukar untuk bernafas. Yoohee menjahit semula bibirnya yang terluka itu dengan tangannya sendiri. Tidakkah itu gila?

---






Walking Dead [ MalayFic18+ ] ✔Where stories live. Discover now