*Part 5*

522 36 3
                                    

Di Villa Bangtan Y/n, Namjoon, Jin dan Yuri pulang pada pukul 10 malam. Masuk saja kedalam Villa itu Y/n ternampak Jimin tidur di sofa dalam posisi duduk. Y/n meminta semua naik untuk tidur dulu kerana dia ingin mengejutkan Jimin. Mereka akur dan berlalu pergi.

"Jimin-ssi" Y/n mengoncang bahu Jimin perlahan. Tapi tiada respon. "Yaa, Jimin-ahh" kejutnya lagi. Tiba2 Jimin menarik
Y/n yang berada di bahunya. Y/n tidak dapat mengimbangkan badannya terus terjatuh ke dada Jimin. Y/n tergamam seketika, dia memandang Jimin. "Waaa handsome nyaa," kata Y/n dalam hati . Tanpa sedar tangannya bergerak ke bibir Jimin,  dia teringin menyentuh bibir merah itu. Tiba2 Jimin menggigit jari Y/n.

"Auwww" desis Y/n. Jimin masih tidak melepaskan jari Y/n yang digigitnya. "Jimin lepas laa, sakit" kata Y/n. Sebenarnya tak sakit pon, tetapi Y/n malu sebab kantoi nak sentuh bibir Jimin.

"Afe afwak cufe lafufan haa? (Apa awak cuba lakukan haa?)  tanya Jimin.

"M-mana ada b-buat apaa, eh tadi air liur basi awak meleleh lah, saya nak tolong lapkan je" bohong Y/n.

Jimin melepaskan jari Y/n. Y/n ingin bangun dari riba Jimin tetapi Jimin memeluk pinggang Y/n.

"Yahh! Apa awak buat ni?! " soal Y/n marah.

"Saya tunggu awak lama, sampai tertidur kat sini. Sebenarnya saya takut, saya nak awak temankan saya" kata Jimin.

"Teman?  Pergi mana? "Soal Y/n hairan. Manalah Jimin nak pergi malam2 buta macam ni.

Jimin memanggil Y/n mendekatkan telinganya kerana ingin berbisik, Y/n akur dan menundukkan sedikit kepalanya.

"Teman saya Tidur" bisikan itu membuatkan jantung Y/n berdegup kencang, mukanya terasa hangat, pipinya merah padam .

"Yahh!! " marah Y/n . Akibatnya pipi Jimin ditarik sehingga merah.

"Ahhh Y/nnn sakitttt, okok janji tak buat lagi" kata Jimin, dia sedaya upaya menarik tangan Y/n yang masih menarik pipinya. "Y/nn bertambah chubby lah pipi sayaaaa nii" katanya lagi.

"Nii hukuman untuk awak sebab gigit jari saya tadi." Y/n melepaskan pipi Jimin dan menciumnya lalu berlari naik ke atas.

Jimin tergamam.

********

"Omoo, apa aku buat tadi?!! " kata Y/n dalam hati. "Kenapa aku buat macam tuu?!!! " Y/n bagaikan hilang akal apabila memikirkan apa yang berlaku tadi. Dia sendiri tidak tahu mengapa dia boleh hilang kawalan. "Macam mana aku nak berhadapan dengan dia esokk" ikutkan hati Y/n mahu saja dia menghantuk kepalanya di dinding sampai dia lupa ingatan.

"Emm Y/n " Yuri memanggil Y/n.

"Nae? "

"Ceritalah apa yang dah berlaku, sampai Y/n nak kerja tu. " kata Yuri.

"Ok, kalau Y/n cerita nii Noona janji takkan buat apa-apa ea? " pinta Y/n. Walaupun Yuri seorang yang baik, memahami, dan caring tapi satu kelemahan Yuri ialah Dia seorang panas baran. Pernah sekali Yuri mengatakan Jin berlaku curang padanya kerana Yuri menerima gambar2 Jin bersama seorang perempuan dalam keadaan yang mencurigakan. Yuri membawa kayu besbol dan hampir menyerang perempuan yang disangka perampas itu namun sempat Y/n dan Jin menghalang sebelum terjadi apa-apa. Sehabis Jin menjelaskan perempuan itu adalah sepupu karibnya, Yuri meminta maaf sampai melutut di hadapan perempuan itu supaya dia dimaafkan.

"Tak janji" kata Yuri.

"Aaaa Noonaaaaa" rengek Y/n.

"Ahahaha janji. " Yuri mengangkat tangannya seolah-olah dia bersumpah.

"Mark, dia kata Noona tarik muka dengan Jin Hyung sebab Y/n tinggal serumah dengan dia. Lepastu Y/n fikir nak kerja dan menyewa rumah lain. Tapi Jin Hyung dengan Oppa tak bagi, diorang kata bahaya, padahal Y/n dah besar n boleh jaga diri sendiri. " cerita Y/n.

[C] My Everything💜Where stories live. Discover now