Detik Pertemuan

135 6 0
                                        

      Fara melabuhkan punggungnya di atas kerusi kayu di ruang tamu, beg sandangnya diselongkar mencari sesuatu. Puan Ina perlahan lahan mendekati anak sulungnya itu, wajah masam mencuka dipamerkan.
        

      "Fara! Ini surat daripada ayah kau," ujar Puan Ina dengan nada suara yang tinggi.
         

           Fara membuka sampul itu dan terkejut apabila melihat isi yang berupa wang ringgit berkeping-keping di dalam sampul.
         

        "Buat belanja Fara dan adik-adik, ingatlah ayah sayang kamu semua,"
ringkas nota yang terselit bersama wang-wang itu.
          

         Fara tersenyum manis, betapa dia merindui ayahnya itu. Ayahnya meninggalkan Fara dan dua orang adiknya dua tahun yang lalu kerana memilih untuk berpisah dengan Puan Ina. Menurut ibunya, ayahnya bermain kayu tiga dengan perempuan lain. Namun, sayang Fara terhadap ayahnya tidak pernah pudar sampai bila-bila.

            “Kalau kau nak ikut ayah kau, pergilah!”marah Puan Ina. Fara membuntangkan matanya, agak terkejut.

            “Kau suka kan duduk rumah besar dengan ayah kau, dapat mak baru! Pergilah hidup dengan mereka, nanti senang hidup kau. Mak tiri kau kan kaya! Nanti tidaklah menyusahkan aku sahaja! Sesekali menyusahkanlah ayah dan mak tiri kau!” sindir Puan Ina. Fara tertunduk, hati Fara benar-benar pedih mendengar kata-kata ibu kandungnya itu. Adakah Fara penyebab penceraian mereka berdua? Fara faham tekanan yang dihadapi oleh ibunya, tetapi mengapa harus dilepaskan kepadanya?

            “Pergilah kemas barang-barang kau! Ayah dengan anak sama sahaja! Suka melupakan orang lain lepas dapat apa yang dimahukan! Ayah kau tu memang tidak guna! Kau nak sangat kan jadi macam dia? Pergilah!” marah Puan Ina lagi. Fara menatap wajah ibunya itu, sanggup ibunya mahu menghalaunya? Ibu! Jerit hatinya.

            “Kau…” belum sempat Puan Ina berbicara, Fara sudahpun berlalu pergi. Fara segera mengambil basikalnya dan mengayuh selaju mungkin. Air mata jernihnya mengalir laju, benarkah selama ini dia menjadi beban buat ibunya? Selama ini, Fara mendengar setiap keluhan ibunya, tetapi hari ini ibunya sudah melampau!  Fara menghentikan basikal di hadapan Sekolah Menengah Bandar Tasik Selatan, tempatnya menuntut ilmu setiap hari.

            “Nak pergi mana?” tanya pengawal berkaca mata itu.

            “Nak ambil buku yang tertinggal!” jawab Fara. Pengawal itu membenarkan Fara masuk, Fara sempat melemparkan senyuman hambar. Hampir basah tudung putihnya itu akibat digenangi air.Seragam sekolahnya pula belum sempat ditukar tadi. Fara sebenarnya berbohong, dia mahu mencari ketenangan di sini. Tempat yang selama ini dia menyendiri ialah di bilik stor lama yang tidak digunakan lagi di hujung bangunan sekolah. Di situlah tempat dia menulis puisi-puisi luahan hatinya, tetapi hari ini buku itu tiada padanya, mungkin dia tertinggal di bilik stor itu. Fara melangkah perlahan ke bilik stor itu, sunyi benar sekolah ini setelah tamat sesi persekolahan. Fara menolak perlahan daun pintu bilik stor itu dan terkejut melihat seorang lelaki yang memakai seragam lengkap sekolahnya.

            “Kamu siapa?” tanya lelaki itu, wajahnya dapat dilihat dengan jelas oleh Fara. Lelaki itu berkulit cerah dan rambutnya sedikit berombak. Sekali pandang, manis sekali wajah lelaki itu.

            “Saya yang patut tanya, kamu siapa? Ni tempat saya!” ujar Fara, menjengilkan matanya.

            “Ni kan hak sekolah, bukan tempat awak seorang sahaja! Sesiapa pun boleh ke sini!” ujar lelaki itu pula.

            “Tetapi…” belum sempat Fara berbicara, lelaki itu menunjukkan sebuah buku yang bersampul bewarna ungu kepada Fara. Fara tergamam, itu buku puisi-puisinya!

            “Buku itu kepunyaan saya! Berani kamu sentuh barang saya!” bentak Fara. Lelaki itu tertawa kecil, membuatkan Fara berasa muak dan semakin marah.

            “Indah sungguh puisi kamu.” puji lelaki itu, tersenyum manis. Fara terdiam, ditatap dalam-dalam wajah lelaki itu.

            “Benarkah? Tiada sesiapa yang pernah memuji karya saya!” keluhnya pula. Lelaki itu mendekati Fara seraya menyerahkan buku itu.

            “Kamu tulislah lagi, saya suka,” ujar lelaki itu lalu berlalu pergi meninggalkan Fara. Fara terdiam, siapakah lelaki itu?


Cinta Kita Terhenti (COMPLETE)Historias para obsesionarse. Descúbrelo ahora