Last Day - 10 Oktober 2017

111 19 0
                                    

Nia memandang kawasan disekelilingnya yang berkabus. Tak jauh dari tempat dia berdiri, terdapat sebuah pondok kecil. Di sekitar pondok dipenuhi dengan tanaman pelbagai bunga.

Cantik.

Sambil berjalan mendekatinya, hujung tangannya bermain-main dengan pokok bunga di sepanjang jalan. Rasa sejuk tangan Nia kerana dedaunnya masih berembun.

Nia duduk dengan selesa di pondok. Dirinya diselubungi rasa tenang dan nyaman.

Otaknya yang sedikit lembab mula terfikirkan sesuatu.

'Subhanallah... Ya Allah, cantiknya tempat ni. Tapi... Aku ada di mana ni?"

"Nia." Suatu suara yang agak garau menegurnya.

Nia berpaling kiri kanan mencari tuan empunya suara.

"Kau siapa?" Nia terlebih dahulu bersuara. Masih tak berpuas hati, Nia bertanya lagi.

"Kita kat mana? Macam mana aku boleh ke sini?"

Nia memerhati susuk tubuh seorang lelaki di hadapannya. Firasatnya kuat mengatakan bahawa dia kenal lelaki itu.

"Banyak betul soalan kau, kan? Kau ingat aku ni kaunter pertanyaan ke?"

Nia menggeleng kemudian mengangkat bahu. Dia dalam kebingungan.

"Aku, Daniell. Kenal?"

Nia mengangguk laju.

'Eii... boleh percaya ke ni?'

"Kenal. Tapi kau bukan Daniell yang aku kenal. Kau siapa?"

"Daniell lah... Siapa lagi?"

Nia tanpa sedar mengukir senyuman nipis. Ada bahagia melingkari hatinya. Rasa curiga dan syak wasangka hilang bagai ditiup angin lalu.

"So, what's up? Kau tak pakai pun benda alah tu. Dah tak nak sorok muka?"

"Tak adalah. Aku malu nak tunjuk muka aku yang tak hensem ni dekat kau."

"Terlebih hensem dah aku tengok kau ni. Asal merendah diri sangat?"

"Kau tak faham Nia. Err... lupakan sajalah. Buat masa sekarang, ikut aku sekejap. Aku nak tunjuk sesuatu dekat kau."

Tanpa ragu, Nia bersungguh mengangguk setuju. Dia kemudiannya bangun dan mengekori Daniell dari belakang.

"Kau nak bawa aku pergi mana? Kita kat mana sebenarnya ni?"

"Dalam hati aku. Percaya tak?" Daniell berpaling menghadap Nia dan menjongketkan kening kirinya.

"Ceh... patutlah berkabus semacam. Kau baru kematian bini ke?" Nia bergurau tapi hambar.

"Aku tak percayalah,"sambung Nia tidak mahu kusutkan kepalanya berfikir.

Jalan yang dilalui semakin berkabus. Daniell di depan pun menjadi kabur pada pandangan Nia meski jarak mereka agak dekat.

Setelah melepasi kawasan kabus tebal, mereka seolah berada di tempat lain. Nia kenal tempat itu. Bus stop. Tempat pertama kali dia berjumpa Daniell.

"Eh? Macam mana boleh ada di sini pula? Kejap. Apa benda ni? Kita tetiba ada kuasa teleport ke?"

"Shh...." Daniell merapatkan jari telunjuknya di bibirnya yang kemerahan.

Nia diam. Seperti Daniell, dia turut memerhati sekeliling.

Tak lama kemudian, Nia ternampak satu lagi kelibat Daniell berpayung hitam sedang menunggu di perhentian bas. Nia mula merasa aneh. Ingin bertanya pada Daniell dia tidak berani.

Memahami kekeliruan Nia, Daniell pun membuka mulut. "Cuma perlu tengok apa yang akan jadi. Dia takkan nampak kita pun."

Tak lama selepas itu, datang sebuah teksi dan berhenti di sisi jalan. Klon Daniell berura-ura untuk menaiki teksi namun terbantut apabila melihat seorang wanita tak dikenali ditarik keluar oleh pemandu teksi itu.

Nia kaku seketika. Pak cik teksi yang sama!

Lelaki itu mengheret wanita tadi dengan kasar dan menolaknya jatuh ke tanah.

Wanita tadi apa lagi, meraung sekuat hatinya. Kini, barulah Nia mengesan bahawa wanita itu mengandung kerana terdapat kesan darah pada kaki wanita itu.

Hati Nia menangis.

"Daniell... Pergi tolong perempuan tu. Ya Allah... kesiannya." Nia menekup mukanya tidak tahan melihat seksaan itu. Dia juga menggeletar ketakutan melihat keganasan seperti itu.

Daniell hanya diam. Mukanya serius dan menakutkan.

Klon Daniell yang menyaksikan kejadian itu hanya diam. Dari riak wajahnya, jelas menunjukkan dia terkejut.

'Pergilah tolong dia! Kau dah kenapa berdiri macam tunggul kat situ?' bentak Nia.

"Abang! Jangan buat saya macam ni! Sakit! Abang... Sakit!" Wanita itu menangis sambil memegang perutnya.

"Kau dengar sini, eh. Kau tak boleh balik selagi kau tak gugurkan budak tak guna dalam perut kau, itu! Aku tak nak anak macam tu! Budak cacat tak guna!"

Tanpa menghiraukan suaminya, wanita itu cuba merangkak ke arah Daniell.

"Dik... tolong akak. Adik... tolong akak. Sakit."

"Ta-tapi macam mana? Sa-saya...." Klon Daniell bercakap dengan gagap. Dia sebenarnya mahu berpaling ke belakang dan lari daripada situasi ini. Tak mahu masuk campur!

Wanita itu menggeleng laju.

"Hei, budak! Kau pergi dari sini sebelum dengan kau sekali aku terajang! Blah!"

"Ja-jangan." Wanita itu merangkul kaki suaminya.

Dum!

Guruh di langit mula berdentum hebat. Awan mulai gelap. Tanpa menunggu lama, hujan turun dengan lebat membasahi bumi.

Pak cik pemandu teksi mula berjalan ke teksinya semula mengheret isteri yang masih merangkul kakinya.

"Kenapa kau tak buat apa-apa? Kenapa? Kenapa?" Nia meluahkan isi hatinya. Geram.

"Tunggu dan lihat."

Ya... tunggu dan lihat sajalah, Nia.

Melihat situasi yang semakin menyeksakan, klon Daniell mula ambil tindakan drastik. Payung hitam ditangan digunakan untuk memukul bahagian leher lelaki itu.

Mungkin tidak rasa sakit kerana lelaki itu menyerangnya kembali. Klon Daniell sudah bersedia dan hujung payung yang tajam dihunus pada perut lelaki itu. Kakinya pula terasa ringan untuk menyepak muka lelaki itu. Muka lelaki itu berdarah teruk.

"Argh!" Wanita mengandung itu menjerit. Air matanya mengalir tak kurang juga si Nia.

Tanpa fikir panjang, klon Daniell mengangkat wanita itu menaiki teksi. Dia terus menghidupkan kereta dan berlalu pergi meredah hujan meninggalkan pemandu teksi tadi sendirian dalam hujan.

"Daniell... isk." Nia menangis teresak. Hati perempuannya benar-benar tersentuh. Mukanya ditekup.

"Shh... I'm so sorry, okay? Nia...buka mata. Please."

Nia menggeleng. Tak mahu melihat situasi yang menyedihkan itu.

"You have to watch this." Daniell berbisik pada Nia.

Kelihatan takut sungguh si Nia. Tapi Nia perlu tahu hakikat yang sebenar.

,

.

,

.

Dalam keterpaksaan, author mesti bahagikan last chapter ini kepada 2 bahagian...
So, yes... double update!
Teruskan membaca story Nia ye meskipun last chapter ini agak terlebih berimaginasi..
😀😀..Harap korang suka..😀😀

Menghitung Hari Where stories live. Discover now