Third day - 6 Oktober 2017

157 24 13
                                    

"Adik, bak sini remote tu. Tak seronok lah cerita ni."

"Tak boleh. Aku nak tengok dia masak apa. Macam sedap je." Si adik mengambil remote TV lalu dimasukkan ke dalam baju. Sengaja!

"Tipu. Kau nak tengok muka chef ini je. Bukannya nak tengok sangat dia masak apa."

"Biasalah. Two in one." Adiknya mengangkat-angkat sebelah keningnya ala-ala Ziana Zain.

"Dhia... tukar la cerita lain. Nak tengok drama Korea kejap,"rayu Nia dengan perasaan geram yang meluap dalam dada. Dia bukannya boleh bersabar dengan si Dhia ni.

"Tak boleh. Asyik-asyik Korea. Bosan tahu tak tengok muka hasil plastic surgery tu."

"Alah... sekejap je. Hari ini episod akhir, tau. Tolonglah," Nia merayu lagi.

"Drama apa? Kim bok joo?"

"Yeah! Swag! Bolehlah. Cerita dah nak mula. Cepat tukar siaran." Nia mendekati Dhia mahu merampas remote TV daripada gadis kecil molek itu.

"Tak nak. Uwek... tak nak." Dhia menjelirkan lidahnya sambil buat muka hodoh. Tangan Nia pula rasa gatal semacam nak bagi penampar. Menyakitkan hati betul minah ni.

"Tak elok gaduh adik-beradik. Tak baik tahu cari gaduh dengan darah daging sendiri." Ibu tersenyum kelat menuturkan ayat itu. Pandangan dilemparkan bersilih ganti kepada Nia dan Dhia.

"Dhia ni ha... tak nak bagi Nia tengok drama Korea yang Nia suka tu. Kejap saja tengok cerita tu."

"Tak nak tengok! Bosan dan membosankan!"

"Kalau tak nak tengok, blah la... Tak kacau hidup kau pun."

"Eii... ibu! Tengoklah kak Nia ni." Dhia menjuihkan bibirnya tanda dia merajuk. Tapi sayangnya, tiada siapa ingin pujuk!

"Nia tak ada kelas ke hari ni?"

Nia menggeleng laju. "Kelas batal, ibu."

"Baguslah kalau macam tu. Boleh Nia temankan ibu pergi pasar. Banyak barang dapur dah habis. Tepat betul perkiraan abah kamu. Pagi ini, dia ada bagi duit sikit." Ibu tersenyum lebar.

"Okey. Tak ada masalah. Jom pergi siap ibu. Tinggalkan budak ini sensorang kat rumah." Nia mula bangun untuk ke bilik. Begitu juga dengan ibu.

"Nanti tolong tengokkan iklan kerja kosong tau. Bosanlah duduk rumah makan minum je. Boleh?"

"Ya. Baiklah," Ibu dan Nia menjawab serentak.

* * *

"Ibu dah senaraikan semua barang untuk kita beli nanti?"

"Haah. Tapi, Nia tambahlah apa yang patut."

"Beres!"

Pon! Pon! Pon!

Bunyi hon kereta yang berterusan menarik perhatian Nia dan ibunya.

"Ada apa tu, ibu?" Nia memerhati sekeliling. Dia cuba mencari punca kenapa ramai yang membunyikan hon. Jalan menjadi sesak terutamanya lorong depan pasar.

Kini, kereta Axia mereka berada di simpang untuk masuk ke lorong pasar tani di sebelah kanan. Setelah lampu isyarat menunjukkan warna hijau, Ibu segera membelok ke kanan.

Dan di luar jangkaan kedua wanita itu, sebuah basikal fixi meluncur laju ke arah kereta mereka.

"Argh!" Nia menjerit panik.

Secara automatik ibu bertindak membunyikan satu hon yang panjang.

Boom!

Bunyi rempuhan kedengaran. Mereka berdua merasakan seperti kereta sedikit bergegar.

Basikal tadi telah merempuh kereta Axia kesayangan ibu. Nasib baik Ibu segera memberhentikan kereta. Jikalau tidak, memang cedera parah penunggang basikal itu. Mungkinkah?

Meskipun masih terkejut, Nia membuka pintu kereta dan menjenguk ke luar kereta mahu melihat apa yang telah terjadi. Jalan raya tidak lagi sesak seperti tadi.

Namun apa yang pasti, keretanya tidak mengalami kesan calar malah kesan rempuhan tadi. Langsung tiada. Nia mengerutkan dahinya hairan. Walhal dia sendiri dapat merasakan gegaran kereta dek rempuhan tadi.

Tapi basikal pula yang rosak teruk begitu juga dengan penunggangnya yang merupakan seorang budak lelaki.

"Adik, ada luka kat mana-mana tak? Ya Allah, siku adik berdarah. Boleh bangun, tak? Nanti akak bawa pergi ke hospital. Adik nama apa?"

"Ajim. Saya tak boleh jalan sebab kaki saya rasa sakit,"ujar Ajim sayu.

Sedang memikirkan jalan penyelesaian, tiba-tiba saja daun berterbangan di sana sini. Entah datang daripada mana pula dedaun kering ini. Angin sejuk menyapa tubuhnya.

"Nia, tolong papahkan budak tu naik kereta. Rasanya dah nak hujan ni. Cepat, Nia." Suara Ibu mematikan lamunan Nia.

"Alamak! Nia tak retilah ibu. Lagipun kaki dia pun cedera juga. Tak boleh jalan katanya." Nia ragu-ragu.

"Adik yang kat sana tu. Sini kejap," panggil ibu sambil melambaikan tangannya ke seberang jalan.

'Fuh! nasib baik ibu cepat bertindak. Tidaklah aku bersusah payah,' Nia mendesis lega.

"Ajim tunggu kejap tau. Nanti kitorang bawa Ajim pergi klinik cuci luka apa semua. Teruk sangat akak tengok."

Ajim mengangguk perlahan. Dia terbaring pasrah sambil nyanyikan lagu Wani Hasrita.

Sejenak ku termenung...
Awan pun mulai murung...

"Ha... tolong angkat budak ni masuk dalam kereta ya," Ibu bersuara lagi.

Nia mendongak untuk melihat dengan siapa ibunya sedang berbual. Dia memandang dari bawah.

Memakai seluar dan t-shirt putih. Mengenakan penutup muka, topi dan kasut Converse berwarna hitam.

Nia kaget apabila menangkap susuk tubuh empunya diri. Dia benci dengan pertemuan ini. Lelaki misteri yang ada di mana-mana saja!

Tanpa sepatah kata, lelaki itu mengangkat Ajim dengan tenang. Ajim seorang budak lelaki yang chubby.

'Tak berat ke?'

Setelah selesai, ibu mengucapkan terima kasih.

"Terima kasih, bang." Dan, Ajim turut menzahirkan kasihnya.

Aku?

Humph... tak payah nak mesra sangatlah. Sebelum masuk ke dalam kereta, Nia menjeling lelaki itu tajam.

'Eh... dah kenapa pula mata aku ni gatal nak menjeling jeling ni? '

Melalui cermin sisi, Nia dapat melihat lelaki itu menuntun basikal Ajim. Nia cuba berbaik sangka. Lelaki itu mungkin mahu membawa basikal itu untuk dibaiki. Tapi, kalau diikutkan hati negatifnya, lelaki itu sudah pasti mahu menjual basikal tersebut.

Yang mana satu agaknya, ya?

Sepanjang perjalanan, Nia memikirkan teka-teki yang ditinggalkan lelaki itu. Kehadirannya secara tiba-tiba. Pada Nia, dia langsung tidak mahu terlibat dalam sesi perkenalan Ibu dengan Ajim.

Dia menyerabutkan fikiran hanya tentang lelaki itu.

Siapa dan kenapa?

Menghitung Hari Where stories live. Discover now