Day 5 - 8 Oktober 2017

133 18 6
                                    

POV : Lelaki misteri

Stret! Stret!

Bunyi elektrik dan nyalakan anjing yang kedengaran sayup menjadi peneman aku pada malam yang sunyi sepi.

Warga kota masih lena diulit mimpi di kamar pembaringan melepaskan penat lelah setelah berkejaran di siang hari mencari rezeki. Dan aku pula masih mampu bersengkang mata sepanjang malam menantikan terbitnya matahari.

Kedua tanganku menyeluk poket yang kosong. Aku melalui lorong-lorong kecil dan gelap yang berada di antara celahan bangunan.

Suasana di sekitar sunyi dan sepi. Aku suka. Rasa lebih tenang begini. Sebuah kereta yang tersadai di hujung lorong aku dekati. Cerminnya yang sedikit kebasahan aku gilap dengan hujung baju. Kini, bertemankan lampu jalan wajah aku yang terlindung disebalik penutup muka ditatap kosong.

Dengan perlahan-lahan, aku membuka penutup muka yang dipakai.

Permukaan wajah aku kelihatan rata. Mungkin saja mata dan hidungku terletak elok di tempatnya. Tapi mana mungkin mereka sempurna tanpa kehadiran mulut yang melengkapkan segalanya?

Dalam hati aku tergelak sinis. Aku tak mampu menzahirkan sekelumit pun senyum itu. Tak sanggup menatap lebih lama, aku memakainya semula.

Entah kenapa, bayangan Nia bermain di fikiran ku secara tiba-tiba. Ya. Dialah kunci kepada pengakhiran derita ini. Aku hanyut dalam lamunan untuk seketika memikirkan pengakhiran dugaan ini.

Kemudian, fikiran aku pula melayang mengingatkan peristiwa petang semalam.

~Nia..
"Wehh..kau bisu ke?"

~aku. .
Tak..aku cuma tak boleh...

"Kenapa kau tak jawab?"
Sebab aku tak mampu, Nia...

"Respon la apa apa pun. Aku tak kisah."
Kau tak tahu Nia... Aku bisu. Aku tak boleh berbicara macam kau.

"Tapi at least bagitahu something yang boleh bantu aku usir semua kekusutan ni."
Aku akan hapuskan kecelaruan kau. Tapi bersabar...nanti kau akan tahu juga..

Aku berjalan di hadapan deretan bangunan sendirian. Angin malam bertiup lembut menyapa tubuhku. Aku tidak sama sekali menggigil kesejukan. Aku hanya benar selesa begini.

* * *

Nia menggeliat malas. Dia melihat jam pada skrin telefon. 3.25 pagi. Masih awal pagi rupanya. Niat mahu ke tandas segera ditunaikan.

Air wudhu' diambil kerana dia mahu menunaikan solat tahajjud. Maklumlah, bukan senang untuk bangun lewat malam.

Allah Swt sudah mempelawa dirinya untuk beribadah, masakan sanggup dia menolak tawaran ini.

Usai saja solat, Nia berzikir panjang. Kemudian, barulah dia menadah tangan untuk berdoa memohon segala urusan duniawi dan ukhrawinya dipermudahkan.

Rasa tenang menyelubungi dirinya yang kerdil. Tanpa dipaksa, mutiara jernih dari kelopak matanya mengalir membasahi pipi.

Rindunya... entah berapa lama dia meninggalkan rutin ibadah malamnya. Mungkin disebabkan itulah jiwanya terasa kosong.

Selesai saja berdoa, Nia bangun untuk melipat kain sembahyangnya kemudian berbaring malas di atas katil.

Nia mencapai telefon di hujung katil. Dia segera membuka Whatsapp kerana beberapa minit lalu, Hanie menghantar gambar di dalam group LovelyGirl. Nia mengerut dahi kehairanan.

Tak tidur lagi rupanya minah ni.

Jantung Nia mula berdegup tak menentu. Tangannya laju menekan keyboard.

Nia : hanie..kau jangan buat benda tak elok weh..ya allah..😱😱
: (voicenote) astaghfirullahalazim... Hanie! Kau balik sekarang!
: hanie..! Kau pehal weh?! Kau buat apa kat situ?
: Haniee!!

Nia melalut sendiri. Terketar-ketar tangannya. Dia menanti penuh sabar balasan daripada gadis itu. Tidak sampai dua minit, Hanie membalas.

Hanie : chill lah. Aku tak buat pape pon.
: just having a little party here.
: Best weh... tempat dia pun cantik apa.

Nia : party apa benda tengah malam buta macam ni?
: kitorang dah bagitau. Kau kena berhenti jumpa diorang.
: dah jelas yang diorang selalu lepak tak tentu hala! Yang kau nak tumpang sekaki buat apa?

Hanie tidak membalas tetapi dengan beraninya menghantar gambarnya dengan seorang lelaki. Nia beristighfar. Mana taknya kalau gadis itu sedang memaut mesra lengan seorang lelaki tak guna sambil melentokkan kepala di bahu itu.

Kepala Nia pusing. Selama ini, dia tahu bahawa Hanie seorang yang gemar bersosial. Bagi Nia, Hanie seorang gadis yang tak akan bersikap melampau seperti ini.

Hanie merupakan anak tunggal. Pergolakan rumah tangga kedua ibu bapanya menyebabkan kehidupan Hanie terabai. Mungkin disebabkan itulah sikap Hanie semakin lama semakin tak terkawal.

Otak Nia mula mencambahkan idea. Dia perlu pergi jumpa Hanie dan bawa gadis itu pulang. Nia bertekad. Jikalau dia tak bertindak segera, perkara yang lebih buruk akan menimpa sahabatnya.

Tapi dia perlu meminta keizinan ibu dan abahnya terlebih dahulu. Aduh... susah juga ni.

Tanpa fikir panjang, Nia bangkit dan kunci kereta di atas meja dicapai. Tudung instant dipakai.

Disebabkan semangatnya yang berkobar-kobar, Nia sudah mula mengundurkan kereta keluar dari garaj kereta dalam masa yang singkat.

Namun sebelum itu, dia sempat meneliti semula gambar Hanie. Dia mahu pastikan dimana tempat mereka sedang ber'parti'. Yup! Dia benar kenal dengan tempat tersebut iaitu Taman Mutiara di hujung bandar.

Tanpa ragu, kereta Nia meluncur laju membelah jalan raya yang masih lengang. Jam pada dashboard menunjukkan pukul 4.05 pagi.

Di Taman Mutiara...

Nia memarkirkan keretanya tidak jauh dari kawasan taman. Suara riuh rendah dari satu arah seolah menarik Nia bagai magnet.

Nia mendekati sebuah kereta Almera yang berada paling dekat dengan sekumpulan anak muda yang sedang berbual rancak.

Sesekali Nia mengintai ke arah mereka. Mata ligat mencari susuk tubuh Hanie. Telahan Nia tepat. Nisbah lelaki lebih ramai berbanding perempuan.

Dan... target-detected. Ralit benar gadis itu berbual.

'Hanie... kau tak takut ke duduk kat tempat macam ni?' gumam Nia di dalam hati.

Nia mute-kan telefonnya sekadar langkah berhati-hati. Kemudian barulah dia ber-Whatsapp semula dengan Hanie.

Nia : hanie... kau pergi ke bangku kayu bawah pokok kejap... area geng kita selalu lepak.
: cepat tau!
: aku tunggu.
: tolonglah datang.

Hanie : okey, sayang.

Jawab Hanie ringkas. Sebaik saja membacanya, Nia terus bergerak ke tempat yang diberitahu kepada Hanie tadi. Dia sekadar perlu tunggu.

Mahu menyerbu begitu saja, dia tak berani. Entah apa yang akan menimpa dirinya. Mengambil risiko sehingga tahap ini pun sudah membuatkan kakinya terketar-ketar. Dahi pun dah berpeluh tanpa henti. Jantung pula berdegup tidak senada seirama.

Lama jugak Nia menunggu kedatangan Hanie sehinggalah dia merasakan seperti bahunya disentuh seseorang.

Lekas Nia berpaling. Hanie perlu dibawa pulang!

"Hanie... kau tak apa-apa? Ke...."

Nia kaku. Wajahnya pucat lesi. Jantungnya tidak lagi berdegup.

Apakah?


Menghitung Hari Where stories live. Discover now