"Dengan siapa?" dia bertanya lagi.

"Err.." Angela keberatan untuk menjawab.

"Jawab Angela!" suara Syed Nazril naik seoktaf.

"Dengan PA I" bohong Angela. Harris yang leka makan terus memandang Angela.

"PA you? Seriously? You makan dengan PA you?" soal Syed Nazril inginkan kepastian.

"Yelah. Siapa lagi nak teman I makan. Kalau ajak you you sibuk sejak naik pangkat ni" ujar Angela.

"PA you lelaki ke ?"

"Perempuan"

"Jawab jujur Angela"

"I jujur lah ni"

"I dah nampak Angela. You keluar dengan lelaki."

"Okay, fine. Yes memang I keluar dengan lelaki. I tak jujur sebab taknak you cemburu. PA I lelaki. Lagipun lelaki sesuai apa bawa barang-barang I yang berat."

Syed Nazril menghela nafas. "Okay I percayakan you."

"Thanks biy. Okaylah. I nak makan dulu ni. Bye" tanpa mendengar balasan dari Syed Nazril Angela sudah mematikan talian.

"You cakap I PA you sayang?" tanya Harris.

"Sorry. Itu je yang I terfikir." Angela meminta maaf.

"It's okay" kata Harris lalu teruskan menyuap makanan ke mulutnya.

***

Selepas appointment bersama klien, Amsyar memandu kereta dan terus membelok keretanya ke arah mall. Julia yang pelik terus bertanya "Err.. Encik Amsyar nak singgah mana-mana ke?"

"Kita lunch dekat sini" jawab Amsyar.

Jukia mengangguk. Mereka keluar dari kereta milik Amsyar dan jalan beriringan menuju ke arah restoran.

Semasa perjalanan ke arah restoran, mata Amsyar ternampak kelibat Angela dengan lelaki lain. Dia terus menuju ke arah wanita itu diikuti oleh Julia.

Amsyar semakin mendekati wanita itu memandangkan dia tidak perasan Amsyar di situ.

"Angela" seru Amsyar.

Angela dan Harris menoleh ke arah suara itu. Angela terkejut. Terkejut kerana Amsyar disitu bersama seorang gadis bertudung di sisinya.

"A.. Amsyar. Hai lama tak jumpa you" balas Angela. Ingin hilangkan gugup kerana risau Amsyar akan memberitahu Syed Nazril yang dia keluar bersama lelaki lain sedangkan mereka sudah putus kawan.

"Hai tulah. Lagipun I busy sikit. Tu siapa?" tanya Amsyar sambil tangan menunjuk ke arah Harris.

"Ouh. Ini Harris I punya PA" jawab Angela.

'So weird' getus hati Amsyar.

"Siapa pula perempuan tu?" tanya Angela. Julia memandang ke arah Angela.

'Mak oi seksinya. Encik Amsyar kenal ke dengan dia ni?' desis hatinya.

"Ini officemate I punya PA. Dia tak datang hari ni so I dengan PA dia kena jumpa klien"

"Okay. Tak apalah Amsyar. I need to go. Bye" lekas Angela menarik lengan Harris dan cepat-cepat beredar dari situ. Risau kalau Amsyar syak apa-apa.

Amsyar yang belum sempat bertanya lagi terus terpinga-pinga. Dia pelik sedikit dengan kelakuan Angela tambahan pula PA Angela ialah lelaki.

Malas mahu berfikir panjang. Terus dia meluru ke arah Julia yang hanya diam dari tadi.

"Jom lunch" ajak Amsyar. Julia mengikuti langkah Amsyar.

Sedang mereka menjamu selera, Julia masih lagi diam. Bagaimana Amsyar boleh kenal dengan wanita itu. Hatinya tertanya-tanya.

"Kenapa diam je dari tadi? Awak ada masalah?" tanya Amsyar.

"Tak cuma saya musykil sedikit"

"Sebab?"

"Macam mana Encik Amsyar boleh kenal dengan Cik Angela?"

"Kenapa awak tanya?" soalan dibalas soalan.

"Yelah. Setahu saya Cik Angela tu tak suka berkenalan dengan orang-orang biasa macam kita ni"

"Sorry. Bukan kita tapi awak je. Saya bukan orang biasa kalau tak kenapa Angela boleh kenal saya" jawab Amsyar nada riak.

Julia hanya diam dan memandang Amsyar tajam. Menyampah dengan ayat Amsyar.

"Okay- okay. Saya akan cerita but not now sebab sekarang dah masuk waktu zohor. Kejap lagi kita singgah surau untuk solat."

"Yelah" jawab Julia perlahan. Dia terus menyuapkan makanannya ke dalam mulut.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now