Bab 20

48.8K 674 20
                                    

Syed Nazril leka menyiapkan tugasan sehingga tidak sedar jam sudah menginjak ke arah 12.30 tengahari. Sejak dinaikkan pangkat, dia sibuk sepanjang hari sehingga terpaksa skip waktu makannya.

Pintu bilik Syed Nazril diketuk. Apabila arahan masuk diberikan, segera PAnya masuk lalu berkata "Boss, tuan pengarah nak jumpa" kata PAnya yang bernama Humaira.

"Bila?" soal Syed Nazril.

"Sekarang" jawab Humaira.

"Awak kemaskan meja saya" tanpa menunggu jawapan dari Humaira, terus dia bangun dan berlalu masuk ke bilik pejabat Dato' Syed Marzuki.

"Ada apa daddy nak jumpa Naz?" tanya Syed Nazril setelah dlabuhkan punggungnya di atas sofa berhadapan dengan daddynya.

"Daddy nak ajak kamu lunch. Daddy tengok kamu selalu siapkan kerja sampai tak makan." ujar Dato' Syed Marzuki.

"Daddy, kerja Naz tu banyak lagi tak siap and then daddy ajak Naz lunch pula." adu Syed Nazril.

"Naz, kerja kerja juga. Kesihatan tu perlu dijaga. Jangan terlalu workaholic sangat. Kamu tu dah ada isteri, mana tahu one day rezeki ada anak pula. So lepas ada anak tak boleh fokus pada kerja. Kena lebih fokus pada keluarga."

Syed Nazril terdiam. 'Anak. Aku tak pernah terfikir nak ada anak dengan perempuan tu. Aku taknak dia kandungkan anak aku.' desisnya dalam hati.

"Naz, kamu termenung apa ni?" tanya Dato' Syed Marzuki setelah lama melihat anaknya termenung.

"Haa? Tak.. Tak ada apalah daddy" jawab Syed Nazril.

"Sudah. Jom pergi makan." ajak Dato' Syed Marzuki. Terus dia bangun dan berlalu pergi diikuti Syed Nazril.

Setelah siap mengambil tempat duduk dan memesan makanan. Mereka kembali berbual. Dari hal pejabat hinggalah kekeluargaan.

Tiba-tiba pandangan mata Syed Nazril terpaku pada gadis yang berjalan bersama-sama seorang lelaki. Hatinya membara. Cemburu? Ya memang dia cemburu kerana Angela itu ialah kekasihnya!

"Angela" gumam Syed Nazril namun tidak didengari oleh Dato' Marzuki.

"Apa dia Naz?"

"Tak ada apa-apalah daddy. Makanan dah sampai tu"

Pelayan restoran itu meletakkan minuman dan makanan di atas meja yang mereka duduki. Selepas itu, mereka menjamu selera. Hilang selera Syed Nazril selepas melihat Angela bersama lelaki lain.

Apabila sampai di pejabat terus Syed Nazril masuk ke bilik pejabat. Niat untuk menghubungi Angela tetapi terbantut apabila Dato' Syed Marzuki mengajaknya untuk solat zohor berjemaah di surau. Takkan mahu menolak pula. Apa kata pekerjanya nanti. Akhirnya Syed Nazril akur.

***

Suapan Angela terbantut apabila IPhone milik Angela tiba-tiba berbunyi minta diangkat. Apabila melihat si pemanggil terus Angela membuat muka.

"Sapa call sayang?" tanya Harris.

"Nazril" jawab Angela.

"Ouh. Angkat je lah"

"You tak jealous ke?"

"You dah lupa ke? You kena layan dia supaya plan kita jadi"

"Sorry, I lupa" terus Angela mengangkat panggilan itu.

"You pergi mana tadi?" tanya Syed Nazril tegas.

"I.. " Angela memandang wajah Harris di depannya yang sedang makan itu. "I pergi makan" sambungnya.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]حيث تعيش القصص. اكتشف الآن