Bab 14

30.5K 665 9
                                    

Qaira menyediakan makanan tengahari kerana dia sudah minta abang serta keluarganya datang ke rumah Syed Nazril. Walaupun pipi dan tangannya berbalut namun ia tidak menghalang Qaira untuk memasak.

Ikan siakap 3 rasa, sayur kailan, telur dadar, ayam masak merah dan jus anggur.

Syed Nazril keluar dari biliknya dan menuju ke ruang tamu. Langkahnya terhenti seketika apabila melihat banyak lauk di atas meja. Syed Nazril menelan liur.

'Macam sedap' getus hatinya. Tambahan pula ayam masak merah kegemarannya juga ada. Tapi banyak sangat lauk itu. Siapa yang mahu makan?

"Qaira!! " jerit Syed Nazril.

"Ya" terkocoh-kocoh Qaira keluar dari ruang dapur menuju ke meja makan. Selepas peristiwa yang menyakitkan dia, Qaira tidak berani membuat perkara yang boleh menimbulkan kemarahan suaminya.

"Pahal kau masak banyak macam ni!? Siapa nak makan!? " soal Syed Nazril berang.

"Abang call semalam dia cakap nak datang" jelas Qaira.

'Nak datang kenapa? Tiba-tiba je' tanya hatinya.

"Kau mengadu kat abang kau kan!? " tanya Syed Nazril seraya memegang kuat dagu Qaira.

"Tak.. Tak.. Semalam abang call cakap nak datang" bohong Qaira.

Dia tahu dia salah tapi dia tak tahan dengan suaminya itu. 'Ya Allah ampuni dosaku kerana menipu suamiku sendiri' hati Qaira berkata. Dia memegang tangan Syed Nazril yang memegang kuat dagunya.

Baru sahaja Syed Nazril ingin menjawab, kedengaran seseorang memberi salam. Syed Nazril melepaskan genggaman itu.

"Wa'alaikumussalam " jawab Qaira. Segera mendekati pintu utama dan dibuka.

Terpampang wajah Firdaus isteri serta dua anaknya. Firdaus mendukung anak bongsunya Alia manakala Kak Sya memimpin tangan Akif. Qaira tersenyum lalu menyalam abang serta kakak iparnya. Qaira mempelawa mereka masuk ke dalam rumah dan disuruh duduk di atas sofa. Qaira mengambil tempat duduk di hadapan abangnya.

Syed Nazril terus mendekati mereka dan menyalam Firdaus sambil tersenyum. "Abang sihat? " tanya Syed Nazril lembut. Syed Nazril mengambil tempat di sebelah isterinya. Dia memeluk pinggang isterinya erat. Berlakon!

Firdaus menganggukkan kepalanya sambil tersenyum. Dia terpandang balutan di pipi serta tangan Qaira. Syed Nazril bagaikan mengerti pandangan itu hanya buat tidak tahu.

"Er, kenapa abang pandang Angah macam tu? " tanya Qaira. Gerun melihat cara Firdaus memandang tajam ke arahnya.

"Kenapa berbalut tu? " soalan dibalas soalan. Kak Sya hanya diam. Tidak mahu masuk campur urusan mereka.

"Semalam Qaira goreng ayam entah macam mana minyak panas tu terpecik kena muka dengan tangan dia. Tulah sayang, tak hati-hati. Abang dah cakap kan tapi sayang degil. " kata Syed Nazril lembut.

Qaira rasa jantungnya berdetak kencang. Rasa seperti mimpi apabila Syed Nazril memanggilnya sayang. Kalaulah dia tidak berlakon alangkah indahnya. Tapi itu hanya lakonan. Dia tidak akan merasa layanan itu dengan ikhlas.

Qaira tersenyum hambar dan menjawab "maaflah" hanya itu yang keluar dari mulutnya.

"Erm.. Jomlah kita makan. Nanti sejuk pula lauk tu" ajak Qaira.

"Okay, akak tolong angah ya. Abang, tolong jaga anak erk" pinta Kak Sya. Firdaus hanya mengangguk

Dia segera bangun dan mengikuti langkah Qaira. Disediakan apa yang patut. Dia ingin bertanya tetapi tidak elok rasanya dia masuk campur tambahan dia hanya orang luar. Tidak sama darah dagingnya.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Hikayelerin yaşadığı yer. Şimdi keşfedin