BAB 16

47 6 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Two Wow Gallery. Hmm...menarik," komen Teja sebaik saja dia terpacak di depan galeri itu.

Sejak dia menjadi pereka hiasan dalaman lagi, Teja akan luangkan masa menjengah galeri-galeri yang ada berdekatan, lebih-lebih lagi di pasar seni. Kut-kut ada lukisan atau artifak yang dia suka, atau boleh dijadikan inspirasi untuk menyusun galeri kliennya. Bak kata orang, jauh perjalanan, luas pemandangan.

Galeri itu kosong sewaktu dia tiba. Teja terus masuk, dan perhatiannya terus digamit beberapa buah lukisan yang dipamer elok di dinding. Ia bukanlah lukisan abstrak seperti yang selalu dia lihat, tetapi wajah kanak-kanak dalam pelbagai rupa. Entah kenapa, gambar itu seolah-olah punya cerita masing-masing dan hatinya benar-benar tersentuh walaupun gambar itu tidak disertakan dengan kapsyen walau sepatah.

Teja pandang sekeliling, mencari-cari pekerja mahupun sesiapa saja yang ada, tetapi hampa. Cuma dia seorang di ruang yang agak luas itu, dikelilingi oleh lukisan-lukisan yang seolah-olah hidup.

"Hello! Anybody here?" Laung Teja sedikit kuat.

Hampir tersedak Tuah mendengar suara yang agak kuat memanggil dari ruang depan. Dia baru saja mahu makan tengah hari. Dia terus tutup kembali bekas polypropylene yang berisi nasi berlauknya. Dikemaskan ikatan rambutnya tatkala dia bangun menuju ke ruang depan.

"Yes, hi, I'm here."

Dilihatnya seorang gadis tinggi lampai berambut pendek sedang mengagumi lukisan yang terpamer. Gadis itu memusingkan tubuhnya.

Masing-masing gamam saat itu.

Mereka terkedu untuk beberapa ketika. Tuah seakan-akan tidak percaya. Teja di depannya, tetap tidak berubah. Rambut pendek yang sama, gaya selamba yang sama, cuma mungkin sekarang Teja lebih bergaya. Jika dahulu, dia kerap ber T-shirt dan berjean sahaja, pakaian yang tersarung di tubuh Teja kali ini benar-benar menyerlahkan dirinya. Spontan, berani dan selamba. Macam ahli korporat pun ya.

"Awak, kerja sini?" Soalan Teja terus mengembalikan Tuah ke alam nyata. Biarpun 10 tahun sudah berlalu, mana mungkin dia melupakan gadis itu dan peristiwa pahit antara mereka.

Tuah angguk dalam senyum kekok.

"Erm, haah. Saya kerja sini. Awak buat apa dekat sini?" Tanya Tuah pula. Dia masih merasa janggal bila menyedari dia kini benar-benar berhadapan dengan Teja selepas sudah 10 tahun tidak bersua. Peristiwa pahit yang terjadi di rumah Teja dulu terus berulang-tayang kembali di mindanya. Tuah menelan liur bagi melegakan tekak yang kini terasa berpasir.

Selangkah demi selangkah masing-masing mendekat di luar sedar mereka. Teja angguk-angguk mengerti. Akhirnya mereka berhadapan, berjarak cuma dua langkah saja antara masing-masing.

"Saja. Jalan-jalan time lunch break," balas Teja sedikit lambat. Seperti baru tersedar bahawa dia berhadapan dengan Tuah yang 'meninggalkannya' 10 tahun lalu.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now