BAB 5

366 15 0
                                    


Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Teja!" Dayana terus memeluk Teja sebaik saja anaknya itu muncul di depan rumah. Teja turut membalas pelukan itu ringkas, tetapi ibunya tetap tidak melepaskannya.

"Ya Allah! Risaunya ibu! Bertuah punya budak! Siapa izinkan kamu ke Singapura?" Bebel Dayana sudah tidak menyempat sebaik saja pelukannya terlerai.

"Ada apa-apa jadi pada kamu tak?" Dibelek tubuh Teja depan belakang, lega apabila tubuh anak bongsunya itu masih elok saja, tiada cacat celanya.

Teja tanggalkan beg sandang yang begitu berat di bahunya lalu diletakkan ke atas sofa.

Dia terus berbaring di sofa dan memejamkan matanya tanpa mempedulikan bebelan Dayana.

Pap!

"Aduh! Ibu!!!" Terkejut Teja apabila Dayana pukul pahanya kuat. Dayana mengetap giginya geram.

"Ibu tanya ni, kamu okey tak?" Diulang soalannya.

Teja sapu-sapu pahanya yang sengal sebelum memejamkan matanya kembali.

"Kan adik balik dah ni. Maksudnya tak ada apa-apa la yang jadi."

Dayana pandang Teja dengan gelengan panjang.

Pap!

"Ouch!" Sekali lagi Teja menjerit. Dayana terus berlalu ke dapur dengan rasa geram. Geram-geram pun, dia tetap mengambil air untuk Teja yang baru pulang.

"Lain kali, ibu takkan benarkan Teja ke mana-mana lagi!" Dayana memberi amaran sekembalinya dia dari dapur bersama segelas air kosong untuk Teja.

Teja sambut airnya dalam senyum yang melebar lalu duduk.

"Thanks ibu. Teja tahu ibu sayang Teja, kan?" Teja teguk air dalam gelas itu sekali jalan saja. Habis terus. Gelas kosong dihulur kepada Dayana yang menyambut dengan bibir terjuih.

Teja kemudiannya memeluk tubuh Dayana erat dari sisi. Wajahnya disandarkan ke lengan Dayana yang cuma membatu.

"Teja okey, Teja baik je ni. Tak ada masalah pun. Ibu janganlah risau. Teja reti jaga diri. Ibu kena terima hakikat, Teja takkan selamanya dengan ibu. Ibu tahu kan, Teja tetap akan pergi dari sini satu hari nanti. Kalau bukan sebab Teja akan berkahwin pun, Teja akan keluar dari sini dan belajar berdikari bila Teja dah kerja. Itu tekad Teja. Ibu tahu kan, tekad Teja?" Teja memujuk Dayana lembut.

Dayana yang mendengar cuma mampu melepaskan keluhan pendek. Masakan dia tak tahu. Teja cuma bertolak ansur saja dengannya sekarang. Hakikatnya, sejak Teja berumur 15 tahun lagi, Teja sudah tampal impiannya di dinding bilik. Mahu berdikari bila sudah bekerja. Impian yang tertampal di dinding bilik Teja, janganlah dibuat main.

Secara tidak langsung, tujuannya menampal impian itu, ialah untuk mempersiapkan mental Dayana juga. Dia mahu Dayana tahu dan bersedia. Sekali impian itu tertampal di dindingnya, jangan haraplah Teja akan lupakan impian itu. Dia tak mahu menjadi anak yang menyakitkan hati Dayana. Jarang Teja membuat kejutan begini, tapi Dayana maklum. Kalau Teja sudah bekerja nanti, ini hakikatnya juga. Teja takkan lagi sempat memberitahu ke mana dia pergi setiap kali.

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now