BAB 21

6 0 0
                                    


Teja conteng kertas di depannya tanpa tujuan pasti. Sekejap dia lukis bulatan, sekejap dia buat garisan memanjang. Nanti dia lukis segiempat pula. May yang perhatikan Teja dari tadi, terus menarik buku notanya menjauhinya.

Teja menyeringai geram, tapi May tayang wajah selamba saja.

"You ni dah kenapa? Sekarang bukan main asyik termenung je I tengok. Ada masalah dunia ke apa?" Sindir May sebelum perhatiannya kembali pada PC di depannya.

Memandangkan mereka tak perlukan ruang kerja yang besar, pejabat mereka cuma merupakan satu bilik perbincangan dan satu pejabat yang dikongsi ruangnya. Mereka turut berkongsi satu meja besar dalam pejabat itu bagi memudahkan pembentangan kerja masing-masing.

Teja muncungkan bibirnya. Memandangkan hari ni tak ada sebarang perbincangan dan mesyuarat dengan klien, Teja berpakaian kasual saja. Kemeja kotak-kotak kecil yang longgar, skaf di leher dan jean saja.

"Rindu." Akui Teja.

May yang acuh tak acuh mendengar, menggaru dagu. Matanya masih di skrin PC.

"Rindu I ke? I kan ada ni ha..."

Teja mencebik.

"Rindu you buat apa? Buang karan. I rindu Tuah." Teja berterus-terang.

Kali ini, May membulatkan matanya ke arah Teja. Terangkat keningnya.

"You rindukan siapa? Tuah? Tuah mana pulak ni? You bela kucing ke? Tak cakap dengan I pun!" Tempelak May pantas. Dia pandang skrin di depannya kembali.

Teja merengus perlahan.

"Kejadahnya kucing. Pakwe I la!" Teja letakkan dagu di atas meja.

Kali ini, May benar-benar terbeliak.

"You ada pakwe? Biar betul!" Teja ketuk-ketuk jarinya di atas meja.

"Ingat tak galeri baru buka di pasar seni tu?" Tanya Teja dengan suara yang tertahan kerana kedudukan wajahnya dan mulut yang sedikit terpenyek di atas meja.

Kali ini, May memusingkan tubuhnya betul-betul menghadap Teja.

May angguk-angguk laju bagaikan burung belatuk. Teja hela nafas dalam.

"You mengurat orang galeri tu?" Jelas May terkejut. Teja memang daring tapi dia tak pernah menggatal dengan lelaki.

Susah sangatlah nak tengok Teja mengelenyar dan mengedik depan lelaki, apatah lagi mengurat. Lelaki pun takut nak dekat dengan Teja yang kalah singa betina. Lelaki mana pula yang buta nakkan si Teja ni? Malang betul!

Teja kerutkan dahinya. Tangannya diayunkan di depan muka.

"Taklah. I memang kenal dia. Dulu, I pernah confess dekat dia," cerita Teja.

"What???" Kedua tangan May melekat di pipinya. Pakej dengan mulutnya yang menganga dan mata yang terbuka luas. Dia betul-betul terkejut.

"You confess dekat lelaki tu? Seriously? You yang singa betina ni mengurat lelaki tu dulu?" Tanya May bertalu-talu.

Teja naik berang. Dia terus capai pembaris di antara mereka lalu diketuk kepala May sekuat hatinya.

"Adoi! Wei! Agak-agaklah! Susah tau I nak buat rambut I hari ni... memang rambut I ni tempat you letak barang pun! Eee!" May terus panik membetulkan rambutnya.

"Padan muka. I serius ni!" Marah Teja.

May tayang sengih, mahu memujuk Teja kembali.

"Okey, okey. Alah maaflah. I teruja giler ni. Si Teja, singa betina akhirnya mengakui perasaannya pada seorang lelaki. Class gitu... bukan selalu I dengar berita ni. Selama I kenal you, mana pernah I tengok you mengedik depan lelaki. Ini yang buat I nak jumpa dia ni. Siapakah lelaki itu? Handsome tak babe?" Tanya May penuh rasa ingin tahu.

Mendengar soalan May, Teja tersenyum di luar sedarnya.

"Handsomelah. Baik hati..."

May semakin teruja. "Apa kerja dia babe? Dia bawak kereta apa?" Soalan May kali ini buat Teja menggumam.

"Dia pelukis. Galeri tu dia punya. I tak tahu dia bawa kereta apa..." jawab Teja lambat-lambat.

May terus memuncungkan mulutnya sambil mengayunkan jemari telunjuk di depan muka Teja.

"Oh babe! No no no! A girl must see the man's wealth, baru buat keputusan tentang soal hati okey..." nasihat May.

Teja cebikkan bibirnya.

"Eh, you tu perempuan ke?" Usik Teja.

May cebikkan bibirnya. Tak tersentuh langsung hatinya dengan sindiran Teja. Sudah biasa dengan usikan itu.

"Eh, betul la I cakap ni. You tak tahu dia ada harta banyak mana, setakat ada galeri, I pun ada!"

Teja tolak kepala May spontan sambil ketawa.

"Itu galeri orang okey! You jangan berangan!"

May terus peluk tubuhnya.

"Tak kisahlah. Hei babe, you nak makan apa kalau dia punya kerja pelukis je? After all, if dia famous, takkanlah kita tak pernah kenal dia? Apa nama samaran dia?" Terjah May laju.

Teja menggumam kembali. Dia kemudiannya jongket bahu.

"Tak tahu. Ah, tak kisahlah. Yang penting, aku kata aku cinta! Noktah!"

May mengejek-ejek gaya si Teja. "Cinta konon. Beria sangat cinta, entah orang tu suka ke dekat you?" Duga May.

Soalan May kali ini membuatkan Teja meletakkan kembali dagunya di atas meja. Terus lemah sendinya mendengar soalan itu.

"Dia tolak I."

Kali ini, May terus berdiri dek terkejut. Siap bercekak pinggang lagi.

"Dia tolak you? Oh my Allah! Tak boleh jadi ni! You tunjuk dekat I, siapa dia! Meh I lesing sekali! Ha, dia ingat you tu siapa, nak kena reject sesuka hati? Mana? Mana? Jom, kita pergi cari dia sekarang!" Beria-ia May, siap dengan gaya-gayanya lagi marahkan si Tuah yang tak pernah dia kenal.

Teja tersenyum kecil.

"Eleh, dia ingat I nak mengalah ke? Ni Teja la. Dia pernah mengaku dia sukakan I, tapi dia cakap dia tersilap. Dia cuma tak berani nak teruskan hubungan ni. I akan buat dia mengaku cinta. You tengoklah!" Tekad Teja buatkan May duduk kembali.

May garu dahinya yang tak gatal sambil pandang wajah Teja dengan dahi berkerut seribu.

"Hey babe! Pening I. Kejap you kata dia tolak, sekarang you kata dia suka, mana satu ni?" Tanya May yang sudah bingung.

Teja angkat mukanya, dan ditopang kepalanya dengan kedua belah tangan.

"I kenal dia sangat. Masa dia memang baru kenal I, dia halau I selamba je. Lama-lama, I tengok dia berat hati nak halau I. Mestilah sebab dia suka. Kalau dia memang tak kisah dengan I, dia akan terus hilangkan diri. Ini tak, dia masih lagi dekat situ. Dia tak pindah-pindah pun. Maknanya dia suka la kan?" Bertambah serabut May mendengar hujah si Teja yang kedengaran pelik di telinganya itu.

"You ingat senang ke dia nak pindah-pindah padahal dia baru je buka galeri dia tu? Hish you ni! Cuba fikir bagi habis!" May terus menolak kemungkinan itu, tapi Teja tetap tersenyum.

"Eleh. Dia kenal I la May. Dia tahu perangai degil I. Dia tahu dia yang kena pergi kalau dia betul-betul tak suka I. Dia tahu I akan kejar dia selagi dia dekat situ. Dulu masa kita orang mula-mula jumpa, dia selamba je tinggalkan I tepi jalan. Mana dia kisah!" Tambah Teja lagi untuk menyokong teorinya.

May terdiam, berfikir lama. Sudahnya, dia mengalah.

"Eee, bercakap dengan you ni buat penat je. Risalah I tak siap! Esok klien nak tengok. Dah! You pergilah cari pakwe you tu. I nak sambung kerja!" May terus menghadap komputer kembali, sementara Teja memuncungkan bibirnya.

Dia yakin, ada sebab Tuah menolaknya. Tuah mahu dia pergi, tapi gayanya macam tak mahu Teja pergi. Kalau Tuah nak putuskan segalanya betul-betul, Tuah dah lama pindah. Jadi, apa sebenarnya yang dia nak?

Tuah Kasihnya TejaWhere stories live. Discover now