12: Not Today

1.5K 238 41
                                    

"Ready? Bila Namjun buka je pintu, kita terus kasi dia surprise terbaik punya!" kata Suga dengan penuh semangat.

Salah makan ubat ke apa mamat gula ni? Tiba-tiba dia pulak yang over-excited.

Bukan apa, mereka nak buat party khas untuk Kim Namjun sebab dialah, mereka semua dapat bercuti di Jeju. Siap belanja tiket lagi.

So, si Jungkook yang mencadangkan benda ni on the spot. Katanya, nak balas jasa kononnya.

"Dia datang!" kata Hoseok yang mengintai melalui lubang kecil pada pintu.

Namjun yang tak tahu apa-apa itu menapak ke arah pintu bilik mereka. Apa yang memelikkan, dalam bilik tu sunyi sepi. Biasa akan ada suara sumbang yang melalak memekak tak kira kat mana-mana pun.

"Dorang keluar kot. Haish, sampai hati tak tunggu aku." kemudian pandangan matanya dialihkan pada sebuah kotak kecil di depan pintu.

"Apa ni?" kotak itu dicapai. Penutupnya dibuka. Sebuah mahkota silver. Comel je.

'Pakai saya'

Itulah yang tertulis pada sekeping nota kecil di dalam kotak itu. Namjun langsung tak syak apa-apa. Dia terus memakai mahkota ala Dato' Vida itu. Ok tiada kaitan.

Tombol pintu dipulas dan pintu dikuak.

"Seranggg!" jerit mereka berenam serentak.

Sebiji kek mendarat atas muka flawless Namjun khas daripada Suga.

"HAHAHAHAAHHA!"

"Surpriseee!"

***

"Namjun, amacam kek tadi best?" soal Taehyung.

"Gila kau tak best, habis masuk dalam lobang hidung aku,"

Kata-kata Namjun membuatkan Taehyung tergelak. Dia juga turut ketawa kecil. Yalah, tak boleh nak marahkan dorang juga. Chill, zaman muda memang camni.

Nanti tua dah tak boleh dah buat semua tu.

Jimin yang duduk di atas sebuah meja tersengih kecil. Tangannya menongkat kepala lantas dia memandang ke arah Jin.

"Basuh baju pun nak termenung jugak ke?" desis hati Park Jimin.

Sejak mesin basuh berputar, mata Jin tak lepas daripada memandang baju-baju di dalam perut mesin tersebut. Nak cakap tak pernah tengok mesin basuh, tipulah.

Pantulan lukisan gunung yang menjadi penghias dinding itu ditatap oleh Jin pada kaca pintu mesin basuh yang  giat berpusing itu.

Tiba-tiba, memori dia bersama alter egonya muncul dalam benak pemikiran. 6 alter ego yang dicipta oleh Jin sendiri. Alter egonya itulah yang menyebabkan Jin terkurung dalam mimpinya sendiri.

Dia mengeluh kecil. Cuba melupakan perkara tersebut. Sekarang masanya untuk dia bergembira bersama teman-temannya. Benda tu hanya kisah lama.

***

Pantai, 10.00

Jimin sedang berjalan sendirian di persisiran pantai sementara menunggu mereka yang lain tiba.

Tadi mereka semua pergi taman bunga, tapi Jimin terlebih dahulu beredar sebab dia nak ambil udara segar kat pantai, katanya.

Sedang Jimin menikmati belaian angin bayu yang lembut menyapa wajahnya, dia terdengar seperti satu tangisan.

Jimin membuka matanya lalu memandang ke arah bunyi tangisan itu. Seorang budak lelaki sedang berdiri memandangnya. Di tangan budak itu, ada sepasang kasut yang usang.

Jimin menghampirinya.

"Dik, kenapa ni?" soal Jimin.

Anak kecil itu memandang Jimin sayu, "Kenapa abang tak bawa kasut ni jumpa aku?"

"Eh?" terjungkit sebelah kening Jimin apabila ditanya soalan begitu.

Jimin memandang kasut yang kelihatan agak usang itu. Macam pernah dilihatnya.

"Apa maksud adik? Abang tak faham,"

Kasut itu dihulurkan kepada Jimin. Jimin memandang wajah polos anak kecil itu sebelum kasut itu bertukar tangan.

"Nanti abang dan kawan-kawan abang akan ke suatu tempat. Tolong simpankan kasut tu di tempat itu ya? Nanti kalau aku rindu.. aku akan pergi tempat tu." kata budak itu.

Makin berkerutlah dahi Jimin dibuatnya. Apa kepelik budak ni.

"Jiminn!"

Jimin menoleh ke arah panggilan itu. Taehyung sedang melambai-lambai ke arahnya.

Apabila dia menoleh kembali ke arah budak tadi, budak itu sudah hilang.

"Adik?" panggil Jimin. Kepalanya yang tak gatal digaru. Kasut tadi ditatapnya.

"Apa jadi?" soal Taehyung sambil merangkul bahu kawannya.

"Eh? Er.. Takde.."

Siapa budak tu? Hantu laut ke? Misteri betul. Hilang camtu je. Itulah yang bermain di fikiran Jimin sekarang ini.

Fuh, dunia ini penuh dengan perkara pelik.

***

Jeon Jungkook.

Mana? Mana dorang?! Mana kawan-kawan aku menghilang?!

Kejap Jungkook. Tenang dan jangan panik. Dorang mungkin ada di mana-mana tapi kau tak tahu.

Ya, aku cuba positifkan diri. Bukan apa, aku kenal benar situasi ni. Situasi yang sama dalam mimpi. Ya, hampir sama.

Aku berlari menuruni tangga hotel tersebut. Malas nak guna lif, buang masa. Aku kemudian menapak ke arah lobi.

"Cik, ada nampak enam orang lelaki tak? Mereka sebaya saya. Kawan-kawan saya,"

"Maaf. Saya tak nampak sesiapa pun sejak tadi,"

Akak reception ni tak membantu langsunglah.

Aku kemudian cuba untuk menelefon mereka. Tapi gagal. Sorang pun tak jawab panggilan aku!

Dorang ni siaplah kalau aku jumpa nanti!

Tapi, kenapa hati aku mengunci rasa kurang enak ni? Tak.. tak perasaan kau je tu Jungkook.

Aku terus mencari dan mencari di sekitar hotel, di taman bunga dan juga pantai. Tapi.. hampa!

Dorang takde. Please , jangan cakap mimpi tu jadi kenyataan..

"hyung.. mana korang?" aku mengeluh perlahan, menahan rasa sebak di dada. Dorang ni kalau nak prank pun agak-agaklah.

Secara spontannya, setiap kematian yang aku nampak dalam mimpi itu mula berlegar di dalam fikiranku.

"Tak!"

Masih ada satu tempat yang aku belum cari, di bilik cucian. Ya.. mereka mungkin ada di sana. Mungkin.

***

Jungkook terus berlari pulang semula ke hotel. Kemudian dia terus bergegas ke bilik cucian tersebut. Namun, apabila dia tiba..

Sama.

Tiada sesiapa di sana kecuali mesin basuh yang sedang giat berpusing.

Jungkook hampir sahaja berputus asa. Tapi, dia tak boleh berhenti begitu sahaja. Namja itu terus menerjah sebuah pintu yang menghubungkan bahagian belakang hotel.

Matanya membutang pada satu perkataan yang ada di depan matanya itu. Perkataan yang membuatkan dirinya terseksa. Perkataan dia harapkan tidak akan menjumpainya lagi.

Omelas.

::yay dah nak habisss 😂🌸

JAP ADE BENDE TAK KENA DGN WATTPAD NI.. LAIN AKU PUBLISH LAIN YG KELUAR AISH SORRY READERS *bow*

WINGS: Today We'll Survive. [COMPLETED]Where stories live. Discover now