Sementara di ruang tamu Firdaus memandang tajam ke arah Syed Nazril.

"Betul ke kena minyak panas? " soal Firdaus tanda tidak puas hati dengan jawapan yang diberi Syed Nazril.

"Betullah bang. Buat apa nak menipu " kata Syed Nazril sinis. Tangannya bermain dengan iPhone miliknya.

Dia sememangnya tidak suka dengan Syed Nazril. Entah apa yang dibuatnya lagi pada adiknya.

"Kau buat apa kat dia? " soal Firdaus lagi.

"Aku layan dia macam isterilah. Eh tak, aku layan dia macam perempuan simpanan. " perkataan perempuan simpanan itu sengaja diperlahankan namun Firdaus dapat mendengar.

"Kau dengar sini, kalau kau berani buat apa-apa kat dia siap kau! " tegas Firdaus tetapi perlahan. Nasib dua anaknya itu tertidur.

Syed Nazril hanya tersenyum sinis. "Sayang dah siap ke? Abang lapar ni" laung Syed Nazril seraya bangun dan duduk di meja makan.

"Dah siap dah" jawab Qaira. 

"Marilah abang" ajak Qaira kepada Firdaus.

"Boleh tapi boleh tak tumpangkan anak-anak abang tidur dalam bilik. " pinta Firdaus.

Qaira memandang Syed Nazril. Syed Nazril buat tidak tahu. Masih lagi bermain dengan iPhonenya itu.

"Boleh jom"

Kak Sya mendukung Alia manakala Firdaus mendukung Akif.

Qaira membuka pintu biliknya dan mereka pun masuk. Perlahan-lahan diletakkan anak-anak mereka di atas katil. Selepas itu mereka keluar dari bilik dan menuju ke meja makan. Pintu bilik dibiar terbuka supaya mereka boleh mendengar tanda-tanda anaknya sudah bangun.

Aktiviti makan dimulakan dengan bacaan doa yang dibaca oleh Firdaus. Suasana ketika itu senyap sunyi.

Selesai makan, Kak Sya mengelap meja dan mengemas di atas meja itu. Qaira pula membasuh pinggan.

"Angah, akak nak masuk bilik boleh nak susukan Alia? " tanya Kak Sya.

"Masuk jelah" jawab Qaira.

"Okay, terima kasih " ucap Kak Sya sambil tersenyum.

"Sama-sama " jawab Qaira dan membalas senyuman itu.

Usai membasuh pinggan, Qaira berlalu ke ruang tamu di mana Syed Nazril dan abangnya disitu. Masing-masing senyap kerana bermain telefon pintar.

"Macam mana kehidupan Qaira lepas kahwin? " soal Firdaus dan menepuk tempat di sebelahnya tanda mahu Qaira duduk di situ.

Qaira akur dan duduk di sebelah abangnya. Firdaus mengusap kepala Qaira lembut.

"Alhamdulillah, bahagia abang" tipu Qaira.

'Abang tahu angah tak bahagia. Abang tahu angah menipu. ' desis hatinya.

"Okaylah kalau macam tu" kata Firdaus.

Seketika di situ senyap. Dalam 20 minit Kak Sya keluar dari bilik diikuti Akif dan Alia di dukungannya.

"Abang jom balik. Akif tak makan lagi ni. Lupa nak bawa makanan dia" pinta Kak Sya. Kesian anaknya tidak menjamah apa-apa tengahari itu.

"Astaghfirullah abang lupa sayang. Okaylah. Abang balik dulu tau angah. Jaga diri" segera dia bangun dan mencapai kunci keretanya.

"Baiklah abang" Qaira juga bangun dari sofa. Dia mengikuti langkah abang serta kakak iparnya.

Sampai dimuka pintu Syed Nazril menyalam Firdaus. Qaira menyalam Firdaus dan Kak Sya.

Hilang saja kelibat mereka. Syed Nazril menghempas pintu itu kuat. Terkejut Qaira sehingga terangkat sedikit bahunya. Syed Nazril memandang tajam wajahnya.

"Pandai kau berlakon kan" kata Syed Nazril sinis.

Qaira menundukkan pandangannya ke bawah. Tidak sanggup memandang wajah Syed Nazril.

"Malam ni kau siap pergi rumah mummy. Rindu nak jumpa menantu dia. Macam menantu tu anak dia je" arah Syed Nazril.

Qaira mengangguk.

"Dah bisu dah? "

"Ya saya siap malam ni" akhirnya Qaira bersuara.

Syed Nazril hanya diam dan masuk ke bilik kerjanya. Banyak lagi kerja yang harus diselesaikan. Tidak lama lagi dua dapat menyandang jawatan CEO M'Ril Holdings.

Syed Nazril mengambil tempat di kerusi empuk miliknya dan dia tersenyum puas. Bagaikan mimpi. Kenyataan untuk dia menjadi CEO akhirnya tercapai. Dia sudah menang. Syed Syazril pula sudah kalah dengannya. Syed Syazril pula akan bekerja di bawanya.

"Kau dah kalah Syaz" katanya sendirian.

Kau Hadir Kembali [COMPLETED]Where stories live. Discover now