34🐬

1.4K 125 55
                                    

"Haiqal! Bangunlah! Dah pagi ni. "Kejut Hafiz dengan kelam kabut.

"Hah?? Pagi? Owhh, okey."Haiqal menarik selimut dan melelapkan matanya semula.

"Weii! Kita ada exam lah hari ni! Bangunlah! Dah pagi ni.. "Hafiz mengejut semula Haiqal sambil menarik selimutnya.

"Exam apa?? "Tanya Haiqal binggung sambil matanya tertutup.

"Perdaganganlah. Kau jangan nak buat lupa pulak.. "

"Perdagangan? "Haiqal bangun dari tidurnya.

"Bila kita exam?? "Haiqal mengurut kepalanya.

"Wei! Kau ni. Takkan la sebab semalam kau terus hilang ingatan kot?? Bangunlah cepat! Aku nak pergi mandi dulu."Hafiz mencapai tualanya dan keluar dari bilik.

"Arghh! Sakitnya. "Kepala Haiqal diurut.

"Perdagangan? "Haiqal cuba untuk mengingati semula.

Beberapa imbasan terlintas di fikirannya dan bermain di ingatannya.

"Owhh!! Exam terakhir!! Perdagangan!! "Haiqal kelam kabut dan berlari mencapai tualanya.

"Hishh! Asal aku ni!! Hishh!! Habis lupa! Nak kena ulang kaji balik ni!! "Bebel Haiqal sambil mencari perkakas mandinya.

Khai memasuki bilik dengan tuala berada di atas kepalanya sedang mengelap rambutnya.

Haiqal terkedu lalu memandang Khai.

Khai menjeling dan meluru ke lokernya.

"Emmm, abang. Kenapa abang buat adik macam ni?? "Bisik suara hatinya sedih sambil Haiqal keluar dari bilik.

***

Bunyi ketawa dan kegembiraan calon-calon SPM menyelubungi waktu rehat.

"Weii Khai! Dengarlah dulu! Apa yang aku nak beritahu ni!! "Dijah berlari anak mengejar Khai.

"Kau nak beritahu apa lagi?? Kau nak beritahu yang kau dengan cikgu tu bercinta?? Hah?? Ataupun kau nak cakap yang kau dengan Haiqal tak bersalah?? "Khai melenting.

"Kau dengar sini! Haiqal tak bersalahlah.."Maklum Dijah pada Khai.

"Tak bersalah?? Habis tu??? Rancangan yang korang dua buat tu? Untuk perbodohkan aku tu??? Apa?! "Tanya Khai berang.

"kitaorang tak ada pun buat rancangan macam tu. Sampai nak perbodohkan kau. Kitaorang cuma... "

"Cuma apa??! Cuma nak buat aku malu??? Dahlah! Bagus aku ulang kaji dari layan kau ni!! "Balas Khai untuk beredar dari situ.

"HAIQAL CUMA NAK RAPATKAN KITA!! ITU JE!! DIA TAK BERSALAH!! "jerit Dijah pada Khai yang sedang berjalan hendak meninggalkannya.

Langkah Khai terhenti.

"Dia cuma nak rapatkan kita berdua. Macam dulu. Macam waktu kita jadi bestfriend dulu. Berketawa? Bercerita? Dia tak maksudkan pun nak rancang untuk perbodohkan kau! Ataupun buat kau malu! Dia cuma nak kita berkawan macam dulu je... "Mata Dijah berkaca.

Khai tidak pernah melihat Dijah sedih mahupun menangis sekali pun.

Dijah ialah seorang gadis yang tabah, kuat dan ego is apart from her.

Tapi kali ni..

Air mata Dijah hampir menitis akibat perbuatan Khai yang degil dan ego.

Yang tidak mahu mendengar apa-apa penjelasan pun.

Mata Dijah sudah mulai kemerah-merahan, hidungnya juga mulai tampak kemerah-merahan mungkin faktor kulitnya yang terlampau cerah itu.

Imbasan semula ingatan Khai.

Cinta Si DuyungOnde as histórias ganham vida. Descobre agora