3🐬

3.9K 337 177
                                    

"Wow!! Aku ada kaki

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Wow!! Aku ada kaki. Yeay!! Aku ada kaki!"Jerit Haiqal sambil melompat-lompat seperti monyet.

Tiba tiba datang seorang lelaki berambut serabai seperti sedang bangun dari tidur, tidak berbaju dan hanya berseluar pendek paras peha.

Dia terkejut melihat Haiqal yang tidak mempunyai seurat benang pun.

Haiqal terkejut melihat dia.

Mereka berdua saling berpandangan.

Lelaki itu memandangnya dari atas ke bawah, bawah ke atas dan atas hinggalah pandangannya terhenti di antara celah kangkang Haiqal.

"Hoi! Apa pandang pandang!"pelik Haiqal tidak faham-faham lagi.

"Kau gila ke? Kenapa kau bertelanjang kat sini? Tahulah panas tapi takkanlah sampai tahap bertelanjang kot"Bebel lelaki itu.

"Hah?!" Haiqal terbeliak memandang celah kangkangnya.

" Iyala! Saya tak ada pakaian"kata Haiqal sambil tersenyum seperti kambing.

"Hish! Tunggu sini! Jangan pergi mana-mana tau!"Lelaki tersebut berlari entah ke mana.

Haiqal hanya menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil membuat muka pelik.

Lelaki itu datang semula ke pantai sambil tersenyum kepada Haiqal.

"Dah kenapa dia ni senyum-senyum.."Gumam Haiqal di dalam hati.

Lelaki itu melemparkan sepasang pakaian kepadanya.

"Nah,pakai baju dengan seluar aku tu. Tak malu betul la kau ni"

Haiqal mengambilnya dan memakainya.

"Terima kasih"ucap Haiqal kepada lelaki itu.

"Hmm, Sama sama."Balas lelaki itu

"Nama kau apa?"tanya lelaki itu kepada Haiqal yang sedang membelek belek seluar dan bajunya.

" Nama aku Haiqal".Haiqal dengan teruja memperkenalkan dirinya kerana itu kali pertama dia memperkenalkan nama manusianya di depan MANUSIA.

"Ohh, nama aku Habil"sambil menghulurkan tangan.

Haiqal melihat tangannya dan bertanya

"Kau nak apa?".tanya Haiqal pelik sambil membelek tangan Habil

"Aku nak berjabat tangan dengan ko la"sambil menghulurkan tangan kepada Haiqal.

"JABAT TANGAN tu apa?"tanya Haiqal pelik.

"Hish kau ni, jabat tangan tu benda orang yang selalu buat kalau jumpa sesama lain dan berkenalan. Apa ke peliknya kau ni?"terang Habil panjang lebar sambil tapak tangannya menyentuh tapak tangan Haiqal.

"Owhh, Hihihi. Maaf aku mana tahu lah"sambil berjabat tangan dengan Habil.

" Kau ni sebenarnya dari mana? Macam orang ulu pulak aku tengok kau ni. Tapi nak kata orang ulu, dorang pun pakai baju dengan seluar jugak".Kata Habil dengan pelik.

"Aku ni dari sana tu"Kata Haiqal sambil menunjuk ke arah tengah lautan.

"Kau gila ke? Kau ni memang tak betul ke? Tak ada orang tinggal dekat sana"kata Habil dengan perasaan tertekan.

"Betullah aku tinggal kat sana aku ni ikan duyung! "Kata Haiqal dengan berang.

"Apa?! Hahahaha. Hahaha. Kejap ya, Hahaha"Ketawa Habil terbahak bahak.

"Kau ni kan aku cakap kau tak nak percaya"Haiqal menyampuk

" Kau ni memang dah gilalah. Hahahah"kata Habil sambil tergelak kecil.

Tiba-tiba arus laut menjadi deras dan menyambar Habil yang sedang ketawa.

"Arhh!! Tolong! Tolong!!".Jerit Habil.

Arus air yang sangat deras itu menyukarkan Habil untuk berenang dengan betul.

Haiqal panik dan terus membuang pakaiannya serta merta terjun ke dalam laut untuk menyelamatkan Habil yang kelemasan.

Kedua kakinya itu bertukar menjadi ekor duyung semula.

Haiqal mengibas ekornya dengan laju seperti ikan yang bertempiaran berenang.

Haiqal memegang pinggang Habil dan membawa Habil naik ke permukaan.

Habil terkejut melihat ekor duyung Haiqal yang kebiruan itu.

"Apa! Siapa kau ni?? "Tanya Habil sambil terkuntang kanting berdiri di darat.

"Kan aku kata aku ikan duyung"jawab Haiqal dengan perasaan puas hati melihat Habil yang sedang ketakutan.

"Apa!! Ikan duyung?!! Kenapa ekor duyung aku ada balik?? Mana kaki aku yang cantik tadi tu?! Tidak!! "Drama Haiqal sambil membelek-belek ekor duyungnya itu.

Habil masih lagi pelik tahap gaban.

"Ikan duyung apa ni?!!"Gumam Habil di dalam hatinya sambil melihat Haiqal yang masih berdrama.

Kesian.

"Macam mana kau boleh ada kaki tadi? Hah? Cuba kau cerita". Tanya Habil cuba membantu.

"Masa tu aku naik darat lepas tu tengok-tengok dah ada kaki"jelas Haiqal kepada Habil.

"Ohh, selalunya dalam filem duyung dorang kalau ekor duyung dia kering..dia boleh jadi manusia"terang Habil kepada Haiqal.

"Ohh, macam tu. Maksudnya aku kena keringkan ekor duyung aku ni dulu la jawabnya?"kata Haiqal dengan perasaan lega.

"Habil tolong ambilkan baju kau tu lepas tu lapkan ekor duyung aku ni sampai kering"arah Haiqal dengan senang lenang.

"Banyak cantik muka kau! Fine, aku lapkan ekor kau tapi.. kau kena ceritakan aku pasal dunia duyung kau tu boleh? "Kata Habil sebagai rundingan.

"Okeylah tapi nantilah aku ceritakan"kata Haiqal kepada Habil.

Habil mengelap ekor duyung Haiqal sehingga kering dan Habil melihat ekor Haiqal terkibas-kibas seperti ikan yang kekeringan air dan bertukar menjadi sepasang kaki semula.

Haiqal merampas seluar dari Habil dan memakainya.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now