30🐬

1.4K 124 24
                                    

Suasana di dalam bilik prep menjadi sunyi dek kerana semua pelajar tingkatan 5 fokus dengan pembelajaran mereka

اوووه! هذه الصورة لا تتبع إرشادات المحتوى الخاصة بنا. لمتابعة النشر، يرجى إزالتها أو تحميل صورة أخرى.


Suasana di dalam bilik prep menjadi sunyi dek kerana semua pelajar tingkatan 5 fokus dengan pembelajaran mereka.

Kesemua pelajar asrama tingkatan 5 semua mengulang kaji pelajaran manakala Haiqal seorang je yang sibuk dengan melukis.

"Weii Haiqal! Kau buat apa? Orang ulang kaji, kau melukis. "Tegur Hafiz yang dari tadi melihat Haiqal melakar-lakar lukisan.

"Hishh! Aku dah baca dahlah semua. Aku dah ingat dah semua yang ada dalam buku. Nak ulang kaji apa lagi.. "Rungut Haiqal sambil leka melukis.

"Hmm iyalah. Kan budak pandai.. "Sindir Hafiz.

"Okey..kalau tak percaya.. soal aku.. "Balas Haiqal sambil memberhentikan lakarannya.

"Okey! Kejap kau. Aku cari soalan dulu.. "Hafiz membelek muka surat.

"Okey! Got it!.. "

"Okey, Soalan kategori sains.. apakah penyebab sinar ultra ungu menembusi bumi? "Tanya Hafiz sambil menutup bukunya.

"Disebabkan penggunaan gas CFC yang meluas. "Balas Haiqal bersahaja.

"Apa bahan yang terkandung dalam gas CFC? "

"Penghawa dingin. Racun perosak."

"Kesan gas CFC? "

"Terjadinya katarak mata dan penyakit kulit.. "

"Perghhh!! Hebatnya kau ni. "Kagum Hafiz.

"Hihihi. "Haiqal tertawa kecil.

"Weii! Tolong aku boleh?? "Tan menghampiri Haiqal dan Hafiz dengan perasaan sedih.

"Kenapa dengan kau? "Tanya Haiqal pelik.

"Ajarkan aku ni.. "Tunjuk Tan pada buku Sejarah itu.

"Ohh, kau ni. Aku ingatkan apa dahh? No problem. Biar kitaorang ajarkan. "Balas Hafiz sambil menarik kerusi yang berhampirannya untuk Tan.

"Heheh. Thanks! "Teruja Tan.

* * *

"Esok SPM!! "keluh Dijah.

"Haishh! Baru aku tahu perasaan gemuruh tu macam mana. "Haiqal mengoyang-goyangkan kakinya di bangku astaka.

"Macam mana ni?? Boleh ke?? Kita semua lulus SPM?? "Tanya Dijah panik.

"Ishh kau ni! Think positif-lah. Confirm kita lulus punya selagi ada usaha."Balas Haiqal.

"Hmm, okey.. "

" Tukar topik laa. "Balas Haiqal.

"Nak cakap pasal apa? "Tanya Dijah.

"Kita cakap pasal. "Haiqal sedang mencari idea untuk perbualan mereka sambil melihat orang bermain bola.

"Hah!! About you and Khai.. "

Cinta Si Duyungحيث تعيش القصص. اكتشف الآن