13🐬

1.8K 146 9
                                    

"Perhatian kepada semua pelajar tingkatan 5! Anda semua diminta untuk berhimpun di dewan serbaguna sekarang. Ulang suara, Perhatian kepada.. " Puan Haidah membuat penggumuman melalui peti suara.

"Alarrrr! Malasnya."Keluh Hafiz sambil menekup mukanya di meja dengan pen ditangan.

"Kenapa kau malas?? "Tanya Haiqal binggung.

"Iyalah.. nanti mesti pengetua bagi ucapan panjang-panjang. Erghh..malas betullah nak tercongok dengar taklimat yang panjang lebar tu..bagus balik asrama dan tidur. "Jelas Hafiz kepada Haiqal seperti Hafiz sudah meneka yang pengetua akan berucap.

"Weii, tak baik kau kata macam tu. Nanti, tak berkat ilmu. Baru tahu.."nasihat Haiqal sambil mengemas barangnya.

"..sebenarnya. Aku pun malas jugakkk. " keluh Haiqal kepada Hafiz yang sudah siap mengemas barangnya.

"Eh kau ni! Tadi nasihat sangat. Erkk, bagus betul kau ni kan.... sekali sekala aku pangg!! Betul terus otak kau. Dah jom la, karang lambat berleter lagi pengetua. "Kata Hafiz sambil bangun dari tempat duduknya.

"Hmm, iyalah. "Balas Haiqal sambil menyusung kerusinya ke bawah meja.

Haiqal dan Hafiz berjalan bersama-sama dengan orang ramai yang berpusu-pusu seperti bersemangat untuk mendengar ceramah pengetua.

Dua orang perempuan di hadapannya memaling ke belakang.

"Haiqal. "Tegur salah seorang perempuan di depannya itu.

"Iya?"Balas Haiqal .

"Nama aku Nur Khadijah. Panggil aku Dijah. "Dijah perkenalkan dirinya dan mengundurkan dirinya untuk berborak dengan Haiqal.

Dijah seorang perempuan yang paling tinggi di kelasnya, berkulit cerah pucat, mempunyai tahi lalat di pipi, bermata bulat kelayu-layuan.

"Owhh, kelas mana?? "Tanya Haiqal sambil tersenyum manis.

"Eh kelas dengan kaulah. Kau tak tahu ke? "Tanya Dijah dengan pelik.

"Err iya ekk? Maaf. Ramai sangat. Tu la tak tahu. "Balas Haiqal sambil tersenyum tawar

"Aaaa, sudah laa. Tak payah kau nak mengatal erhh. Dijah, kalau Khai punya, Khai jelah.. "Tegur Hafiz sambil ketawa.

"Eeeee, agak-agak la. Aku bukan suka dia pun. Kitaorang cuma kawan je. Tak lebih dari tu. "Balas Dijah menafikannya.

"Hah?? Kau dengan Khai ke??"tanya Haiqal tergamam.

"Ehh! Mana ada. Gosip je tu."Jawab Dijah sambil mengeleng-gelengkan kepalanya.

"Alarr, menipulah. Habis tu? yang Mirul kata kau dengan Khai bercinta tu?? Asal pulak? "Tanya Hafiz sambil mengangkat keningnya.

"Betullah. Aku dengan Khai tak ada apa-apa. Kitaorang cuma kawan. Tak lebih dari tu. Kitaorang pemain Dota, sebab tu kitaorang nampak rapat macam bercinta. Padahal, kitaorang bukan bercinta pun. Selalu jumpa pun sembang pasal hero DOTA je"Jelas Dijah panjang lebar.

"Hmm, iyalah. Nantilah kita sembang lagi. Nanti lambat. Habis kita kena leter dengan pengetua pendek tu. "Balas Hafiz sambil mempercepatkan kelajuan berjalannya.

"A ah laa. Macam kita bertiga je paling lambat."kata Dijah sambil melajukan pergerakannya.

"Weii! Cepat-cepat. Habislaa kita. "Balas Haiqal ketakutan.

***

Suasana di dalam bilik prep begitu huru hara kerana ketiadaan warden asrama.

Warden asrama terpaksa berpindah kerana ditukarkan oleh sekolah lain.

Jadi, buat sementara waktu asrama akan dijaga oleh Ustaz Husaini.

"Aku pelik laa dengan Haiqal tu. "Kata Khai kepada Tan dan Sufian.

"Kan aku dah kata, Haiqal tu pelik. Dari awal lagi aku dah cakap "Sampuk Tan sambil mengherling Khai.

"Bukan tu laaa. "Balas Khai.

"Habis tu?"Tanya Tan ingin tahu.

"Ada ke patut dia nak bercinta dengan Eka. "Terang Khai kepada Tan dan Sufian.

"Laa, biarlah..kau ni. Aku ingatkan apalah tadi."Balas Sufian yang sedang membaca buku.

"Bukan apa cuma, kau kenal kan? Dengan peragai Eka tu. Nanti, tak pasal-pasal Haiqal tu frust menonggeng sebab kena permain dengan dia. "Jelas Khai.

"Hmmm, kau tak nasihat ke? Ramai dah kot yang jadi mangsa dia. "Balas Tan memberi cadangan.

"Dah, tapi dia tak nak dengar. Dia blah macam tu je. "Kata Khai sambil mengangkat sebelah kakinya di atas kerusi dan menongkat dagunya di lutut.

"Emm, nak buat macam mana kan. Manalah tau kan, kalau Haiqal tu dapat tundukkan playgirl tuu."Sampuk Sufian.

"Huishhh, boleh jadi keajaiban tuu! Abang Ego kita ni pun tak dapat nak tundukkan playgirl abadi tuu. Hahahaha. Memang aku salute la dekat dia kalau dia berjaya. "Balas Tan sambil menyindir Khai.

"Sedap ko arhh! Mengata akuu. Teruk punya peragai. "Balas Khai sambil mengetuk kepala Tan.

"Sakitlah bangang! Alar betul apa? Kenyataan kot. Hahaha.. "Sakat Tan.

Author Note:

Please vote and comment!

Cinta Si DuyungWhere stories live. Discover now