BAB 4 - Rumah Hantu

221 28 0
                                    

Selepas habis bermain balingan dart tadi, mereka sekumpulan terus berjalan-jalan di dalam kawasan tapak pesta. Apa saja permainan yang boleh dan layak untuk mereka  main, semuanya mereka akan cuba hinggakan token yang ditukar tadi sudah semakin kekurangan.

‘’Token kau orang semua ada banyak mana lagi? ‘’ tanya Adam kepada rakan-rakannya. Masing-masing mengeluarkan token daripada dalam kocek seluar  lalu dibilang di atas tapak tangan. Secara puratanya, majoriti mereka masih mempunyai sekurang-kurangnya empat keping token lagi.

‘’Apa lagi yang kita nak main nih?’’ tanya Syed yang mula kebosanan. Sejak kalah bermain dart tadi, dia masih tercari –cari sejenis permainan yang membolehkan dia untuk menang.

‘’Kau orang berani tak?’’ Tanya Subky tiba-tiba.

‘’Kenapa pula tak berani?’’ Balas Adam.

‘’Kalau macam tu, jom kita masuk rumah hantu tu.’’ Ajak Subky sambil menunjukkan ke arah satu khemah berwarna putih  yang agak besar. Berbumbung tirus di atasnya seperti khemas sarkas.

‘’Siang-siang macam ni nak masuk rumah hantu?  Hantu pun tidur lagi la.’’ Balas Adam.

‘’Kau takut ker?’’ soal Subky pula. Sengaja memprovok Adam.

‘’Eh, tak ada masanya aku nak takut.’’

‘’Kalau macam tu, tunggu apa lagi, jom la kita.’’ Ajak Subky sambil mula melangkah.

Mereka sekumpulan berjalan ke arah sebuah khemah besar yang di hadapannya terdapat perkataan besar  bertulis Rumah Hantu. Tidak ramai pengunjung pada waktu ini. Dihadapannya terdapat sebuah kaunter tiket yang di jaga oleh seorang lelaki dan seorang perempuan. Keduanya kelihatan masih muda lagi.

Uniknya Rumah Hantu ini ianya cukup luas dan pengunjung akan di bawa meneroka dengan menaiki kereta api mini seperti roller coaster untuk mengembara ke dalam Rumah Hantu. Mereka kelihatan sudah tidak sabar dan  sungguh teruja untuk mencuba Rumah Hantu tersebut. Sebagai lelaki perasaan takut sudah mereka hindari awal-awal lagi. Kecualilah kalau ada pelajar perempuan bersama, pasti riuh dengan jeritan mereka. Pelajar perempuan? Adam teringat sesuatu.

‘’Eh, mana budak perempuan kelas kita nih? Dari tadi tak nampak tudung pun. Jangan-jangan dia orang dah balik.’’ tanya Adam sambil melihat sekeliling.

Kalau-kalau ada kelibat rakan-rakan sekelasnya itu. Mereka terpisah kerana pelajar perempuan masuk dahulu ke tapak pesta sementara mereka menunggu Hafizuddin di parkir motorsikal tadi. Hingga kini mereka masih belum bertemu lagi. Mengikut perancangan mereka seharusnya berseronok bersama-sama yang bolehlah dianggap sebagai hari keluarga kelas mereka. Tapi sebaliknya pula terjadi. Seolah-olah yang keluar pada hari itu adalah pelajar lelaki sahaja walaupun mereka berada di tempat yang sama pada masa yang sama.

‘’Entah. Mana aku tahu. Kau mesej la dia orang.’’ Balas Hazmi walaupun ketika itu dia sedang memegang telefon pintarnya.

Adam mengeluh halus halus. Memang dia juga la jawabnya yang kena mesej mereka. Entah bila masa pula dia jadi ketua dia pun tak tahu. Yang pasti, hampir dalam semua perkara dia akan menjadi rujukan di dalam kumpulan mereka.

Adam mengeluarkan telefon pintar miliknya lalu mencari-cari nombor pelajar perempuan untuk dihubungi.

‘’Hai guys.’’ Sapa satu suara wanita dari arah belakang mereka. Hampir serentak pula mereka semua berpaling. Pelajar-pelajar perempuan kelas mereka tersengih –sengih semakin menghampiri.

‘’Panjang umur budak perempuan kelas kita ni. Pantang sebut terus muncul.’’ Ujar Subky.

‘’Lama dah ker kau orang masuk?’’ soal Puteri tanpa mempedulikan kata-kata Subky tadi.

Tanah Di Antara Dua SungaiWhere stories live. Discover now