BAB 12 - Akhirnya...

164 14 4
                                    

Hampir saja Subky terjelopok masuk ke dalam air sungai yang tidak diketahui kedalamannya itu. Tadi, sebaik sahaja terlihat kilauan daripada pantulan air di permukaan, tanpa berlengah terus sahaja dia dan mereka yang lain berlari-lari ke arah tebing sungai yang mendatar. Tubuh yang lemah tidak bermaya tadi tiba-tiba bertukar ligat, bagaikan mendapat suntikan tenaga baru apabila melihatkan permukaan sungai.

Tidak menunggu lama, terus sahaja Subky bangkit kembali lalu berlari melompat menceburkan dirinya ke dalam sungai. Wajahnya menyerlahkan kepuasan sebaik air sungai yang sejuk menyentuh kulit hitam manisnya. Ditepuknya permukaan air beberapa kali tanda kepuasan.  Apa yang dicari telah ditemui. Sesuatu yang sangat diperlukan oleh mereka tatkala ini. Bahkan semua hidupan juga memerlukannya untuk meneruskan hidup.

Namun,bukan semua daripada mereka dapat menikmati saat bermakna itu. Sejak tadi,  Faris hanya mampu melihat dari kejauhan.  Berusaha menahan dirinya daripada turut serta berlumba bersama yang lain tadi apabila dia terpaksa memapah Adam. Kaki Adam masih belum sembuh lagi. Malah tiada langsung tanda-tanda akan pulih dalam masa terdekat. Faris tidak sanggup untuk meninggalkan Adam keseorangan.

"Faris, kau pergi la mandi dulu. Aku boleh jalan sendiri" Adam bagaikan memahami perasaan Faris.

"Habis tu kau macam mana? Takkan aku nak tinggal kau sorang kat sini?"

"Ala, dah dekat dah ni. Aku boleh jalan sendiri sikit-sikit. Kalau tak boleh jalan, aku lompat la. Tak boleh lompat, aku merangkak pulak" Sempat Adam berseloroh biarpun sakit kakinya makin menjadi-jadi. 

"Banyaklah kau punya lompat. Biar aku pimpin kau dulu. Kejap lagi aku mandi. Kau nak duduk mana?" Tanya Faris. Adam tersengih- sengih melihat reaksi Faris.

"Kalau kau nak tolong jugak, kau tinggalkan aku kat tepi gigi air tu pun okay juga. Dekat sikit. Boleh aku rendam kaki dalam air." Beritahu Adam  menunjukkan ke arah satu kawasan di gigi air.

Faris segera membawa Adam ke arah gigi air lalu mendudukkan Adam di situ.  

Mereka yang lain sudah bersuka ria di dalam sungai yang dimulakan oleh Subky selaku orang pertama yang merasmikan sungai tersebut di awal tadi. Tidak menunggu lama apabila pelajar lelaki sudah berendam di dalam air sungai pada bahagian pinggir yang tohor.
Manakala pelajar perempuan pula berkumpul di bahagian tebing yang agak berjauhan daripada pelajar lelaki. Walaupun situasi mereka kini boleh diibaratkan sebagai darurat, namun iktilat masih dijaga selagi mampu. Itu yang mereka belajar dan itu jugalah yang mereka praktiskan dalam kehidupan. Itupun setelah diingatkan oleh Adam. Kepenatan membuatkan mereka gagal untuk mempertimbangkan sesuatu perkara. Alpa untuk membezakan baik buruk sesuatu perkara.


''Aku tinggal kau kat sini tau. Kalau kau ada nak mintak tolong apa-apa kau jerit panggil aku atau sesiapa yang ada, okay.'' Pesan Faris yang sudah tidak sabar hendak mencerburkan tubuhnya ke dalam air sungai. Adam membuat isyarat okay dengan jarinya. Maka sepantas itu juga Faris berlari lalu menceburkan tubuhnya ke dalam sungai.

''Woi.. kau ingat ni swimming pool ker hah main terjun-terjun?''

''Hahaha... peduli apa aku, yang penting air. Aku nak berendam sepuas-puasnya'' teriak Faris teruja. Dia berenang ke sana ke mari. Tidak dinafikan Faris memang seorang yang pandai berenang sejak kecil lagi. Sebagai budak kampung, kemahiran asas berenang diperolehi semasa mandi di sungai di kampung. Jadi, tidak hairanlah Faris kelihatan tenang sahaja. 

''Botol-botol dah isi air ke belum?'' Tanya Sukbky. Dia naik ke permukaan lalu berjalan ke arah tempat barangan mereka dikumpulkan. Seluar yang dipakainya digibas-gibas dengan tangan bagi menghilang pasir-pasir yang melekat.

''Dah. Semua botol dah penuh  kami dah isi.'' Jawab Hidayah yang sedang berendam di dalam sungai. Hanya kepalanya sahaja yang timbul di permukaan. Sesekali dia menyembur air sungai dengan mulutnya walaupun air sungai itu  rasanya sedikit payau. Tetapi sedikitpun tidak dipedulikan melihatkan kepada situasi mereka sekarang. Malah semakin galak pula dia melakukannya.

Subky berjalan mendapatkan Adam yang sedang duduk di gigi air. Kedua kakinya direndam ke dalam air. Terasa kedinginan air yang menyegarkan segenap tubuhnya. Subky duduk di sebelah Adam turut merendamkan kakinya ke dalam air. Adam yang sedang termenung tidak menyedari kehadiran Subky.

''Jauh termenung. SPM kan tahun depan. Lambat lagi.'' sapa Subky.

''Eh, kau ni sempat lagi fikir pasal SPM. SPM tu untuk menentukan kelangsungan taraf pendidikan kita di masa hadapan. Kita sekarang ni kena fikir untuk kelangsungan hidup kita.'' Balas Adam serius.

''Seriusnya kau. Aku bergurau aje la. Kaki kau macam mana? Makin okay ke.''

''Harapnya ini bukan gurauan kau yang terakhir sebelum kita pejam mata.''

''Iskh, kau ni. Jangan la fikir macam tu. Kita kena iktiar. Pasti ada jawapan kepada semua ni.''

''Aku harap begitulah. Kan bagus kalau cikgu Nazir ikut sama. Sekurang-kurangnya ada juga orang dewasa di kalangan kita. '' sayu sahaja nada suara Adam teringatkan cikgu sejarah kelas mereka. Di mana dia sekarang agaknya? fikir Adam menanam harapan.

''Angkat kaki kau aku nak tengok. Nampak macam makin teruk dah ni''Pantas Subky mengubah topik perbualan mereka. Dia tidak mahu Adam larut dalam perasaannya yang boleh melunturkan semangat dalam dirinya.  Adam terpaksa akur apabila Subky sudah memegang dan mengangkat kaki Adam dari dalam air. Berubah riak wajah Subky melihat keadaan kaki Adam. Buku lali Adam  kelihatan semakin membengkak. Malah kesan kebiruan juga semakin jelas dan ketara. Mungkin sebelum ini tidak kelihatan disebabkan oleh debu-debu yang melekat. Kerana itu Adam sudah tidak boleh berjalan sendiri lagi. Apabila tapak kakinya menjejak tanah sahaja pasti wajahnya berkerut menahan sakit. Untuk bergerak Adam perlu di papah.

''Makin parah kaki kau ni Adam. Kena dapatkan rawatan dengan segera nih'' Faris bertambah risau.

''Itulah... makin lama makin sakit ni. Sekarang pun terasa berdenyut-denyut. Tapi bila aku rendam dalam air, lega la sikit rasanya.'' Jelas Adam yang turut bimbang dengan keadaan kakinya yang semakin membengkak. Jika berterusan begini, pastinya dia akan menjadi beban kepada rakan-rakannya yang lain. Adam mulai bimbang. timbul rasa bersalah dalam dirinya kerana telah menyusahkan rakan-rakannya yang sememangnya sedang kesusahan.

''Nanti aku cuba usaha cari apa-apa tumbuhan yang boleh dijadikan ubat. Kalau di Malaysia tahu la juga aku sikit-sikit berkenaan tumbuhan yang boleh di jadikan ubat ni. Tapi ditempat macam ni, dimana nak nak cari? Ketul batu dengan pasir je banyak yang aku nampak''

''Betul juga kata kau. Mungkin memang dah nasib aku macam ni.'' Adam melemparkan pandangan ke arah sungai. Rakan-rakannya  masih lagi bermain-main di dalam air sambil bergelak tawa.  Fitri pula tercungap-cungap berenang. Timbul tenggelam di permukaan air. Dia nampak sedikit kepenatan. Atau mungkin...

''Fitri!!!'' Adam tiba-tiba menjerit nama Fitri.  Jari telunjuknya dihalakan  ke arah sungai.  Tindakannya pantas menarik perhatian. Masing-masing terpaku.

Du hast das Ende der veröffentlichten Teile erreicht.

⏰ Letzte Aktualisierung: Mar 09, 2018 ⏰

Füge diese Geschichte zu deiner Bibliothek hinzu, um über neue Kapitel informiert zu werden!

Tanah Di Antara Dua SungaiWo Geschichten leben. Entdecke jetzt