BAB 2 - Mimpi

320 43 0
                                    

Dengan penuh berduka cita, dia menjadi saksi kepada kejatuhan sebuah kerajaannya sendiri. Keagungan sebuah kerajaan  yang telah diwarisi dan dibangunkan berabad lamanya itu kini hanya tinggal sisa. Semua binaan yang berdiri tegak menjunjung langit kini sudah rebah menyembah ke bumi, menjadi puing-puing yang tidak berguna lagi.

Sukar untuk dia menerima kenyataan tersebut, namun itulah yang sedang berlaku. Di satu sudut di sebuah kawasan lapang, bergelimpangan tubuh-tubuh manusia yang penuh dengan kesan luka dan darah. Ada sesetengah anggota tubuh badannya sudah carik barik tidak sempurna. Tanpa kepala, tanpa tangan dan tanpa kaki. Sesetengahnya sudah tidak seperti jasad milik manusia lagi.  Burung hering pula galak berterbangan di udara menanti masa sahaja untuk menjamah daging  mayat-mayat yang bergelimpangan itu.

Bila-bilah anak panah pula masih tegak tercacak ditubuh tubuh mayat yang lengkap berbaju perisai yang dikatakan utuh, namun masih tidak mampu mengelak maut. Tebakan anak panah itu nyata tidak mengenal mangsa. Baik kanak-kanak, orang tua mahupun dewasa semuanya menjadi sasaran.  Tidak tertahan melihatkan keadaan itu, dia mendepakan kedua belah tangannya seraya menjerit meraung sekuat hati.

‘’Arrrghhhhhh!!! Tidakkkk !!’’

‘’Tuanku." Panggil sau suara.

‘’Tidakkkk!!’’

‘’Tuanku, tuanku tidak apa-apa???’’ tanya Ketua Pendeta cemas.

Ini bukanlah kali pertama Raja berkelakuan begitu ketika tidur. Sudah beberapa hari Raja di dapati meracau sewaktu tidur mungkin disebabkan mengalami mimpi yang ngeri lagi dasyat.

‘’Kerajaan beta sudah hancur! Semuanya sudah berakhir!’’ Jerit raja tersebut lagi. Dia kini sudah bangkit daripada katilnya. Memandang aneh ke arah Ketua Pendeta yang berdiri disebelah katilnya.

‘’Kenapa tuanku berkata demikian? Rasanya tuanku bermimpi lagi’’

‘’Beta bermimpi?’’ Raja melihat sekeliling. Benar. Dia masih hidup. Dia bangkit berjalan di dalam biliknya meninjau sekeliling. Segenap ruang di dalam bilik itu diperhatikan. Semuanya masih teguh, tiada apa-apa yang runtuh mahupun hancur. Kelakuannya itu diperhatikan penuh hairan oleh gundik-gundik istana dan juga penasihatnya iaitu seorang Ketua Pendeta.

Tidak puas melihat di ruangan dalam bilik itu, Raja kemudiannya  terus berjalan ke arah tingkap. Dia menjenguk melalui daun tingkap. Di luar daripada istananya, keadaan seperti hari-hari biasa yang sibuk dengan aktiviti harian. Raja terangguk-angguk sendiri kemudiannya dia tersenyum lebar.

‘’Hah! Hah ! Hah!’’ Ketawa raja kuat. Gundik dan Ketua Pendeta tidak ikut ketawa, malah semakin berkerut dahi mereka.

Selepas puas ketawa beberapa ketika, Raja berpaling dan berjalan kembali ke arah katilnya. Beberapa orang gundik segera berjalan keluar daripada bilik tersebut apabila di isyaratkan oleh Raja dengan anak matanya. Raja melabuhkan punggungnya di atas sebuah kerusi berukir indah yang teletak berhampiran dengan katilnya. Kaki kanan disilangkan ke atas kaki kiri.

‘’Ketua Pendeta!’’ panggil raja lantang.
‘’Tuanku.’’ Tergesa-gesa Ketua Pendeta datang mengadap.

‘’Panggilkan semua pendeta yang terdapat di dalam Negara Kota ini dengan segera. Semuanya. Tidak ada seorang pun yang boleh terkecuali.’’ Perintah Raja dengan tegas.

‘’Baiklah tuanku.’’

‘’Sekarang!’’ tempik Raja secara tiba-tiba. Terkocoh – kocoh Ketua Pendeta tersebut berlalu pergi ke arah pintu. Dia faham benar, apabila Raja bertempik itu bermakna dia perlu segera beredar. Jika tidak, nyawanya akan  menjadi taruhan.

Tanah Di Antara Dua SungaiDonde viven las historias. Descúbrelo ahora