PROLOG

810 63 9
                                    


Gelap dan suram. Itulah realiti sebuah bilik kurungan bawah tanah yang mempunyai ratusan bilik kurungan berjeriji besi kukuh lagi utuh.  Di sini, tiada yang namanya cahaya matahari melainkan sedikit sinar cahaya daripada obor yang terpasak di dinding batu. Deretan bilik kurungan tersebut telah menempatkan beratus malahan beribu tahanan yang kebanyakkan daripadanya tidak pernah melihat cahaya matahari semula sejak menjejakkan kaki ke situ  hingga ke akhir hayat mereka.

‘’Woi...! Lepaskan  aku! Apa salah aku hah!! Orang besar tak guna!’’  jerit satu suara lelaki dari bilik kurungan paling hujung sekali. Jeritannya itu di dengari oleh beberapa orang pengawal yang berkawal di situ.

Salah seorang pengawal yang berbadan besar  bangkit daripada tempat duduknya. Tombak bermata tajam di hujungnya yang tersandar di dinding di capai.  Dengan muka yang bengis, dia berjalan menghampiri bilik kurungan  tahanan paling hujung tersebut. Sebilah pedang panjang tersisip kemas di sisi pinggangnya, iaitu senjata wajib bagi seorang pengawal dan juga tentera di sebuah kerajaan yang  gah lagi masyhur itu.

‘’Hoi budak, lebih baik kau diam sebelum mulut kau aku hunus dengan tombak ni.’’ Sergah seorang pengawal yang kini berdiri betul-betul di hadapan bilik kurungan yang menempatkan lelaki yang menjerit tadi.  Tombak yang dipegangnya dihunus ke hadapan.  Sengaja mengacah tahanan tersebut.

Tahanan lelaki yang berbaju t-shirt dan berseluar slack itu  mengundur beberapa langkah ke belakang menjauhi tombak tersebut. Dia berhenti apabila di rasakan panjang tombak itu tidak mampu menyentuh mana-mana anggota tubuhnya dalam jarak tersebut.

‘’Aku bukan budak! Kau tu siapa?! Kenapa tangkap aku!’’ jerit lelaki itu tadi. Sengaja mencabar kemarahan pengawal berbadan sasa tersebut.

Keberadaanya di sini adalah  sesuatu yang tidak pernah dijangka sama sekali. Mungkin dia pernah berimpian, tetapi bukan dengan cara atau dalam keadaan begini. Sekali pandang, pakaian pengawal tersebut kelihatan aneh sekali. Ianya bukanlah baju biasa sebaliknya merupakan baju perisai yang dihiasi dengan rantai besi, dan kelihatan sungguh kukuh sekali. Baju perisai ini biasanya di pakai oleh pahlawan perang yang bertempur menggunakan pedang.

Ada lagi ker orang brrperang menggunakan pedang pada zaman ini? Sedetik lelaki itu berfikir mengenai  pakaian pengawal tersebut.

‘’Kalau tidak kerana arahan raja untuk biarkan kau hidup, dah lama aku cincang mulut kau lumat-lumat. Menyusahkan sahaja! ‘’ bentak pengawal itu kasar.

Sememangnya sejak di tahan beberapa jam tadi, tahanan tersebut tidak berhenti membuat bising. Berbeza pulak dengan tahanan lain yang kelihatan lebih tenang. Mungkin juga sedang tidur ataupun sudah berputus asa dengan kehidupan di dalam bilik kurungan tersebut.
Tahanan lelaki  itu mendengus lalu tunduk membongkok  mencapai sesuatu di atas lantai, digengam dan dengan penuh perasaan dia melontarkan serbuk pasir itu  ke arah pengawal tadi.

‘’Ambik kau!’’ Tindakannya itu nyata mengundang amarah pengawal tersebut.

‘’Kau memang cari nahas budak!’’ dengan marahnya pengawal itu kembali semula  ke meja kayu tadi lalu mencapai segugus anak kunci. Dia kembali semula ke arah bilik kurungan  paling hujung tersebut.

‘’Nahas kau budak!’’ ancam pengawal berbadan sasa tersebut sambil membuka anak kunci mangga bilik  kurungan tersebut.

Lelaki yang menjadi tahanan tersebut terundur-undur ke belakang hingga rapat dengan dinding. Di sebelahnya di atas lantai terdapat satu beg galas kecil miliknya. Dia cuba memikirkan sesuatu namun gagal. Di dalam beg galasnya tiada apa-apa yang dapat dijadikan senjata untuk dia mempertahankan diri mahupun melepaskan diri daripada kurungan tersebut.

Pengawal berbadan sasa itu sudah masuk dan berjalan menghampiri lelaki tersebut yang mulai keresahan.

‘’Kau yang sengaja cari pasal budak.’’ Ujarnya dengan muka bengis. Tanpa menunggu lama, dia mengangkat tinggi melepasi paras keala tombak yang dipegangnya itu ke udara, melepasi paras kepala.

Puk ! puk ! puk !

‘’Argghhh....’’ jerit lelaki tersebut apabila beberapa kali tubuhnya dilibas dengan tombak.

Tiap kali tombak itu hinggap di mana-mana anggota tubuhnya, tiap kali itulah dia menjerit dan meraung. Jeritannya yang lantang di awal tadi sudah bertukar menjadi rintihan. Malah disambut dengan suara gelak ketawa penuh mengejek pengawal yang berada di meja pengawal.  Penderitaan tahanan adalah hiburan bagi mereka. Sungguh kejam!

Tahanan lain yang mendengar pula sekadar membiasukan diri sahaja. Bimbang pual  kalau-kalau selepas ini mereka pula akan menerima nasib sebegitu. Sememangnya suara jeritan dan rintihan adalah melodi biasa di bilik kurungan bawah tanah tersebut. Setiap hari, ada saja tahanan yang akan  dipukul, dibelasah dengan teruk. Ada kalanya tahanan yang di bawa keluar tidak kembali semula setelah beberapa kali suara jeritan dan rintihannya mereka itu  kedengaran.

‘’Puas hati kau, budak! Lain kali jangan nak cabar kemarahan aku. Sekarang pada dengan muka kau. Jangan kau ingat raja mahu kau hidup, aku tak akan apa-apakan kau. Kau silap budak.’’ Galak pengawal tersebut mengejek. Lelaki di dalam tahanan tersebut sudah terbaring lemah di lantai bilik kurungan dengan badan yang penuh  lebam dan berdarah.Dia tidak bermaya lagi. terasa bagaikan nyawanya akan melayang bila-bila masa sahaja.

Sebelum pengawal itu keluar, satu lagi hayunan di lepaskan tepat pada bahagian belakang lelaki yang terbaring di atas lantai bilik kurungan tersebut. Serentak itu juga kedengaran satu jeritan dan rintihan yang makin perlahan dan lemah.

‘’Aa..aku.. ak..akan..ba..baa.las..den.den...’’ ujar lelaki itu tergagap sebelum matanya terpejam rapat tanpa sempat menghabiskan katanya.

*****
Memo penulis : Penulis cuba untuk buat prolog. Entah la jadi ke tidak. Untuk TDADS ni penulis akan cuba update secara konsisten. Penulis tak dapat nak janji bila dan hari apa, tetapi penulis akan usahakan.

Tanah Di Antara Dua SungaiWhere stories live. Discover now