"Reen lari rumah." Beritahu Fariq ringkas. Bagai hendak gugur jantung Mirza mendengar berita itu. Patutlah keinginan untuk pulang kuat walaupun dia hanya bercuti dua hari. Esakan Datin Dahlia juga jelas kedengaran.

----------------------------------------------

Fariq hanya termenung di balkoni pada malam itu. Dia rindu akan Marissa. Dia tidak tahu lagi dimana ingin mencari Marissa. Telah dicarinya di semua rumah rakan rakan mereka dan juga di kolej, bayang Marissa tidak dapat dikesan. Laporan polis telahpun dibuat petang tadi bersama Dato Adnan, isterinya dan Mirza. Lamunannya terhenti apabila bahunya ditepuk perlahan. Dia terkejut dan berpaling. Mirza tersenyum kepadanya.

"Abang." Tegur Fariq.

"Kau sayang Ad?" Tanya Mirza.

Fariq yang terkejut dengan soalan itu terkelu.

"Aku tahu Ad kat mana." Ucap Mirza. Fariq yang sedari tadi mendiamkan diri membeliakkan matanya.

"Reen kat mana ?!" Tanya Fariq pantas.

"Dalam doa kau. Cari lah dia. Doa tu senjata umat Islam." Jawab Mirza. Fariq kembali menunduk. Kecewa.

"Abang tak risau ?" Tanya Fariq lagi.

"Allah ada jaga Ad. Nanti dia akan balik." Jawab Mirza lagi tenang.

"Tapi benda tu takkan biar Reen hidup selagi tak dapat aku." Ucap Fariq. Mirza mengerut dahinya tanda tidak faham.

"Tak tahu nak cakap macam mana. Dari kecik aku selalu mimpi lembaga hitam bermata merah ajak aku ikut dia. Even dalam realiti. Tapi dalam setiap mimpi tu akan ada seorang perempuan yang buatkan lembaga tu hilang. Aku tak faham sampai lah satu hari aku tengok sendiri lembaga tu ganggu Reen. Dan bila aku nak tolong, lembaga tu hilang. Dia macam lemah bila kitorang dua dekat." Terang Amir panjang lebar. Mirza yang khusyuk mendengar kemudian bertanya.

"'Maksud kau selama ni kau rapat dengan Ad sebab nak lindung dia ? Atau nak selamatkan diri sendiri ?" Tanya Mirza menjerat Fariq.

"Aku sayang dia bang." Jawab Fariq jujur dengan nada sedikit kesal. Mirza tersenyum kecil melihat jejaka tampan di hadapannya ini. Fariq masih lagi tunduk.

"Sayang? Tapi kau yang buat dia lari." Mirza sekali lagi menjerat Fariq.

"Abang tahu ?" Tanya Fariq terkejut.

Mirza hanya tersengih. Fariq semakin pelik. Mirza kemudian berpaling dan berjalan meninggalkan Fariq terpinga pinga. Fariq melepaskan keluhan berat. Dia pun masuk ke dalam bilik untuk menunaikan solat sunat. Selepas solat sunat, dia terasa seperti dirinya diperhatikan. Dia melihat ke arah tingkap biliknya. Sepasang mata berwarna merah begitu tajam memerhatinya. Jantung Fariq berdegup kencang. Lembaga itu mengangkat tangannya yang memegang seutas gelang tangan. Dia sangat cam akan gelang itu. Fariq kemudiannya dengan pantas bangun untuk mendapatkan lembaga itu namun lembaga itu telah pun hilang. Nafas Fariq semakin tidak teratur.

"Gelang Reen !" Bisik hati kecilnya. Dia terus beristighfar.

---------------------------------------------

Telefon bimbit Mirza berdering sewaktu mereka sedang bersarapan. Tertera nama "Papa" di skrin telefon bimbitnya.

"Assalamualaikum Pa." jawab Mirza memberi salam.

"Mirza. Polis jumpa kereta Ad." Perlahan Dato Adnan memberitahu. Mirza terkejut.

"Pa dekat mana ? Abang datang!" Suara cemas Mirza membuatkan Fariq tertanya tanya.

"Abang kenapa ?" Tanya Fariq apabila melihat Mirza cemas mencari kunci keretanya.

"Polis jumpa kereta Ad. Nak ikut tak ?" Tanya Mirza. Fariq tidak menjawab soalan Mirza sebaliknya dia terus menyalami Puan Asyila yang juga terkejut dan terus berlalu masuk ke dalam keretanya. Mirza yang melihat kelakuan Fariq hanya mengikutinya. Kereta Fariq meluncur laju ke lokasi penemuan kereta Marissa.

Perjalanan memakan masa dalam 20 minit. Suasana sunyi di dalam kereta. Sesampai sahaja mereka di lokasi, Fariq gegas keluar daripada kereta dan menuju ke arah kereta Marissa yang telah remuk sepenuhnya namun dihalang oleh beberapa orang anggota polis.

"Encik sabar. Kawasan ni dalam siasatan." Terang pegawai polis itu.

"Amir." Kedengaran namanya dipanggil. Dia pun menoleh.

"Dato." Panggil Fariq.

"Uncle. " Dato Adnan membetulkan panggilan Fariq. Fariq bersalaman dengan Dato Adnan. Begitu juga Mirza.

"Pa polis cakap apa ?" Tanya Mirza.

"Polis cakap dorang jumpa kereta ni dalam gaung tu. Tapi bila bawa keluar, takde orang pun. Polis masih mencari Ad mungkin dia sempat selamatkan diri. Ataupun ada orang asli yang selamatkan dia." Jelas Dato Adnan tenang.

Fariq yang dari tadi hanya mendengar seakan mendapat satu idea.

"Orang asli." Bisik hati kecilnya.

"Uncle, waktu kecik Reen sesat dalam hutan dekat mana ?" Tanya Fariq tiba tiba.

Dato Adnan dan Mirza terdiam. Mereka seakan mula berfikir perkara yang sama dengan Fariq.

"Dekat satu perkampungan orang asli. Depan sana." Jawab Dato Adnan sambil menunjuk ke arah kampung itu berada.

Fariq kemudian berlari menuju ke keretanya diikuti dengan Mirza dan Dato Adnan. Kereta Fariq sekali lagi meluncur laju.

----------------------------------------------

Pesanan penaja :

Haa dorang nak pergi mana tu ? Agak agak Marissa dekat mana ?

Stay Tune !

Cerita ni dah almost to the end. Terima kasih pada yang masih setia membaca.

Sixth SenseTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang