Bab 8

2.5K 133 3
                                    

Marissa, Syatil, Minhat dan Afiq berada di studio mereka menyiapkan projek yang perlu dihantar minggu hadapan. Jam menunjukkan 1 pagi. Syatil menguap besar. Tiba tiba dia terkejut. Afiq membaling pemadam ke arahnya mengusik.

"Kurang ajar kau." Marah Syatil. Kemudian mereka ketawa. Tawa mereka terhenti apabila Rayyan berlari masuk ke dalam studio dengan tergesa gesa.

"Weh kau kenapa Yen?" Tanya Afiq pelik.

Rayyan berbisik pada Minhat. Berkerut dahi Minhat mendengar. Sebelum mereka pergi, Minhat menarik tangan Marissa.

"Korang kenapa?" Tanya Marissa pelik.

"Aku rasa kau boleh tolong. Fariq hilang." Jelas Minhat.

Marissa menghentikan langkahnya. Minhat dan Rayyan turut berhenti.

"Apa kaitan dengan aku ?" Tanya Marissa pelik.

"Nanti aku explain." Ucap Minhat ringkas.

"Macam mana aku nak tolong kalau aku tak tahu cerita." Luah Marissa.

"Rayyan kau cerita." Arah Minhat.

"Tadi aku kat bilik buat kerja. Fariq tidur. Tiba tiba dia terjaga. Duduk atas katil tenung sesuatu kat siling. Muka dia lain. Pucat. Seram weh. Bila aku panggil, dia tak menyahut. Aku bangun nak pergi kat dia. Tiba tiba blackout. Aku tak nampak apa apa. Tapi aku dengar macam macam bunyi. Bising gila. Tak lama lepastu lampu ada balik. Bilik aku bersepah gila kerusi tunggang terbalik. Tingkap terbuka. And Fariq hilang. Tapi pintu still berkunci dari dalam." Jelas Rayyan panjang lebar. Marissa dan Minhat mengangguk angguk mendengar penjelasan Rayyan. Rayyan masih lagi kelihatan takut dan pucat. Mana taknya, bilik merekadi tingkat 3. Macam mana Fariq boleh keluar ikut tingkap ?

"Dia tak pernah macam ni. Kau rasa dia kat mana?" Luah Minhat risau.

"Aku tak tahu." Ucap Rayyan pendek.

"Dia tak sihat ke ?" Tanya Marissa ringkas setelah lama berdiam diri.

"Dia demam panas. Macam mana kau tahu?" Tanya Rayyan musykil

"Sebab aku pun selalu kalah kalau aku tak sihat." Jawab Marissa.

"Habis tu macam mana ?" Tanya Minhat.

"Jom ikut aku." Ajak Marissa. Dia pun berlari ke arah kawasan hutan di sebelah Fakulti Pengurusan diikuti dengan Minhat dan Rayyan.

"Memang patut lah kau ni atlet." Rungut Minhat yang keletihan. Maklumlah jarak studio mereka dengan fakulti itu sedikit jauh dan perjalanannya berbukit.

"Korang tunggu sini." Arah Marissa.

"Rissa kau jangan buat gila." Marah Minhat.

"Stay. Kalau aku tak keluar 15 minit panggil lah ustaz ke siapa siapa yang patut." Arah Marissa lagi. Mereka berdua akur

Marissa jalan dengan penuh berhati hati memasuki hutan itu. Dia sangat takut namun dia perlu mencari Fariq. Setelah lebih kurang 5 minit dia berjalan, kelihatan begitu banyak lembaga hitam dengan pelbagai wajah yang menggerunkan berdiri mengelilingi sekujur tubuh.

"Amir" Bisik Marissa dalam hatinya.

"Macam mana aku nak selamatkan Amir ni." Omel Marissa. Setelah itu, lembaga lembaga hitam itu kemudiannya beredar daripada mengelilingi Fariq masuk ke dalam hutan. Marissa dengan pantas mendekati Fariq. Dia menggoncangkan tubuh Fariq untuk mengejutnya.

"Amir bangun. Fariq Amirin."kejut Marissa.

Fariq terjaga. Namun, sebelah matanya merah dan sebelah lagi masih seperti biasa. Marissa seakan faham akan apa yang terjadi.

"Amir. Please come back to your senses." Rayu Marissa sambil menggenggam tangan Fariq.

"Amir. Reen ni. Kau kuat. Kau kena lawan. Jangan ikut dorang. Ingat ibu. Ingat si kembar. Amir please." Rayu Marissa lagi tetapi masih tiada tanda tanda yang Fariq akan sedar.

"Amir. Lawan lah. Amir please." Pujuk Marissa buntu. Dia kemudiannya memeluk Amir erat sambil menangis teresak esak ketakutan. Tiba tiba, tangisan Marissa terhenti apabila matanya disilaui cahaya yang sangat terang. Apabila cahaya itu hilang, dia masih sedang memeluk Fariq erat dan ada banyak memerhatinya. Marissa keliru. Apa yang berlaku sebenarnya ? Dia amati satu persatu wajah di hadapan matanya. Syatil, Firhad, Minhat, Afiq, Saiful, Rayyan. Semuanya ada. Dan mereka semua tersenyum. Aku peluk siapa ni ? Perlahan lahan Marissa menguraikan pelukan dan dia sangat terkejut.

"Kenapa aku peluk Amir !" Marah Marissa dalam hati. Mukanya tiba tiba merah.

"Rissa kau okay tak ?" Tanya Syatil yang berjalan mendekatinya.

"Apa jadi weh ? Apahal mamat ni ada kat sini ? Aku malu !" Tanya Marissa separuh berbisik. Syatil tergelak kecil.

"Kau kan kat hospital ni. Time kitorang datang, kau tengah sebut sebut nama dia dalam mimpi. Sambil nangis nangis. Risau kitorang terus call Fariq. Nasib baik dia area sini je. Dia sampai je kau terus peluk dia." Terang Syatil sambil mengusik.

"Korang dua ni ada apa apa ke ?" Tanya Minhat tiba tiba.

Fariq hanya mendiamkan diri. Begitu juga Marissa yang masih keliru dengan apa yang berlaku. Mereka masih lagi bertubi tubi bertanya soalan itu. Tiba tiba Fariq bangun dan berjalan menuju ke arah Marissa. Dia meletakkan tangannya di dahi Marissa.

"Kau demam ni. Rest lah. Tak payah fikir." Pujuk Fariq sambil membantu Marissa untuk baring.

"Jangan cuba nak ingat balik apa yang dah jadi. Let it be." Fariq masih menenangkan sambil mengesat sisa air mata di pipi Marissa dan mengusap kepalanya dengan sangat lembut. Setelah membetulkan selimut Marissa, dia mengajak rakan rakan yang lain membiarkan Marissa berehat. Mereka yang lain keliru dengan apa yang mereka saksikan sebentar tadi. Macam mana musuh yang sangat ketat boleh berbaik ? Dan macam ada sesuatu yang disorokkan.

Sixth SenseWhere stories live. Discover now