Bab 12

2.2K 114 0
                                    

Marissa hadir ke kuliah dan latihan track seperti biasa. Namun kali ini dia seorang. Tiada lagi rakan rakan di sampingnya. Dan paling yang dia terasa, Syatil juga tidak lagi bertegur sapa dengannya. Marissa banyak menghabiskan masa termenung. Teringat perbualannya dengan Syatil di bilik sebaik sahaja dia pulang ke kolej.

-------

Malam itu sunyi sepi. Angin kuat bertiup. Pintu bilik dikuak perlahan. Salam diberi tidak berjawab. Kelihatan Syatil duduk di meja belajarnya tekun menelaah pelajaran. Marissa yang rindu akan temannya cuba memeluk Syatil dari belakang namun Syatil menolak. Terdorong Marissa sedikit ke belakang.

"Til." Panggil Marissa perlahan masih terkejut dengan perbuatan dingin Syatil.

"Aku takde kawan lah macam kau Marissa." Ucap Syatil perlahan namun tetap menusuk hati Marissa.

"Aku takde kawan yang bermuka muka. Sanggup tipu semua orang yang bela dia dari dulu semata demi kepentingan harta. Tahniah sebab kau memang pelakon terbaik selama 4 tahun kita bersama. Tahniah sebab kau berjaya ketuk pintu hati Fariq Amirin dan kau biar dia terluka dengan pertunangan kau. Tahniah Marissa Adreena Shah binti Dato Adnan Shah." Luah Syatil sayu sambil mengemas barangnya melangkah keluar dari bilik untuk ke studio.

Marissa terduduk di birai katilnya terkejut dengan apa yang dikatakan teman baiknya, Syatil. Tergamam Marissa apabila pertunangan dan status sebenar papanya turut diketahui Syatil. Butir butir mutiara jatuh lagi dari mata yang sembap itu. Lama dia begitu. Dia kemudiannya mengambil kunci kereta dan memandu ke luar dari kolej. Dia perlukan ketenangan untuk menghadapi hari hari yang akan mendatang. Sejak dari hari itu, Marissa tidak tidur di bilik lagi kerana tidak mahu Syatil berasa tidak selesa dengannya.

----------------------------------------------

"Yan Fariq macam mana ?" Tanya Syatil sewaktu mereka sedang menjamu selera di kafeteria bersama Saiful, Afiq dan Minhat.

"Dingin." Jawab Rayyan sepatah. Dia teringat akan tingkah laku rakan baiknya itu sejak pertunangan Marissa diketahui. Dia langsung tidak ketawa malah tidak senyum.

"Til Rissa macam mana ?" Tanya Minhat ingin tahu.

"Last aku nampak dia dekat bilik malam dia balik kolej haritu je. Lepastu aku nampak dia kat kelas." Jawab Syatil.

"Jadi maksudnya dia tak tidur bilik ?" Tanya Minhat lagi. Syatil hanya menggeleng.

"Habis dia tidur mana ?" Minhat masih tidak berpuas hati. Syatil mengangkat bahu menandakan yang dia tidak tahu.

Minhat mengeluh kecil.

Dari jauh Marissa memerhati mereka. Wajah wajah yang dirinduinya.

"Sabarlah wahai hati." Bisik Marissa.

----------------------------------------------

Marissa tidak turun latihan track pada petang itu. Dia lebih senang berjoggibg di kawasan kampusnya sendirian. Jam hampir menunjukkan pukul 7 malam. Dia sedang berehat di port kegemarannya di rooftop fakultinya. Sewaktu dia sedang asyik termenung, pandangannya diganggu oleh sepasang mata merah di balik pokok tidak jauh dari fakultinya itu. Sepasang mata itu semakin lama semakin mendekat. Marissa menggigil seluruh badan. Dia sangat takut. Tiba tiba dia terdengar dengusan kasar betul betul di telinganya. Dia mengumpul kekuatan untuk berpaling. Perlahan lahan dia memusingkan badannya dan dia sangat terkejut melihat satu lembaga hitam yang sangat besar di hadapan memandangnya dengan sepasang mata merah yang sangat menakutkan. Dia rebah ke lantai.

Marissa membuka matanya perlahan lahan apabila badannya digerakkan seseorang beberapa kali. Dia cuba bangun namun kepalanya sangat sakit. Dia gagahkan diri untuk duduk.

"Awak okay?" Tanya lelaki yang bernama Zafran itu. Zafran merupakan rakan sekelas Marissa.

Marissa mengangguk perlahan sambil memegang dahinya yang berdenyut. Darah !

"Jom Zaf hantar balik." Ajak lelaki itu sambil memegang lengan Marissa membantunya untuk bangun. Marissa segera menolak.

"Takpe I can do this. Thanks Zaf." Senyuman segaris dihadiahkan kepada Zafran. Marissa berjalan menuruni tangga. Zafran hanya menghantar dengan pandangan dan seribu pertanyaan di dada.

Marissa berjalan ke tempat dia memarkir keretanya. Sunyi. Dia melihat jam sport jenama Adidasnya. 12am. Marissa masih lagi pening dan dahinya sesekali berdenyut kuat. Dia gagahkan jua dirinya untuk berjalan. Sepanjang perjalanan dia dapat merasakan dirinya diperhati. Dia melajukan langkahnya sehingga ke tempat parkir kereta. Tiba di tempat parkir kereta, Marissa semakin takut. Semua kereta di situ bertukar rupa menjadi seperti keretanya. Angin bertiup sangat kuat menyukarkan pandangan Marissa. Terasa seluruh badannya menggigil. Dia dapat merasakan ada sesuatu berdiri di belakangnya. Rapat. Dia cuba melarikan diri namun dia tidak tahu yang mana satu sebenarnya kereta miliknya. Dia berlari untuk mencari keretanya yang sebenar namun bayangan itu terlalu rapat menghantuinya. Setelah beberapa cubaan, akhirnya dia menemui keretanya. Dengan segera dia masuk ke dalam kereta dan mengunci dari dalam. Marissa menghidupkan enjin dan memecut laju lari dari tempat itu. Di dalam kereta dia memasang ayat ayat suci Al Quran. Semakin lama bayangan itu semakin jauh ditinggalkannya. Marissa melepaskan keluhan berat. Dia berzikir di dalam hati dan meneruskan pemanduannya pulang ke bilik yang disewa Marissa.

----------------------------------------------

Fariq terjaga dari lena. Dia menyeka peluh di dahi. Dia mengucap dan beristighfar panjang. Dia bermimpi.

"Ya Allah apa maksud mimpi aku?" Bisik hati kecil Fariq.

Dia mencapai telefon bimbitnya. Jam menunjukkan pukul 3 pagi. Terdapat beberapa panggilan tidak berjawab daripada satu nombor yang tidak dikenali. Dia mendail kembali nombor itu. Setelah beberapa deringan, panggilannya dijawab.

"Assalamualaikum. Siapa ni?" Tanya Fariq.

"Zafran. Marissa .." Belum sempat Zafran menghabiskan ayatnya, Fariq memotong.

"Aku takde kaitan dengan dia." Fariq mematikan panggilan. Dia meraup wajahnya sambil melepaskan keluhan kecil. Ingatannya kembali kepada mimpinya sebentar tadi.

"Ya Allah, apakah hikmah kau menemukan aku dengan Marissa Adreena Shah ya Allah ? Kenapa kerap sekali dia muncul dalam mimpi mimpi ku ? Adakah benar dia dalam kesusahan ya Allah ? Jika benar, aku memohon pertolonganmu, permudahkan lah segala kesusahannya kerana aku tidak kuat untuk menatap wajahnya." Doa Fariq di dalam hati. Dia kemudiannya pergi mengambil wuduk dan mendirikan qiam.

Sixth SenseWhere stories live. Discover now