Bab 3

4.6K 163 4
                                    

Jam menunjukkan hampir jam 3 pagi. Fariq terjaga dari lenanya kerana terdengar suara erangan yang perlahan. Dia kemudiannya membalikkan badannya untuk mencari arah suara tersebut. Biliknya sangat gelap. Namun dengan bantuan cahaya lampu yang menyelinap masuk melalui langsir biliknya yang terbang dibuai angin, dia ternampak sesuatu yang sangat menakutkan. Satu lembaga hitam yang besar dan berbulu sedang menindih rakan sebiliknya, Rayyan. Dia dapat mendengar Rayyan cuba untuk melepaskan diri dengan mata yang dipejam rapat dan dahi yang berkerut. Fariq berpeluh kedinginan dan ketakutan. Dia kemudiannya dengan cepat membuka ayat suci Al-Quran yang ada dalam telefon bimbitnya dengan kuat. Dia berharap Rayyan dapat mendengar dan mampu membaca ayat tersebut di dalam hati. Setelah beberapa minit, erangan Rayyan semakin perlahan. Fariq memberanikan diri berjalan ke arah katil Fariq untuk memeriksa keadaannya. Rayyan berpeluh dengan sangat teruk dan kelihatan seperti keletihan. Fariq membantu Rayyan untuk duduk dan memberinya segelas air yassin. Beberapa ketika kemudian, mereka berdua dikejutkan dengan bunyi pintu bilik. Minhat masuk ke bilik dengan penuh hairan melihat Fariq dan Rayyan begitu.

"Korang ni kenapa?" Tanya Minhat pelik.
"Kau dari studio ke?" Tanya Fariq tidak menjawab pertanyaan sebentar tadi.
"Haah. Ingat nak tidur studio je tapi nampak Rissa jalan sorang tadi. So aku dengan Afiq teman lah dia balik." Jawab Minhat. Perbualan mereka terhenti di situ dan masing masing menyambung lena mereka yang terganggu.
----------------------------------------------
Pesanan penaja :
Keep supporting okay 😊

Sixth SenseΌπου ζουν οι ιστορίες. Ανακάλυψε τώρα