Bab 17

2.2K 116 8
                                    

Deringan telefon bimbit mematikan lamunan Fariq. Dia melihat nama si pemanggil dan menjawab panggilan tersebut.

"Riq. Kau kena tolong Rissa." Suara Syatil cemas.

"Til aku tak nak tahu ..."

"Marissa hilang!" Pintas Syatil apabila Fariq seakan tidak mahu membantunya. Fariq terkejut.

"Hilang? Macam mana ?" Soal Fariq gusar.

"Aku naik rooftop tadi cari dia tapi dia takde. Phone selipar barang dia semua ada. Aku dah cari satu fakulti dia takde!" Jelas Syatil cemas.

Fariq mematikan panggilan dan terus bergegas ke fakulti mereka. Sebaik sahaj tiba di sana, rakan rakannya semua sudah berkumpul. Semuanya tidak berjaya menemui Marissa. Fariq berlari naik ke rooftop. Sewaktu dia berjalan mendekati tempat duduk Marissa, dia ternampak cairan merah di atas lantai beberapa titis menuju ke arah bilik stor. Segera dia mengikuti titisan darah itu. Sebaik sahaja dia memulas tombol pintu bilik stor itu, terasa badannya melayang. Sepasang mata merah betul betul dihadapannya. Dia tercampak ke sudut dinding. Darah mengalir keluar dari hidungnya. Lembaga itu kemudian hilang. Fariq cuba untuk bangun. Dia berjalan menuju ke arah bilik stor. Sekujur tubuh yang layu diperlihat. Dengan sepantas kilat, Fariq terasa badannya di awangan lagi sebelum jatuh ke lantai. Dia meraba dahinya yang mula panas dengan limpahan cecair merah.

"Kau nak apa !" Jerit Fariq marah. Badannya kemudian terasa seperti melayang lagi sebelum jatuh di satu sudut yang lain pula.

"Dia takde kena mengena dengan urusan kita. Jangan kacau dia lagi !" Laung Fariq memberi amaran kepada makhluk ciptaan Allah itu. Dia merenung sedalamnya sepasang mata merah milik lembaga hitam di hadapannya. Fariq menggagahkan diri untuk bangun. Dia mula membaca ayat ayat suci al-quran untuk melindungi dirinya. Tidak lupa juga dia membaca ayat-ayat amalan yang menjadi rutin hariannya untuk melemahkan lembaga itu.

Lembaga itu kemudiannya seakan kesakitan dengan bacaan ayat al-quran. Tidak berapa lama kemudian, lembaga itu hilang dengan jeritan kesakitan yang semakin sayup kedengaran. Fariq kemudiannya menahan segala kesakitan berlari mendapatkan Marissa. Cairan merah di dahi dan bibir Marissa di lap. Pipi Marissa ditepuk perlahan. Setelah masih tiada respond, Fariq bergegas mengangkat Marissa dan berlari menuruni tangga.

Minhat dan Syatil yang masih menunggu Fariq di tingkat bawah seakan terkejut melihat keadaan Fariq dan Marissa dalam keadaan berdarah.

"Klinik cepat !" Minhat dan Syatil yang masih terkejut bergegas mengambil kereta di tempat letak kereta dan sebaik sahaja Fariq dan Marissa masuk ke dalam kereta, Minhat memecut laju ke klinik yang berdekatan.

Selepas Fariq dan Marissa mendapatkan rawatan, Fariq menemani Marissa di wad kerana dia masih tidak sedarkan diri. Fariq berasa sayu.

"Aku minta maaf. Sebab aku kau jadi mangsa." Luah Fariq menahan air matanya daripada gugur. Dia mengelus lembut jemari Marissa. Tiba tiba pintu bilik terkuak. Fariq cepat cepat menyeka air matanya.

"Riq balik lah dulu. Kau sakit kena rehat. Aku jaga Rissa malam ni." Ucap Minhat sambil menepuk lembut bahu Fariq.

"Takpe. Kau bawa Syatil balik dulu. Aku tunggu Reen." Balas Fariq pendek. Minhat akur dan meminta diri untuk pulang.

---------------------------------------------

Sekarang merupakan musim peperiksaan akhir semester. Marissa masih lagi setia menemani Hisham di hospital hampir setiap hari. Bilik Hisham sudah menjadi seperti studio keduanya. Disitu lah dia menelaah pelajaran sehari hari. Setiap hari itu juga lah dia menunggu Hisham bangun. Melihatkan perkara itu, Fariq sedar betapa hebatnya cinta Marissa kepada Hisham dan bukan dirinya. Terbit perasaan cemburu terhadap Hisham kerana memiliki kekasih hatinya itu.

Sixth SenseWhere stories live. Discover now