Bab 9

2.5K 148 7
                                    

Marissa terjaga dari lenanya saat tangannya dipegang. Dia cuba untuk membuka mata. Kabur. Kemudian pandangannya semakin terang. Kelihatan seorang jururawat sedang memeriksanya dengan sungguh teliti. Manis.

"Maaf cik Marissa saya ganggu cik." Pohon jururawat yang manis itu serba salah. Aku tersenyum mempamerkan riak tidak mengapa.

Selepas habis pemeriksaan dijalankan, jururawat pun mengemas barang barangnya.

"Nurse, bila saya boleh discharge ?" Tanya Marissa perlahan.

"Doktor cakap mungkin esok atau lusa sebab nak pastikan Cik Marissa betul betul sihat. Lagipun cik abang Cik Marissa tu risau betul." Usik jururawat sambil tersenyum senyum.

Marissa pelik. "Cik abang?" Tanya Marissa musykil.

"Tu" jawab jururawat itu sambil menunjuk ke arah pintu bilik sambil tersenyum. Kelihatan Fariq sedang berbincang sesuatu dengan doktor yang merawatnya.

"Dia tak balik lagi ke ?" Tanya Marissa lagi.

"Dia tak balik balik pun cik. Selalu je ada dekat sini." Terang jururawat itu.

Marissa terdiam. Jururawat itu pun memberi salam dan berlalu meninggalkan Marissa. Dia cuba untuk duduk sambil membetulkan bantalnya. Tiba tiba dia terdengar kerusi di sebelah katilnya ditarik. Dia mengangkat muka. Matanya bertembung dengan sepasang mata coklat.

"Sejak bila pandai tenung mata aku?" Pertanyaan Fariq membuatkan darah naik ke muka Marissa. Merah. Namun dia masih mendiamkan diri.

"Kau okay?" Tanya Fariq lagi.

Marissa hanya mengangguk perlahan.

"Mind to share ?" Tanya Fariq. Marissa yang seakan faham dengan pertanyaan itu melepaskan keluhan berat.

"Jom pergi taman dekat bawah tu." Ajak Marissa setelah beberapa ketika menyepi. Fariq mengangguk lantas menbantu Marissa untuk duduk di atas kerusi roda.

Setiba sahaja di taman, Fariq melabuhkan punggungnya di kerusi bersebelahan dengan Marissa. Mereka diam membisu. Sesekali Fariq mengerling Marissa yang asyik memerhatikan kanak kanak yang sedang bermain.

"Kau suka budak budak ?" Tanya Fariq memecah kesepian. Marissa mengangguk laju sambil tersenyum menayang barisan giginya yang teratur.

"Comel."bisik hati kecil Fariq.

"Sebabtu aku suka layan si kembar. Aku suka budak budak apatah lagi kembar. Rasa nak gigit." Luah Marissa dengan senyuman yang tidak lekang.

"Kau takde adik?" Pertanyaan Fariq membunuh senyuman yang terukir diwajah Marissa. Fariq yang perasan akan perubahan wajah Marissa terasa kesal dengan soalan itu.

"Reen. Sorry. Aku..." Belum sempat Fariq menghabiskan kata, Marissa memotong.

"Takpe. Cuma aku tak ready lagi nak cerita pasal family aku. No one knows." Ucap Marissa sambil tersenyum tawar.

"Syatil ?" Tanya Fariq

Marissa menggeleng.

"Ibu pun ?" Tanya Fariq lagi tidak berpuas hati.

"Nope." Jawab Marissa sambil menggeleng perlahan.

Mereka diam membisu lagi.

"Reen." Panggil Fariq lembut.

Marissa berpaling ke arah Fariq dengan mengangkat keningnya sebelah.

"Nak tanya ?"

Marissa tergelak kecil. "Alahai comelnya," getus hati kecil Fariq.

Sixth SenseWhere stories live. Discover now