Bab 19

2.1K 132 1
                                    

Masuk hari ini sudah hari keempat Fariq begitu. Puan Asyila tidak mampu lagi menasihatinya. Adik kembarnya juga tidak dilayan. Dia banyak menghabiskan masa di bilik Marissa. Ya dia rindu akan Marissa. Setiap hari dia akan membelek telefon bimbit Marissa yang sengaja ditinggalkan. Dia tersenyum sendiri melihat gambar gambar di dalam telefon bimbit itu. Hanya itu sahaja caranya untuk melepaskan rindu terhadap Marissa. Senyuman Fariq tiba tiba mati apabila Farin muncul di balik pintu.

"Abang. Ada orang datang." Panggil Farin sedikit takut.

"Siapa ?" Tanya Fariq serius.

"Pakcik kaya." Jawab Farin perlahan. Fariq tergelak kecil mendengar jawapan si kembar itu walaupun dia tertanya tanya siapakah gerangan yang datang ke rumahnya. Fariq bangun dan mendokong Farin sambil berjalan menuruni tangga. Farin tersengih suka.

"Assalamualaikum." Tegur Fariq sebaik sahaja dia sampai di ruang tamu. Ada sepasang suami isteri yang lebih kurang sebaya dengan ibunya di ruang tamu itu. Fariq menghulurkan tangan untuk bersalaman dengan lelaki itu. Kemudian dia mengambil tempat di sebelah ibunya.

"Ini lah Amir." Puan Asyila memperkenalkan Fariq kepada pasangan itu.

"Amir. Ni Dato Adnan Shah dengan wife dia Datin Dahlia." Fariq mengerut dahi mendengar nama itu dari mulut ibunya.

"Ye Amir. Uncle ni Papa Ad. Auntie ni ibu tiri Ad." Jelas Dato Adnan seperti memahami kerutan Fariq sebentar tadi.

"Oh." Balas Fariq ringkas.

"Sebenarnya Uncle datang ni nak bawa balik Ad. Uncle banyak sangat bersalah dekat Ad." Ucap Dato Adnan penuh sesalan. Fariq yang mendengar terasa seperti mahu marah.

"Kenapa baru sekarang ?" Tanya Fariq pendek. Puan Asyila yang berada di situ menyiku lengan anaknya. Fariq masih lagi tidak puas hati. Puan Asyila kemudian meminta diri untuk ke dapur membawa si kembar.

"Uncle dah sedar semua salah uncle. Dato Hilman dah jelaskan semua pada uncle tentang plan dia lepas Hisham meninggal. Uncle tak sangka Ad sanggup berkorban sebab tak nak tengok uncle susah. Uncle dah lama abaikan dia." Luah Dato Adnan sayu. Air matanya bergenang. Belakangnya digosok perlahan oleh Datin Dahlia yang telahpun basah dengan air mata.

"Reen terseksa dekat sini uncle tahu tak. Memang luaran dia okay. Tapi dia terseksa. Nasib baik abang Mirza tak pernah berhenti care pasal dia walaupun dia keras kepala." Jelas Fariq kesal dengan perbuatan Dato Adnan.

"Uncle tahu." Balas Dato Adnan perlahan.

"Reen takde. Dia dah lari dari rumah. Dah empat hari."terang Fariq serba salah. Riak wajah pasangan suami isteri itu berubah menjadi risau yang teramat sangat.

"Kenapa?" Tanya Datin Dahlia yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. Dia risau tidak sempat memohon maaf daripada Marissa.

"Mungkin dia nak tenangkan diri lepas cinta hati dia tinggalkan dia." Teka Fariq sambil menunduk. Tidak sanggup untuk dia akui kenyataan bahawa cinta Marissa bukan untuknya. Dato Adnan dan Datin Dahlia tergelak kecil membuatkan Fariq semakin rungsing.

"Assalamualaikum." Sapa seseorang dari luar rumah.

"Papa ?"tegur suara milik Mirza itu. Dia tidak terus bersalaman dengan Dato Adnan malah dia hanya berdiri di sebelah Fariq.

"Mirza." Panggil Dato Adnan lembut.

"Papa nak bawa balik Ad. Tapi." Dato Adnan tidak mampu untuk meneruskan ayatnya kerana terlalu sebak.

"Kalau papa datang nak sakitkan Ad, baik papa balik. Mirza takkan biar orang lain sakiti Ad. Kat sini semua orang sayang Ad." Mirza memberi amaran. Mirza yang penuh dengan amarah terkejut dengan sentuhan di lengannya oleh Fariq. Barulah dia tersedar apabila melihat air mata papanya telah pun gugur. Mirza semakin tidak faham.

Sixth SenseWhere stories live. Discover now