Soalan semua sudah kusiapkan.Hanya saja yang susah, aku tinggalkan.Aku akan bertanya pada guru di kelas hari ini.

CLEAK...

Pintu bilikku dikuak perlahan.Aku pun memanjangkan leher melihat gelaran siapakah yang masuk ke dalam bilikku.

"Mairah.Dah bangun ke? Ni ha, aunty ada bawakan baju sekolah yang aunty basuh semalam.Siap dah gosok lagi tu." Datin Razifah menunjukkan sengihannya kepadaku.Aku terkekeh perlahan lantas menyambut hulurannya.

"Terima kasih aunty.Susah-susah je tolong basuh dan gosokkan baju Mairah.Mairah tak tolong pun aunty basuh baju ni.Maaf aunty." ucapku serba salah dan lekas menggangtungkan penyangkut baju PSS ku di dalam almari.

"Eh, apa pulak nak terima kasih! Aunty ikhlas lah tolong basuhkan baju ni.Lagipun kan Mairah buat kerja rumah semalam.Mestilah tak ada masa nak tolong aunty." Timpal Datin Razifah.Begitu juga denganku.Aku memang tiada masa jika terlampau banyak kerja sekolah yang guruku beri.

Aku mengangguk.
"Nanti kalau ada masa, Mairah tolong aunty ya.Sekarang Mairah nak mandi, siap pergi sekolah.Mairah nak pinjam telekung untuk solat boleh?" Tanyaku ragu-ragu.Datin Razifah pantas merespon pertanyaanku.

"Mestilah boleh.Nanti aunty bawakan."

Aku tersenyum lagi.
"Terima kasih aunty!" Lalu aku memeluk pinggangnya yang sama ramping dengan pinggang ibuku.Aku bersyukur kerana ada lagi orang yang ikhlas berbaik denganku.Datin Razifah pun keluar dari bilikku.Aku pula bergegas ke bilik air untuk membersihkan diri.
.
.
Huzairi menurun tangga dengan pakaian kerjanya yang sudah lengkap dan kemas.
Cuba bayangkan jika, ada perempuan di dalam rumahnya.Mestilah satu rumah bergegar kerana kagum akan ketampanan lelaki ini.Huzairi berhenti sekejap di anak tangga yang ke sepeluh.Dia sedang membetulkan tali lehernya.

Aku yang sudah siap dengan seragam sekolahku, cepat-cepat menuruni tangga.Mahu bertanya kepada Datin Razifah di mana mahu meletakkan telekung yang diberikannya tadi.Aku turun dengan laju sambil menunduk memandang kakiku.

"Aunty! Telekung anty ni Mairah nak letak kat
ma...". Tiba-tiba aku merasa bahawa aku telah menabrak seseorang.Huzairi yang sedang membetulkan tali lehernya tersentak lalu tertolak ke depan.

BRUK!!!

Aku menutup mata tidak sanggup hendak melihat.Huzairi yang menoleh wajah melihat gadis itu hampir terjatuh, segera menyambut dengan tangannya.Apa yang Huzairi lakukan, dia telah menyambut badan Humairah yang hampir terjatuh.

GREB!!!

Peliknya.Mengapa aku merasa tidak sakit atau perit? Terasa macam aku sedang terapung sekarang ini.Aku masih memejamkan mata.Adakah aku dah mati?
Kerana tadi aku sempat melihat, bahawa aku akan terjatuh ke bawah.Terjatuh atas tangga.
Tetapi mengapa aku merasa ringan?

"Kau ni ada mata ke tak? Main langgar je! Nasib baik aku tak jatuh.Yang kau ni pula berlari macam budak baru dapat gula-gula.
Tak malu ke?"

DEG!

Aku tersentak sendiri.Dan aku masih merasa ada tangan yang menyambut diriku.Aku mengigit bibir dan perlahan-lahan aku membuka kelopak mataku.

DEG!

"Ka...kau?! Kenapa kau ada kat sini?!" Tanya ku membentak.Dia masih menyambut badanku.Mata kami bertentang sejenak.

Dia tersenyum remeh.
"Kau ni hari-hari makin menyusahkan aku je.
Kau tak pernah nak buat aku senang.Pagi-pagi lagi kau dah troublemaker dengan aku.
Tak serik-serik dengan perangai budak kau tu." Katanya menyamakan diriku dengan perangai budak-budak.What the hell!

"Troublemaker kau kata? Kau yang berdiri tengah-tengah tangga! Maknanya kau lah yang buat masalah! Asyik nak salah kan aku, lepas tu panggil aku budak-budak! Banyaklah kau budak-budak!" Balasku membentaknya kasar.Dia membisu menatapku tajam.Wajahnya semakin mendekat denganku.Aku merasa curiga dengan apa yang ia mahu lakukan.

Suamiku Adalah Playboy ✔Where stories live. Discover now