Park Jimin (PJM)

54 1 0
                                    

Bias: Park Ji Min. (Jimin; BTS)
Korean Name: Kim Hyun Ji
Genre: Sad
Place: Rooftop; High School

MENTIONED: Kim_Hyunmi97

"Nah ambik! Aku dah kata jangan cari pasal! " Hyunji terus memgambil sup ayam terus direct di simbah ke mukanya. Semua pelajar di kantin hanya memandang sepi ke arah mangsa. Mereka tidak mampu berbuat apa-apa.

Hyunji terus melepaskan geramnya dengan melemparkan mangkuk sup ke atas meja. Dia terus keluar dari kantin. Geram yang teramat.

Dia yang terlalu lapar terus menjadi kenyang selepas bergaduh. Dia berjalan menuju ke rooftop dan terjumpa kawan rapatnya, Jiyeon dan Tara.

"Hyunji! Kau pergi mana? Aku dah beli makanan dekat kedai tadi." Jiyeon mengangkat plastik bag yang penuh diisi dengan snack seraya tersenyum. Hyunji hanya memandang dengan muka icenya. Dia terus duduk di hadapan Jiyeon dan Tara.

"Kau buat hal lagi eh?" Tara memegang bahu Hyunji. Hyunji memandang Tara. Dia melepaskan keluhannya.

"Aku tak boleh kawal." Dia menutup mukanya. Fikirannya begitu sakit sekarang ni. Tara memandang Jiyeon. Begitu juga Jiyeon.

"Kau nak tenangkan diri kau kan? Tak apa kita orang pergi dulu. Nanti balik kita jumpa." Hyunji terus memeluk mereka berdua. Air matanya bergenang.

"Thanks korang. Maaf kalau perangai buli aku ni makin teruk dan buat korang rasa benci."

"It's okay. Aku dah kenal kau lama. Aku dah tahu perangai kau. Ini pun sebab dipaksa kan?" Jiyeon mengusap badan Hyunji. Hyunji tersenyum nipis.

×××

"Agak-agak kalau perangai dia macam tu. Dia boleh kawal lagi tak. Aku tahu aku pura-pura lupa pasal simbah sup tadi, Tapi aku kesian dekat dia. Semua kutuk dia." Jiyeon memandang Tara dengan muka sedihnya. Tiba-tiba seseorang menaiki tangga yang mereka naiki dengan laju. Jiyeon terus memegang lengannya.

"Weh Jimin kau nak pergi mana?" Jiyeon mengangkat keningnya. Jimin memandang Jiyeon.

"Nak ke rooftop lah. Apa lagi dah-dah lepaskan aku." Jimin menepis tangan Jiyeon sebelum melangkah laju ke arah pintu rooftop.

"Tapi Jimin--" Belum sempat Tara menghabiskan ayatnya. Jimin sudah memasuki ke rooftop.

"Aduhhh cepat betul. Dah lah Hyunji dekat atas."

×××

"Wahhhh akhirnya aku dapat rehat sekejap!" Jimin terus menyeluk poketnya. Diambil gula-gula di dalam poketnya dan mengunyah.

"Tsk." Jimin mengerutkan dahinya. Dia memandang kiri dan mendapati seorang perempuan sedang berlutut dan menekup mukanya dengan lutut. Jimin berjalan ke arahnya dan mencangkung.

"Hello?" Ahh kau! Bodoh Jimin. Sempat lagi kau cakap hai time tengah dia nangis?

Hyunji mengangkat kepalanya. Terpampang wajah lelaki yang asing di hadapannya. Dia mengesat air matanya.

"Kau boleh hi lagi time aku nangis?" Jimin tersengih. Kan dah kena. Dia menggaru belakang lehernya. Dia kenal Hyunji pembuli sekolah. Cuma dia pernah nampak dari jauh tak pernah pula cara dengan lebih dekat. Jimin menyeluk poket seluarnya dan mengeluarkan sebar coklat kecil.

"Nak?" Jimin tersenyum nipis. Hyunji pula memandang pelik.

"Kau fikir aku budak-budak ke?" Hyunji memandang dengan pokerfacenya. Dia bangun dan berjalan ke arah bangku. Diambil roti sandwich dan makannya. Jimin pula duduk di sebelahnya.

OneshotWhere stories live. Discover now