Kim Taehyung (KTH)

159 14 10
                                    

Bias: Kim Tae Hyung (V; BTS)
Korean Name: Kim Ji Eun
Genre: Psycho
Place: Hospital

MENTIONED: raidahassan_

"Doc! Pesakit di wad 411 tidak stabil." Jieun yang sedang membelek fail terus diletakkan di atas meja. Stethescope diambil dan digantung di lehernya. Kakinya pantas menuju ke arah wad 411.

"ARGHHHHHHH!" Taehyung mula mengambil gelas di atas meja kecil bersebelahan dengan katilnya. Tangan kirinya memegang kepalanya. Tangan kanannya pula diambil gelas dan membaling ke arah dinding dengan sekuat hati. Berderai juga gelas itu jatuh di atas lantai.

Nurse yang berada di dalam bilik itu juga tidak dapat membuat apa-apa. Hendak dipegang tetapi Taehyung membelasah mereka. Dahinya sudah berkerut-kerut menahan kesakitan di kepalanya juga. Di hentak-hentak kepalanya di atas katil. Kedua-dua tangannya menutup telinganya. Mata dipejam rapat.

Jieun terus meluru masuk ke dalam bilik tersebut. Dia mendekati Taehyung secara perlahan-lahan. Disentuh bahu Taehyung.

"V-ahh saya datang ni." Jieun duduk bersebelahan dengan Taehyung. Taehyung mengangkat mukanya. Matanya sudah dibasahi dengan juraian air matanya. Jieun mengarah nurse keluar dari bilik Taehyung. Mereka mengangguk meninggalkan Taehyung dan Jieun.

"Kenapa saya perlu macam ni Jieun." Taehyung masih menangis. Tiba-tiba dia kembali normal. Matanya dipejamkan. Jieun memandang Taehyung. Jarinya pantas mengelap air mata Taehyung. Dia tahu jikalau Taehyung menangis bermaksud dirinya normal.

"Shuhh. Saya dengan awak ni kan. Dah lah tak payah nangis." Jieun memujuknya. Jieun membaringkan Taehyung. Taehyung memandang Jieun air matanya masih mengalir.

"Saya minta maaf pasal kaca gelas itu. Saya.." Jieun melekapkan jarinya di bibir Taehyung berhenti untuk berkata.

"Saya tahu awak tertekan, otak awak terlalu memaksa. Tak apa saya tak kisah." Jieun tersenyum. Taehyung turut membalasnya.

"Saya.. harap awak... kuat. Awak boleh normal semula." Jieun juga ingin menangis. Taehyung mencapai tangan Jieun dan mengenggamnya.

"Saya akan cuba." Taehyung tersenyum hambar. Deraian air mata Jieun makin laju. Dia tersenyum seraya bangkit dari duduknya. Pantas mengelap air matanya.

"Dah awak rehat dulu. Rehat setenang tenangnya." Jieun tersenyum dia terus keluar dari wad dan menyandarkan dirinya di dinding. Dia menangis semula disitu. Hallway disitu sunyi jadi tidak ada sesiapa yang mendengarnya.

"Maafkan oppa, chagi." Taehyung juga menangis.

×××

Pukul 8 tepat pagi, Jieun masuk ke dalam wad 411. Dia mengambil rekord yang tergantung di hadapan katil. Sesekali matanya mendarat ke arah Taehyung. Lena tidurnya.

Jieun tersenyum. Dia bergerak ke arah langsir dan menyelak sedikit. Sejak Taehyung ditahan dihospital, Dia tidak pernah sesekali ingin melihat matahari selepas peristiwa itu. Dia juga hampir membunuh nurse yang membuka langsir itu dengan cara mencekik. Hampir lemas juga dibuatnya oleh nurse.

Jieun mengeluh masih tiada perubahan. Dia menutup langsir semula dan bergerak ke arah Taehyung. Dia tersenyum. Dia merapatkan bibirnya ke arah telinga Taehyung.

"Cepat sembuh Taehyung. Saya nak tengok perangai awak dulu." Jieun tersenyum. Dia ingin bangun dan melangkah keluar dari bilik itu tetapi Taehyung dengan pantas memegang tangan Jieun. Dia membuka matanya. Dia memandang wajah Jieun.

"Jieun-ahh." Jieun memandang wajah Taehyung. Bibirnya menguntum senyuman. Suara Taehyung yang serak-serak basah.

"Boleh awak buka langsir tu?" Taehyung menunjukkan ke arah langsir. Jieun memandang pelik tetapi dia akur. Dia menyelak sedikit. Hanya kena pada comforter Taehyung sahaja.

"Bukak sampai habis." Jieun akur lagi. Dia membuka sampai habis. Taehyung memandang ke arah matahari. Pancaran matahari tersebut terkena pada wajah Taehyung. Dia menutup matanya.

Jieun bergerak ke arah record Taehyung diambil dan dicatat sesuatu. Tersenyum dia apabila satu perubahan yang berlaku.

"Jieun." Taehyung memanggil Jieun. Jieun duduk disebelah Taehyung. Taehyung mengambil tangan Jieun. Taehyung tersenyum.

"Semalam saya mimpi. Appa, omma, dongsaeng jumpa saya. Time tu saya peluk diorang sekuat hati. Sedih. Lepastu appa dengan omma bagi semangat. Teruskan hidup. Jangan terlalu memaksa. Redha dengan pemergian diorang." Taehyung tersenyum. Dia memandang ke arah tangan Jieun. Disulamkan tangannya dan tangan Jieun.

"Omma kata jaga diri. Appa kata sayangkan mereka sampai saya mati. Dongsaeng, dia kata hyung perlu bangkit."
Taehyung bercerita lagi. Dia tersengih.

"Tapi sekarang saya tahu kebahagiaan saya sekarang dimana." Taehyung memandang ke arah Jieun. Jieun juga memandangnya. Taehyung mendekatkan diri ke arah Jieun. Membenamkan bibirnya ke arah bibir Jieun. Air matanya jatuh sekali lagi.

"Awak orang yang saya sayang dan kebahagiaan saya." Taehyung tersenyum. Jieun juga sudah menangis. Dia membalas senyuman Taehyung. Taehyung mengelap air mata Jieun.

"Dahlah. Tak payah nangis. Saya akan cuba perbaiki diri saya semula."

THE END
02:32
10 NOV 2016

OneshotWhere stories live. Discover now