Kim Taehyung (KTH)

146 12 9
                                    

Bias: Kim Tae Hyung (V; BTS)
Korean Name: Shin Hyun Ri
Genre: Sweet, Romantic
Place: Living room

MENTIONED: _Rab9504

"Arghhhh leganya dapat rehat." Taehyung memejamkan matanya. Tangannya memegang tali leher dan melonggarkan sedikit. Dia menghela nafas lega. Tangan pula diletakkan di atas dahi. Angin dari luar rumah membuatkan suasana di dalam rumah itu sejuk.

Hyunri menjengketkan kakinya. Dia memandang ke arah ruang tamu dan mendapat Taehyung sudah balik. Dia meletakkan kain pengelap pinggan dan menuju ke peti sejuk. Di ambil cawan bersebelahan dengan peti sejuk dan menuang air oren. Dia membawanya menuju ke arah ruang tamu dan meletakkan di meja kopi yang berkaca.

Bunyi gelas yang bergelaga dengan meja membuatkan Taehyung membuka matanya. Serta merta senyumannya lebar. Dia bangkit dari baring dan duduk. Dia menepuk sofa menyuruh Hyunri duduk di sebelahnya. Hyunri akur.

Taehyung mengambil gelas tersebut dan meneguk airnya. Hyunri pula memandang ke arah anak tekak Taehyung yang sedang bergerak-gerak. Dia pula yang menelan air liur. Bibirnya dikemam rapat.

"Awak pandang apa ni?" Taehyung tertawa kecil selepas minum air tersebut. Dia membaringkan dirinya semula di atas riba Hyunri. Hyunri pula mengusap rambut Taehyung dengan lembut.

"Awak nak tu eh?" Taehyung membuat andaian. Sengihannya melebar. Tangan Hyunri terus menarik rambut Taehyung dengan geram. Taehyung mengaduh kesakitan.

"Sayang! Sakitlah!" Taehyung mencebik. Dia mengusap kepalanya sendiri. Hyunri pula sudah terkumat-kamit.

"Tak baik tahu buat suami macam ni."

"Awaklah. Suka hati tuduh jer." Hyunri berpeluk tubuh. Dia menyandarkan dirinya sambil memandang ke arah TV yang sedang terpasang. Taehyung pula tersenyum. Dia menukar posisinya memandang ke arah perut Hyunri.

"Bila nak ada eh baby kat sini?" Taehyung mencucuk perut Hyunri dengan perlahan. Hyunri memandang Taehyung. Rasa bersalah pula. Dia mengetap bibirnya. Matanya masih memandang TV.

Taehyung memandang sekilas ke arah Hyunri. Dia tersenyum. Tiba-tiba dia mempunyai idea. Dia menukar posisinya semula. Matanya memandang siling

"Awak tak nak ada anak ke Hyunri." Taehyung mengambil tangan Hyunri dan mengusap perlahan di atas perutnya. Suaranya dibuat-buat kendur. Seperti putus asa pula bila Hyunri tidak mahu.

"Mama dengan papa dah bising tahu. Saya pun nak ada anak juga. Anak kita." Taehyung membuat suara ingin menangis. Lakonan mantap dari Taehyung!

Hyunri memandang Taehyung dengan diselubungi rasa bersalah. Tangan kirinya mengusap kepala Taehyung.

"Saya bukan tak nak. Tapi... saya tak ready." Taehyung tersenyum hambar. Tetapi dalam hati tersenyum riang. Hyunri sudah masuk perangkapnya.

"Tapi sampai bila saya nak tunggu." Taehyung pout pula. Dia memandang Hyunri dengan terkebil-kebil. Minta simpati. Hyunri pula masih diselubungi dengan fikiran yang serabut. Dia memejamkan matanya untuk berfikir.

Dia melepaskan nafas. Dia memandang ke arah Taehyung yang sedang menyulamkan tangannya dan Hyunri. Hyunri mendekatkan wajahnya ke arah Taehyung dan

Cup!

Kucupan Hyunri yang diberikan untuk Taehyung membuat Taehyung tersenyum makna. Taehyung menarik kepala Hyunri membenamkan lagi bibir mereka. Hyunri pula sudah mencapai tali leher Taehyung. Melonggarkan sehingga terurai dari kemeja.

Kucupan mereka di lepaskan Taehyung memandang ke arah Hyunri dengan pandangan menggoda.

"Naik atas." Taehyung mencempung Hyunri serta merta Hyunri memeluk lehernya. Taehyung mendekatkan bibirnya ke arah telinga Hyunri.

"Thank you, sudi terima saya seadanya."

THE END
12:25
08 NOV 2016

OneshotWhere stories live. Discover now