Oh Sehun (OSH)

145 12 4
                                    

Bias: Oh Se Hun (Sehun; EXO)
Korean Name: Jung Yoo Ah
Genre: Comedy, Bully, Romantic
Place: High School

MENTIONED: aprilsnow_

"Kau tak layak masuk sekolah ni." Yeonmi menunjal dahi Yoo Ah. Chae Young dan Yunmin pula memandang Yoo Ah dengan pandangan benci. Yoo Ah tertunduk. Dia menilik kasutnya sendiri.

"Sekarang ni aku nak duit kau cepat!" Yoo Ah memasukkan tangannya ke dalam balzer. Dia mengeluarkan beberapa wang tetapi dengan pantas Chaeyoung mengambilnya. Chaeyoung mengira sebelum tersenyum sinis. Dia mengangguk ke arah Yeonmi.

"Cukup apa yang aku nak thanks nerd." Yeonmi menepuk pipi Yoo Ah dan menolak Yoo Ah ke dinding. Yeonmi, Chaeyoung dan Yunmin berjalan meninggalkan Yoo Ah sendirian.

Yoo Ah mengeluh. Letih akan dibuli setiap hari. Setiap kali dia mempertahankan dirinya, dia ditengking semula. Dia bingkas berdiri dan menuju ke rooftop sekolahnya. Tiba-tiba dia malas pula harini untuk masuk ke kelas.

Lantaklah janji aku nak tenangkan diri aku ni.

Yoo Ah terus duduk salah satu bangku di atas rooftop tersebut. Kadang-kadang matanya memandang ke arah balkoni rooftop itu.

Patut ke aku bunuh diri?

Yoo Ah memejamkan matanya. Dia tidak mampu untuk menangani rintangan bulinya setiap hari. Dia mengenggam tangannya. Dia bangkit dari duduk dan mula berjalan ke balkoni. Kaki kanannya memanjat balkoni dan berdiri.

Dia sudah putus asa. Dia menangis di atas balkoni sambil memejamkan matanya. Dia menghela nafas beratnya. Satu langkah lagi dia akan terjatuh.

Aku sanggup bunuh diri dari kena buli.

Pap!

Yoo Ah memejamkan matanya. Badannya seperti ditindih sesuatu. Seperti ada hembusan nafas yang terkena pada mukanya. Dia membuka matanya perlahan-lahan dan menekup mulutnya. Bibirnya hampir terkena pada bibirnya. Pantas dia bangkit dan menjarakkan dirinya.

"Awak siapa?!" Terkebil-kebil matanya memandang ke arah lelaki yang sedang mengibas baju belakangnya akibat terkena pada lantai. Dia mendekatkan diri ke arah Yoo Ah dan

Pap!

Kepala Yoo Ah menjadi sasaran untuk di ketuk menggunakan buku limanya.

"Yah!" Yoo Ah mengusap kepalanya. Dia memandang tajam ke arah lelaki tersebut.
Riak muka lelaki tersebut selamba sahaja.

"Pabo! Baru kena pukul sikit dah sakit. Ni nak bunuh bongok!" Yoo Ah ternganga mulutnya. Bukan ke main lagi lelaki ini mengutuknya depan-depan.

"Waah sedapnya awak kutuk saya eh." Yoo Ah mencekak pinggangnya. Tiba-tiba darahnya menaik geram pulak apabila lelaki itu ketawa. Dia memandang ke arah name tag lelaki itu.

Oh Se Hun.

"Kan bagus kalau kau cakap macam ni dekat orang yang kau buli." Sehun menggelengkan kepalanya sambil memandang Yoo Ah. Yoo Ah terdiam. Sehun mengusap kepalanya. Dia menundukkan sedikit dirinya. Matanya tepat memandang ke arah Yoo Ah.

"Tak elok bunuh diri tanpa sebab. Baik kau pergi lawan balik apa yang dia orang buli dekat kau." Sehun bercakap dengan suara yang lembut. Tangannya pantas menepuk bahu Yoo Ah sebelum beredar dari situ.

Yoo Ah memikirkan semula kata-kata Sehun. Tiba-tiba dia semangat dengan kata-kata Sehun.

×××

Yoo Ah datang ke sekolah dengan semangat yang barunya. Dia mengemaskan lagi pegangan begnya sambil tersenyum. Tiba-tiba langkahnya terhenti akibat dihalang oleh pembulinya.

"Wah-wah. Senyum riang nampak. Duit tengah banyak ke?" Yunmin mengangkat kening seraya ketawa. Chaeyoung dan Yeonmi pula diikuti ketawa juga. Yoo Ah pula hanya memandangnya sambil tersenyum sinis. Dia berpeluk tubuh.

"Kau mintak duit dekat aku ni kau miskin ke sampai kutip duit orang?" Yoo Ah mengangkat kening. Tawanya berhenti. Yeonmi memandang ke arah Yoo Ah yang sedang memandangnya sinis. Yeonmi menolak Yoo Ah ke arah locker. Bunyi hentakan Yoo Ah membuatkan hallway locker tersebut senyap.

"Pandai kau lawan aku eh sekarang." Yeonmi membetulkan kolar baju Yoo Ah. Yoo Ah menepis tangannya.

"Kau jangan sentuh aku!" Yoo Ah berkata. Yeonmi pula sudah memegang kolar Yoo Ah dengan kasar. Geramnya makin bertambah.

"Kau cabar aku! Bodoh!" Yeonmi mula mengangkat tangannya. Yoo Ah ingin menepis tetapi tangannya dikunci oleh Chaeyoung dan Yunmin. Dia hanya memejamkan matanya. Pelajar yang lain pula hanya mampu memandang tidak mampu untuk menolong.

"Kau patut belasah aku dulu sebelum dia." Dia mula memegang tangannya. Yeonmi memandang sekilas sebelum menarik tangannya dengan kasar.

"Kau Sehun buat apa nak bela dia?!" Yeonmi memandang Sehun dari atas sampai bawah. Yoo Ah membuka matanya apabila terdengar suara garau.

Dia memandang kanan dan mendapati Sehun sedang berpeluk tubuh sambil menyandar ke lockernya. Matanya memandang ke arah rambut Sehun yang dikuak ke belakang.

"Dah aku boyfriend dia kau apa tahu." Sehun mengeluarkan phonenya dan melihatnya. Pelajar yang lain sudah terkejut diikuti dia dan Yoo Ah. Matanya memandang tepat ke arah Sehun.

"Tapi sekarang masalah dia, bukan masalah kau!"

"Masalah dia masalah aku." Sehun menjawab dengan tenang. Tangannya pantas memeluk bahu Yoo Ah.

Kring!

"Sayang jom masuk kelas." Sehun memeluknya sambil membawa Yoo Ah jauh dari dia. Mereka pula memandang geram ke arah mereka berdua.

Apabila mereka berada di hallway yang sunyi. Yoo Ah menjarakkan dirinya dari Sehun.

"Emm thanks." Sehun hanya mengangguk. Matanya masih melekap ke arah phonenya. Apa yang di lihat pun tidak tahulah.

"Kalau macam tu saya pergi dulu." Yoo Ah mula mendaki tangga untuk menuju ke kelasnya. Tetapi lenganya dipegang oleh Sehun. Sehun mendekatkan dirinya ke arah Yoo Ah dan

Cup!

Ciuman diberikan ke arah bibir Yoo Ah. Yoo Ah tergamam. Matanya memandang ke arah Sehun yang sedang memberikan senyuman lebar.

"Take care sayang. Jumpa lepas sekolah." Sehun meninggalkan Yoo Ah sendirian. Yoo Ah pula sudah menahan malu. Dia tersenyum sendirian sambil menuju ke kelasnya dengan langkah yang laju.

THE END
14:58
08 NOV 2016

OneshotWhere stories live. Discover now