BAB 21

7.5K 430 12
                                    

Albert yang melihat dari luar bilik terkejut apabila melihat tindakan drastik dari Luz. Asy hanya tersenyum apabila melihat perangai Luz yang sebenar mula keluar sedikit demi sedikit.

Luz: kau memang nak aku bagi makan ke?? 'keluarkan pisau dan pistol dan letakkan di atas meja' kau pilih makanan apa yang kau nak??

Mr Danial: ok...ok... aku bagitau kau. Tak silap aku anak buah Shon cuma ada Dato Kyle, Dato Malik, Mr Mark dan Mr Veiner. Tapi Shon akan selalu jumpa mereka semua ni kat kilang lama dalam hutan. Anak buah Shon cuma diorang ja sebab Shon susah nak percayakan orang lain. Tapi tak silap aku, Shon ada berdendam dengan seseorang.

Luz: aku tahu Raffael kan?? Kau boleh tak tak payah nak ulang balik ayat.

Mr Danial: macam Raffael memang. Tetapi Raffael dah lama mati. Tapi orang lain, tak silap rakan niaga dia.

Luz: oohh...kau tahu tak plan dia??

Mr Danial: aku tak tahu. Macam kau tahu aku bukan salah sorang orang kepercayaan dia. Tetapi.....

Luz: kau boleh tak jangan tangguh-tangguh ayat. Tapi apa??

Mr Danial: kau boleh sabar tak. tapi aku ada dengar perbualan Dato Kyle dengan Shon. Aku dengar mereka nak bunuh rakan niaga dia. Tapi sebelum tu aku dengar mereka nak seksa ahli keluarga dia dulu.

Luz: so sekarang ni kau ada maklumat lagi dak??

Mr Danial: aku dah bagitau kau semua yang aku tahu. Kalau kau lepaskan aku, aku akan diburu oleh anak buah Shon sebab tolong kau.

Luz: terima kasih atas kerjasama yang diberi. 'Luz simpan pistol dan pisau'

Luz keluar dari bilik siasatan dan perasan muka Albert agak keruh?? Luz meminta Asy dan Albert berjumpa dengannya di biliknya. Luz pergi berjumpa Mr Anderson untuk sebab tertentu. Banyak perkara yang ingin dibincang oleh Luz kepada Mr Anderson.

Luz: ayah...we need to talk.

Mr Anderson: ye...benda apa yang Alex nak bincangkan??

Luz: Luz dah tau plan Shon. So Luz nak ayah minta cuti untuk Luz dan Albert kat sekolah. Luz nak latih Albert. Apa yang Luz tahu, Shon semakin kejam. Ayah izinkan ke tidak??

Mr Anderson: hhhmmm...okay maksudnya Albert jadi spy??

Luz: NO... Albert tak jadi spy but Luz latih dia sebagai langkah jaga-jaga. Apa yang Luz tahu keluarga dia pun terlibat dengan masalah ini.

Mr Anderson: okay, ayah bagi keizinan kepada Luz. But tolong berjaga-jaga.

Luz hanya mengangguk dan keluar dari bilik Mr Anderson. Luz masuk ke biliknya. Luz dapat lihat Asy sedang membaca fail sulit manakala Albert banyak termenung. Luz terus duduk di hadapan mereka.

Luz: macam yang korang dengar, hal ni dah melibatkan nyawa orang lain.

Albert: Luz aku nak minta kau latih aku. Aku risau yang keluarga aku akan diapa-apakan.

Luz: Albert kau tenang dulu. Aku nak bagitahu sesuatu. Asy kau datang rumah aku, dan pastikan kau datang bawak 'barang' tu sekali. 'Asy mengangguk'. Aku nak cakap yang esok aku dan Albert dapat cuti selama seminggu. So aku nak pastikan misi ni selesai selama seminggu. Faham??

Asy dan Albert hanya mengangguk dan terpancar wajah serius di wajah mereka apabila melihat aura ketua dari Luz.

Luz: and Albert kau minta family kau tak pergi mana-mana selama seminggu ni. Macam yang kau tahu, Shon dah mula buat plan untuk keluarga kau sekali. Albert kau packing baju kau nanti dan datang rumah aku. Selama 3 hari aku latih kau. Selama 3 hari ni aku tak ada sifat belas kasihan dan pastikan kau ada kekuatan yang cukup. Dah tu je. Bersurai.

Luz yang sudah keluar dari biliknya untuk pulang. Asy memandang Albert dengan pandangan simpati. Manakala Albert tergamam dengan ayat Luz.

Asy: aku harap kau berjaya survive dengan neraka Alex.

Albert: apa maksud abang??

Asy: apa abang nak kata ialah setiap perkataan yang diucapkan oleh Alex dia maksudkan. Maksudnya sepanjang Al berlatih memang Alex tak ada sifat belas kasihan.

Albert: abang jangan lah nak takutkan saya.

Asy: tak..abang tak tipu. Tabahlah wahai manusia bernama Albert. Hahaha...

Albert memandang Asy yang keluar dari bilik. Albert berfikir bermacam-macam aksi dan tindakan yang akan dilakukan oleh Luz nanti. Albert teringat kembali sewaktu Luz berada di bilik siasatan pun sudah menyebabkan dia dalam ketakutan. Albert segera pulang dari rumah dan melakukan apa yang disuruh oleh Luz.

SKIP

Luz yang sedang berada di bilik latihan terdengar bunyi loceng pintu. Segera Luz keluar dan melihat Albert yang datang dengan satu beg pakaian. Luz melihat jamnya yang menunjukkan pukui 8.30 pagi. Itu bermakna Albert lambat 30 minit.

Luz: disebabkan kau dah lambat aku bagi kau denda

Albert: ha!! Wei...aku baru sampai kut...

Luz: tak da...aku nak kau lari 5 pusingan sekeliling rumah aku.

Albert: kau dah gila ke?? rumah kau besar kut.

Luz: disebabkan kau dah cakap aku GILA. Aku tambah lagi 5. Maksudnya kau lari 10 pusingan.

Albert: okay...aku buat..

Albert meletakkan begnya dan memulakan lariannya. Sewaktu Albert lari, Asy baru sampai. Asy yang melihat Albert hanya mengeleng kepalanya. Riak mukanya terpancar pandangan kesian kepada Albert.

Luz: kau kenapa lambat Asy??

Asy: aku?? Oohh...aku saja ja datang lambat. 'muka tak bersalah'

Luz: kau tahu kan yang aku pantang kalau orang yang suka tangguh masa ni. Disebabkan kau lambat 45 minit kau pun akan join Albert lari 5 pusingan.

Asy: wei....kau kejam Alex. Macam ni kau layan aku??

Luz: jap...tadi kau kata aku kejam. Tambah 5 pusingan. Semuanya 10 pusingan.

Asy: mana adil...kau ni tak payah lah tegas sangat. Kau kalau lembut-lembut kan tak pa

Luz: disebabkan kau nak mengajar aku tadi. Aku tambah lagi 5 pusingan. So 15. Start sekarang.

Asy yang dari tadi hanya tergamam. Apabila melihat Luz mengeluar aura menakutkan terus Asy join Albert.

Hahaha...kesian lah...Luz kau jangan kejam sangat...

Luz: author disebabkan author kata aku kejam author pun kena lari sama.

Author: eehh...kau jangan Luz nanti aku buang kau dari jadi pelakon dalan cerita ni. Aku tak tau.

Luz: author aku bergurau je...author tak yah lah terasa sangat

4 IDENTITYWhere stories live. Discover now