75

3.5K 104 2
                                    

Aiman mengikut jejak langkah jururawat itu dari belakang dan aku mengikut jejak langkah Aiman dari belakang..jururawat itu mempersilakan Aiman untuk memasuki bilik doktor,Aiman mengangguk dan berkata.."Terima kasih.."pada jururawat tersebut..jururawat itu mengangguk dan berlalu pergi..sebelum dia memasuki bilik doktor,dia berpaling kepada aku yang berada dibelakangnya.."Kau duduk luar ni,jangan pergi mana-mana.."aku hanya diam memandang wajah Aiman,sebelum Aiman masuk ke dalam dan munutup pintu..aku tunduk mengenangkan nasib,lalu mengeluh sebelum menapak ke tandas..aku merenung wajah ku dan keadaan diri ini dari dalam cermin..wajah ku pucat dan badan ku berasa sangat lemah,kerana masih demam..mata pula membengkak,kerana tak henti-henti menangis..walaupun aku terasa rugi,sebab banyak menghabiskan air mata buat seorang lelaki yang tak layak untuk itu..namun aku tidak punya cara yang lain,apa lagi mahu aku lakukan?hanya itu sahaja cara untuk ku lepaskan rasa sedih dan marah yang terbuku di hati ini..aku menadah air dari paip sinki ke tapak tangan ku dan menyapukannya perlahan ke wajah ku..selepas aku lap agar air itu kering,aku kemudiannya meratakan bedak ke atas kulit muka ku supaya tidak kelihatan kusam..aku juga membetulkan keadaan tudung bawal yang tadinya terletak senget di atas kepala ku,supaya ia kelihatan elok..aku tersenyum pada diri ku sendiri.."Aku tahu aku kuat untuk menghadapi ujian yang hebat ini..aku juga perlu tabah,untuk menghadapi apa yang bakal tiba..aku harap,kehidupan ku akan menjadi lebih baik selepas status ku berubah..siapa tahu mungkin terpendam kenikmatan,disebalik perpisahan ini.."
Aiman keluar dari bilik doktor,lalu dia menghampiri aku..aku memandang dia kosong,sambil mulut ku tidak berkata apa-apa..dia mengambil tempat disebelah ku.."Nasib kau baik,alhamdulilah anak dan isteri aku masih hidup..doktor terpaksa operate untuk keluarkan baby aku dari perut Zee sebab rahim dia terhentak kuat..kiranya anak aku lahir tak cukup bulan,tapi aku tak kesah asalkan dorang hidup dan masih bersama aku.."baru aku teringat,bahawa muncung hadapan kereta ku menghentam perut Zee dengan kuat tadi..Aiman memandang wajah ku yang tidak memandang ke wajahnya.."Asha.."panggilnya dan aku berpaling memandang wajahnya sekilas dan memandang ke arah jari-jemari ku semula.."Kau kata kau dah dengar semua semalam kan?jadi kau tahulah yang sebenarnya aku tak sayang dan cintakan kau?"aku diam dan hanya mengangguk perlahan.."Aku mintak maaf lah sebab menipu..aku nak anak yang dalam kandungan kau masa tu,jadi aku terpaksa berlakon macam aku sayangkan kau..aku nak anak tu je..".."Elok juga anak tu mati..Allah dah aturkan yang terbaik buat saya..kalau anak tu lahir dan awak pula tak cintakan saya,saya akan terus ditipu hidup-hidup dan tidak akan dilayan dengan adil lebih-lebih lagi selapas awak dapat tahu bahawa isteri kedua awak mengandungkan anak kembar..mungkin nanti,saya dan anak saya tidak akan dilayan dengan baik.."mata ku masih tidak bertaut dengan anak mata Aiman yang jatuh tepat ke wajah ku kerana aku tak sanggup untuk membiarkan perasaan benci terhadapnya berleluasa dalam hati ini,biarpun perasaan sayang dan cinta kini mulai pudar.."Aku pun taknak terus tipu diri aku..aku lepaskan kau ye?"ayat itu membuatkan hati ku yang sudah pun hancur,bertambah lumat menjadi debu..aku gagahkan diri untuk tersenyum walaupun senyuman ku hambar dan menahan air mata ku yang sudah bertakung dari tumpah ke pipi..aku terpaksa mengangkat wajah dan memandang ke wajah Aiman,kerana mungkin inilah kali terakhir aku dapat menatap wajahnya.."Demi masa depan saya,saya redha..perkawinan kita bertahan sampai disini sahaja dan mungkin Allah nak bagi saya yang lebih baik..agaknya memang dah tertulis,yang Takdir Natasha bukan bersama Aiman.."Aiman mengangguk.."Jangan berhenti untuk mendoakan yang terbaik untuk aku dan Zee..".."InsyaAllah..awak pun sama,doakan saya berjaya capai cita-cita.."Aiman mengangguk lagi..lalu aku berdiri..melihat tindakkan aku,Aiman juga turut berdiri sama.."Terima kasih untuk semuanya,halalkan makan dan minum saya..saya akan keluar dari rumah tu dan tinggal bersama umi buat sementara,sebelum membina hidup baru..saya juga akan mintak Kak Ita untuk memisahkan bilik kita,seperti sebelum kawin dulu..saya pergi dulu,selamat berbahagia.."aku berpaling membelakangi Aiman dan mahu melangkah pergi..namun tangan Aiman yang tiba-tiba mencapai tangan ku,membuatkan langkah terhenti.."Tapi kalau,kau nak kita teruskan dan mencuba semula..aku akan cuba.."aku memejamkan mata serapatnya sebelum membukanya semula dan berkata.."Kalau kita teruskan,kita tetap takkan bahagia..sebab ada orang yang tak bahagia dengan hubungan kita..awak pun tahu,tahap mana Zee membenci saya kan?dia akan terus mencipta macam-macam agenda untuk terus hancurkan hubungan kita,walaupun dari luarnya dia nampak baik..Aiman,sedangkan dari awal perkawinan kita pun awak gagal untuk menghidupkan perasaan sayang dan cinta pada saya..apatah lagi untuk kali kedua..lebih-lebih lagi,bila awak dah ada tanggungjawab baru..ada anak-anak,memang keadilan takkan muncul..maaf,saya tak mahu kembali ke zaman hidup terseksa kerana bermadu dan tak mahu teruskan kehidupan disamping seorang lelaki yang langsung tidak menyayangi atau menyintai saya.."terus aku mencipta langkah ke hadapan menuju ke parkir..tidak ku izinkan air mata ku menitis,sepanjang perjalan ke kereta..
Sesudah memasuki kereta dan menutup pintu juga menghidupkan enjin kereta,aku bersandar dan saat itu mengalirlah air mata yang ku pendam tadi..air mata ini mengalir,mengambarkan betapa hati aku terluka dan kecewa..aku harap air mata ini akan membuatkan aku menjadi lebih kuat dan tabah untuk mengharungi semuanya..setelah beberapa minit melayan perasaan,aku menyeka segalanya dari wajah..lalu memulakan perjalan ke rumah ku,bagi mengemas semua barang dan pindah ke rumah umi seperti yang aku katakan tadi..pindah ke sana buat sementara,sebelum memulakan hidup baru..kerana aku tidak mahu menyusahkan umi lagi dan aku juga tahu,bahawa Aiman dan Zee akan singgah ke rumah juga nanti..aku tak sanggup untuk menjadi penonton,drama kebahagiaan mereka berdua...........................

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now