35

4.9K 118 0
                                    

Kini tiba hari yang aku tak mahu lalui tapi terpaksa juga aku tempoh,dimana Aiman perlu berangkat ke Kelantan untuk berpraktikal di sana..umi dan Yasmin jugak turut bersama,menemani Aiman ke Airport..Aiman mencium tangan umi dan jugak pipi kanan dan kiri umi.."Dah sampai nanti,jangan lupa telefon..jaga diri,jaga perangai kat tempat orang tu..jangan buat hal,ingat awak tu ada bini mengandung.."Aiman ketawa kecil dan mengangguk..Yasmin menyalami Aiman.."Jangan lupa bawak balik keropok untuk kitorang..".."Makan jelah kau tahu..".."Mestilah,makan untuk hidup..".."Tapi aku tengok kau dah macam hidup untuk makan dah..".."Whatever.."Aiman ketawa melihat gelagat satu-satunya adik perempuannya itu..kemudian,Aiman mengambil tempat berdiri di depan ku..mata kami bertaut,tangan ku digenggam erat oleh Aiman.."Walaupun sayang jauh,sayang tetap dalam hati abang..walaupun sayang takda,sayang tetap dalam ingatan abang..walaupun sayang tak tidur sebelah abang,sayang tetap di sisi abang..sayang tetap menjadi yang sentiasa abang rindu,sayang dan cinta..takda yang lain.."tangan ku dicium lembut..aku memaksa mengoyak senyuman,sambil menahan tangis.."Terima kasih..macam tu jugak abang pada saya,ya.."Aiman yang masih mencium tangan ku,mengangguk.."Kat sana nanti,jaga solat..jaga makan,jaga diri,jaga mata dan jaga hati..jaga iman abang..".."Baik Puan Asha.."aku tersenyum dan akhirnya air mata yang aku gigih menahannya tadi tertumpah jua.."Saya tak boleh tahan..saya,mesti rindu kat abang nanti..mesti hari-hari saya nangis.."tangisan ku menjadi tak terkawal..tapi Aiman tetap dapat mengawalnya dengan memeluk ku,menenangkan aku.."Sayang juga jaga diri,jaga baby kita..jaga kesihatan sayang,abang taknak dengar sayang sakit selama abang kat sana.."Aiman berbisik di telinga ku dalam pelukkan itu..aku mengangguk,kemudian pipi ku dicium berkali-kali oleh Aiman..aku tahu,jiwa lelakinya gigih menahan tangis..pelukkan kami dileraikan,aku menyapu air mata ku.."Gerak dulu umi,Yasmin..sayang..jaga diri korang,ya..umi,tolong tengok-tengokkan Asha tau.."kami bertiga mengangguk dan Aiman melangkah pergi..umi memeluk bahu ku,bagi menenangkan aku..kami memerhatikan Aiman,sehingga hilangnya dia dari pandangan..
Pada malam itu,disaat aku sendirian di dalam bilik..aku teringat pada malam pertama perkhawinan aku dan Aiman..
*imbas semula*
Selepas selesai urusan di bawah,aku menaiki anak tangga menuju ke bilik Aiman yang sudah menjadi bilik kami..pintu bilik ku buka dan tiba-tiba,sebiji bantal melayang ke arah ku..mujur aku sempat tangkap.."Kau tidur bawah malam ni..aku taknak tidur sekatil dengan kau.."Aiman menyepak selimut ke bawah buat ku..aku masuk dan menutup pintu bilik.."Kalau saya cakap saya taknak tidur bawah,awak boleh buat apa?".."Kau taknak tidur kat bawah,kau pergi tidur bilik lain..jangan harap aku nak share katil aku yang empuk ni dengan kau.."aku tidak memperdulikan kata-katanya dan terus mengutip selimut yang disepaknya tadi untuk naik ke atas katil..selimut yang panjang itu,tersangkut di bawah telapak kaki ku membuatkan pergerakkan kaki ku menjadi licin dan terjatuh ke atas katil menghempap Aiman.."Aduh.."Aiman mengadu kesakitan..muka ku yang tersembam pada dadanya,ku angkat.."Sorry.."dengan wajah yang bengis,Aiman memandang muka ku.."Kau saja je kan?!sakit tahu tak?!kau ingat kau ringan yang nak hempap-hempap aku macam tu?!tepilah.."Aiman menolak aku ke tepi.."Kan saya dah minta maaf.."Aiman duduk dari baringannya.."Kau ingat maaf kau mampu hilangkan sakit kat dada aku ni?".."Okok,meh saya sapu ubat.."aku menarik lengan Aiman,tapi ditepisnya kasar.."Takpayahlah.."Aiman mengusap dadanya.."Sinilah,kata sakit.."aku menarik lengannya semula.."Taknak.."Aiman menepis lagi.."Isyh,awak ni..janganlah buat saya rasa bersalah,sinilah saya sapukan ubat.."aku menarik lengan Aiman sekuatnya sehingga dia tidak mampu mengawal badannya dan kini giliran dia pula berada di atas ku yang terbaring dihempapnya..aku memejam mata serapatnya tanpa aku sedar,Aiman sedang merenung wajah ku tanpa berkelip matanya..aku membuka mataku perlahan.."Awak ok?"kelihatan Aiman sedikit tersentak dan meninggalkan badan ku dengan terus baring dan pejamkan mata..
Aku tersenyum mengimbas kenangan itu..tapi dalam masa yang sama,air mata ku mengalir kerana rindu..aku harap aku dapat menempoh 5 bulan ini dengan tabah..bantal Aiman aku peluk seeratnya,sambil membaringkan tubuh ku..malam itu,aku terlelap ditemani air mata...

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now