62

3.8K 94 26
                                    

Zee bertemu Puan Hajar pakar sakit puan yang dihubunginya tadi untuk membuat temu janji..setelah berbual dan Zee menyatakan masalah dan kerunsingannya,mereka melakukan beberapa perkara untuk memastikan kandungan Zee dalam keadaan baik-baik saja..selepas membuat pemeriksaan,Puan Hajar berkata.."Rasanya masalah ni tak besar ni..".."Hah?"soal Zee tak faham dengan kata-kata Puan Hajar..Puan Hajar diam,sambil khusyuk terus berkerja bersama stetoskop di atas perut Zee.."Saya dengar bukan satu bunyi degupan jantung dalam ni.."Puan Hajar berkata sambil tersenyum..wajah Zee berbunga tapi masih sukar hendak dipercaya pada perkara tersebut.."Jom kita buat ultrasound,untuk sahkan bayi awak kembar.."Zee terus mengangguk laju,setuju dengan cadangan Puan Hajar..dia pun tak pernah melawat keadaan anak di dalam kandungannya,sejak bayi itu masih janin sebesar tapak tangan..setelah semua kelengkapan sudah sedia,Puan Hajar memulakan kerjanya..Zee sangat teruja melihat keadaan bayinya yang sihat..dia juga bersyukur,kerana Allah masih melindungi bayinya walaupun sudah pelbagai perkara kejam yang sudah dilakukannya..senyuman langsung tak lekang dari bibir Zee sepanjang pemeriksaan ke atas bayinya berlangsung..mengalirlah air mata keibuan yang pertama dari Zee buat si kembar yang langsung tak pernah diendahkan sebelum ini..terdetiknya dalam hati Zee,untuk berubah dan menjadi seorang ibu yang lebih baik mulai sekarang..

terdetiknya dalam hati Zee,untuk berubah dan menjadi seorang ibu yang lebih baik mulai sekarang

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

*sumber dari google*

Aku baring mengiring ke sebelah kanan..suasana dan cuaca bagai membenarkan mata ku untuk terlelap..tapi niatku terhalang,apabila ada seseorang memasuki bilik tidur ku..mata ku halakan ke arah dia yang menuju kepada katil.."Asha ok?"soalnya..aku mengangguk dan berkata.."Ok je.."bagi menjawab soalan Yasmin.."Oh..Asha dah makan ke?".."Dah tadi..Min dah makan ke?".."Dah,dah makan dah..".."Oh.."aku berusaha untuk duduk.."Eh,Asha baring jelah takpa..Min tak kesah.."aku terus mengagahkan diri untuk duduk.."Takpalah,macam tak best pulak nak sembang sambil baring.."kata ku dan tersenyum pada Yasmin diakhirnya..dia juga turut tersenyum.."Kita duduk serumah,tapi susah betul Asha nak jumpa Min..".."Haa tu lah..Min ada jugak terfikir nak datang jumpa Asha kat bilik,since Asha tak boleh banyak bergerakkan..tapi asyik lupa je,sebab banyak sangat kerja..semua nak kena siapkan sebelum awal bulan depan..haih,stress betul Min jadinya..tak menang tangan tau.."Yasmin meluahkan isi hati dan kepenatannya kepada ku.."Faham..Asha faham sangat,hahaha.."Yasmin ketawa..oleh kerana kami berdua adalah sama-sama pelajar,aku faham benar dengan keserabutan yang dialami Yasmin.."Eh,Min..Asha nak tanya ni..".."Apa dia?tanya jelah..".."Sebenarnya dah lama Asha nak tanya,tapi asyik tak berpeluang je..".."Oh yeke,haa tanyalah.."aku membetulkan kedudukan,agar menjadi lebih selesa.."Kenapa ye,umi benci sangat dengan Zee?apa yang Zee dah buat?".."Oh pasal tu.."Yasmin berdehem membetulkan suaranya sebelum memulakan bicara.."Zee tu,anak kawan arwah ayah dulu..dorang kawan baik,dari sekolah menengah..mula perniagaan sama-sama,perniagaan maju sama-sama..sampailah satu masa,perniagaan ayah Zee tu kecundang..bankrup teruk,sampai tak mampu nak hidupkan balik..arwah ayah ada cuba tolong,tapi dorang tak gunakan duit yang arwah ayah bagi tu dengan cara yang betul..lepas tu,bila tengok perniagaan arwah ayah kukuh dan takda masalah..ayah si Zee ni cemburu,dengki..pastu mulalah dia create something untuk musnahkan semua hasil usaha arwah ayah..macam-macam dia sabotaj,sampai perniagaan arwah ayah terduduk takda hasil..mulanya arwah ayah tak tahu,entah macam mana arwah ayah boleh terdengar perbualan dia dengan isteri dia pasal kegagalan arwah ayah,terus bergaduh masa tu..tak lama lepas tu,ayah Zee mulakan balik perniagaan arwah ayah tu..sambung semula apa yang arwah ayah dah buat dulu..sebabkan tulah,dorang langsung tak bertegur dan umi benci sangat dengan keturunan Zee tu..sebab doranglah,kitorang hidup susah..tengok dari gaya,memang umi tak boleh nak maafkan dorang..umi pernah cakap dulu,kalau umi dah maafkan pun..umi tetap taknak tengok muka anak-beranak Zee tu..eh,entah macam mana selok-beloknya..boleh pulah abang ada hubungan dengan anak si busuk hati tu..siap bawak pulak jumpa umi kata nak kawin dengan anak orang tu,memang tak lah umi nak benarkan..terus umi halau masa first meet diorang dulu.."

*maaf kalau pernah masukkan pasal ni pada bab yang lepas..tak berapa ingat 😅..*

"Oh..macam tu..".."Dalam hati Zee tu,kita tak tahulah apa niat sebenar dia nak sangat dengan abang Aiman..risau jugak,kotor hati ayah tu turun kat anak..lagi-lagi bila tengok umi dah dapat gelaran dato' sekarang,lepastu perniagaan umi stabil..".."Asha rasa Zee takda apa-apa niat kotor kot..nampak dari mata dia,yang dia betul-betul nak pada abang Aiman..".."Yeke?boleh percaya ke?".."Padangan orang lain-lain,Min..kalau Min pandang dia dengan sudut negatif,perkara negatif jelah yang Min nampak..kalau sebaliknya,yang baik-baiklah yang Min akan nampak..mudah.."aku senyum pada hujung ayat.."Hurm,yelah..tapi susah nak bersangka baik dengan orang macam Zee tu..bukan tak cuba,tapi gagal lah Asha..".."Takpa,teruskan..jangan pernah putus asa..".."Baik ma'am!hahaha"kami ketawa bersama.."Eh,tadi nampak macam Asha nak tidurkan?".."Haah,rancangnyalah..tapi elok jugak Min datang,boleh sembang walaupun sekejap..Asha bosan jugak duduk je kat bilik ni..".."Hahahaha..Min free,so singgahlah bilik Asha jap..lepas ni nak kena siapkan beribu kerja kat bilik tu..aduh".."Takpa,buat perlahan-lahan..".."Oklah,Min nak pergi buat kerja-kerja tu semua ok?".."Ok.."Yasmin berdiri dan melangkah pergi..aku kembali ke posisi asal ku,iaitu baring memandang kanan..tiba-tiba telefon ku berbunyi,menandakan ada pesanan ringkas masuk..aku mencapainya dan membaca pesanan tersebut..

"Abang dah hantar umi balik..abang terus gerak ke rumah Zee ye,dia baru telefon tadi..katanya ada benda nak bagitahu..lagipun memang malam ni abang rancang nak tidur rumah sana.."

Aku membacanya dan tipulah andai aku kata aku tak cemburu..tapi tak mengapalah,asalkan suami ku berlaku adil dan tak berat sebelah..aku rela korbankan perasaan ku juga masa kami bersama..terus jari ku menaip pesanan pembalasan..

"Baik abang..jaga diri,jaga solat ❤"

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now