84

4.5K 126 13
                                    

Laju langkah ku hayun,lajunya seakan berlari..walaupun sudah begitu laju langkah ku atur,aku masih tak hilang dari pandangan Aiman..dia berjaya mengejar ku sehingga ke tempat letak kereta.."Natasha stop!!!!"bergema tempat letak kereta yang sunyi itu,akibat dari tempikkan Aiman..kemudian Aiman menarik tangan ku dan memusingkan badan ku mengadapnya dengan kasar..dia memegang bahu aku.."Bagi peluang untuk abang habiskan ayat abang..dengar sini,abang rindukan Asha..abang rindu sangat-sangat..rumah tu,kosong tanpa Asha..abang macam ternampak-nampak adanya Asha dalam rumah tu dengan abang..abang rindu Asha sangat,baliklah sayang..kita jadi macam dulu?boleh ye?please.."aku memandang wajahnya dengan muka masam..kemudian aku menepis tangannya yang berada di bahu ku.."Sebelum ni,awak boleh balik rumah tu dan tinggal berdua dengan Zee..sampai terpaksa menipu saya,awak kata awak tak dapat balik sebab sibuk tu elok je tak rindu pun..kenapa sekarang baru nak rindu?"Aiman meraup wajahnya.."Masa tu,Asha masih milik abang..bukannya macam sekarang..balik sayang?kita rujuk ye?"Aiman cuba menarik tangan ku,namun ku sempat menepisnya dan berkata.."Taknak dan takkan sesekali saya buat keputusan yang tak berakal macam tu..".."Ya Allah sayang..tak kesian ke kat abang?".."Kenapa saya perlu kesian kan awak?masa awak sakitkan hati saya hari tu,ada awak kesiankan saya?masa awak tipu saya,ada awak fikir soal hati saya?masa awak keluarkan ayat,yang kasih sayang dan cinta yang awak bagi dekat saya selama ni adalah palsu..ada awak fikir apa perasaan saya?".."Abang mintak maaf lah..abang cuma cakap apa yang abang rasa je..tapi sekarang,lepas Asha pergi..baru abang sedar,yang abang dah hilang permata sambil abang sebok mengutip kaca.."aku tersenyum sinis.."Manusia memang akan menghargai,selepas dia kehilangannya..tak semua salah,yang mampu diselesaikan dengan perkataan MAAF awak..".."Ye!dan abang dah hilang permata yang paling berharga sekali..ok,kalau tak semua salah boleh diselesaikan dengan maaf..Asha cakap,apa yang abang perlu buat untuk Asha balik ke pangkuan abang?".."Awak tinggalkan saya dan pergilah dekat perempuan yang merupakan cinta pertama awak tu..awak nak dia jadi cinta terakhir awak kan?kenapa awak ada dekat sini?lebih baik awak balik rumah dan fokus pada apa yang patut awak jaga..tak perlu terkejar-kejar,pada yang tak sudi.."aku mahu melangkah pergi,namun Aiman menghalang pergerakan ku dengan memegang tangan ku.."Kenapa susah sangat Asha nak maafkan dan pulang semula pada abang?".."Sebab hati saya yang terluka dengan semua kata-kata abang tempuh hari di hospital masih belum sembuh..awak cakap,macam Zee tu lah satu-satunya isteri awak dan saya ni bukan siapa-siapa..macam awak tu sayang gila kat Zee!!!buang saya dari dari hidup awak sebagai isteri dah tercapai..nak dapatkan semula cinta pertama awak,dah dapat..apa lagi yang awak nak?boleh tak awak belajar bersyukur dan menghargai?!".."Apa yang abang nak sekarang,adalah Asha..abang tak maksudkan pun dengan semua yang abang cakap hari tu..abang cuma terlalu risaukan zee dan anak-anak abang,sebab tu abang bercakap tanpa berfikir..abang nak kita hidup macam dulu balik..umi pun nak kita rujuk semula kan?tolonglah Tiara Natasha.."Aiman melutut tatkala menyebut nama ku..saat dia merendahkan badannya,aku ternampak Zhafran yang berdiri tidak jauh dari situ di belakang Aiman..dia memandang ke arah kami.."Buang sifat tamak dalam diri awak,Aiman..kenapa awak nak saya balik kepada awak semula?sedangkan dengan adanya saya,perempuan kesayangan awak tu takkan bahagia..belajar setia dan jangan lukai hati Zee sepertimana awak melukai hati saya..sekarang ni,dia adalah keutamaan awak Aiman..saya ada dalam hidup awak,hanya sebagai adik angkat seperti sebelum ni..tak lebih dari tu..Aiman,pulang semula ke pangkuan awak,adalah perkara yang takkan saya lakukan..kerana saya dah jumpa,kemanisan masa hadapan saya.."dahi Aiman berkerut dan aku melangkah mendapatkan Zhafran..aku menghulurkan tangan kepada Zhafran dan disambut mesra olehnya..itu membuatkan Aiman yang sudah kembali berdiri,berubah cemburu dan marah..kami berjalan beriringan menuju ke kereta dan berlalu pergi meninggalkan Aiman keseorangan disitu..
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah,aku hanya diam di dalam kereta..Zhafran bagaikan memahami keadaan aku kini dan dia memberikan ruang untuk aku bernafas..setibanya di hadapan pagar rumah,Zhafran membukakan tali pinggang keledar untuk ku.."Terima kasih.."ucap ku pada Zhafran sambil tersenyum hambar dan Zhafran membalas ucapan itu hanya dengan seulas senyuman..melihat aku masih tidak mahu berangkat keluar,Zhafran membuka mulut berkata.."Tiara,boleh saya tanya?"soal Zhafran sambil dia memandang ke wajah ku..aku memejamkan mata ku dan membukanya semula sebelum berkata.."Kalau awak nak tanya pasal Aiman tadi,ye dia tengah gila talak..dia paksa saya untuk rujuk semula dengan dia dan saya menolak..saya tak mahu berkongsi lagi,saya tak mahu hidup tanpa kebahagiaan lagi dan saya tak mahu bergelumang dengan perasaan cemburu setiap hari lagi..saya dah taknak!saya dah serik!saya dah tak mampu nak tahan..bagi saya,hidup macam tu setiap hari macam fake!!sebab terpaksa buat-buat bahagia,sedangkan saya tak senang dengan kehadiran madu saya.."aku menggelengkan kepala.."Lajunya awak cakap..sebenarnya bukan itu yang saya nak tanya,sebab saya dah dengar semuanya..kedudukan saya dengan awak dan Aiman tadi bukanlah jauh sangat.."aku ditampar rasa malu..aku memandang wajah Zhafran.."Habis tu?awak nak tanya apa?".."Saya nak tanya,awak maksudkan tak ayat yang awak cakap tadi?".."Yang mana?"dahi ku berkerut.."Yang last tadi tu..awak cakap macam ni,'pulang semula ke pangkuan awak,adalah perkara yang takkan saya lakukan..kerana saya dah jumpa,kemanisan masa hadapan saya'..ayat yang last tu,awak maksudkan atau saja-saja cakap?"aku tersenyum.."Awak rasa?".."Jawablah,saya tanya awak.."aku mengambil beg tangan ku yang berada di kaki dan memakainya ke bahu kiri ku sambil berkata.."Saya maksudkannya..takda satu perkataan pun,yang saya tipu..oklah,saya masuk rumah dulu.."Zhafran terkejut mendengar pengakuan ku.."YEESSS!!!hahahahha..akhirnya!!!!woohhooo!!!!!"saat Zhafran berkata itu,aku turun dari kereta..dia juga turut keluar dari kereta dan memanggil ku.."Tiara.."aku menoleh.."Ye?".."Saya cintakan awak!!!mmuuuaaahhhh!"Zhafran memberikan aku flying kiss dan aku ketawa.."Saya juga mencintai awak.."aku memberikan flying kiss kepadanya juga..dia menangkap ciuman itu,lalu diletakkan di dada sebelum mengeyitkan mata kanannya dan tersenyum manis..kemudian bergerak pulang ke rumahnya...........

"TAKDIR NATASHA"Where stories live. Discover now